Sabtu, 16 Jun 2012

MPK & Konvoi

MPK rancang anjur konvoi motosikal jelajah Asean

9 Jun 2012 

 KANGAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhasrat menganjurkan konvoi bermotosikal menjelajah negara Asean tahun depan bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.


   

Yang Dipertuanya Rosley Mat berkata kegiatan seumpama itu akan membantu negara mengetengahkan lokasi pelancongan yang terbaik di negara ini selain negeri Perlis.
 
Bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 40 peserta konvoi 'Jom pi Perlis' di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini malam tadi, beliau berkata program itu perlu dijadikan acara tahunan.
 
Katanya MPK akan mengenal pasti negara Asean terdekat, termasuk Thailand dan Myanmar, yang akan menjadi pilihan pada konvoi motosikal berkuasa besar itu.
 
Rosley yakin konvoi yang dicadangkan itu akan membawa manfaat besar kepada negara terutama dalam sektor pelancongan.
 
"Walau MPK bukan sebuah agensi yang terbabit secara khusus bagi sektor pelancongan namun kami memikirkan setiap program yang dianjurkan boleh membawa manfaat kepada negara," katanya.
 
Sementara itu, Setiausaha MPK Suhaimi Abd Majid yang juga ketua konvoi 'Jom pi Perlis' berkata mereka menempuh pelbagai pengalaman berguna sepanjang konvoi sejauh lebih 2,500 kilometer itu.
 
Konvoi menggunakan motosikal berkuasa besar yang bermula 1 Jun lalu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri Perlis Ahmad Bakri Ali dan Senator Khalid Ahmad yang berpengalaman dalam program konvoi bermotosikal di luar negara.
 
Suhaimi berkata sepanjang konvoi mereka mengedarkan risalah berkaitan pelancongan Perlis di samping memperkenalkan MPK kepada pihak berkuasa tempatan yang disinggahi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan