Sabtu, 16 Jun 2012

2 Sekawan

Dua sekawan dituduh rogol

16 Jun 2012 
 
SHAH ALAM - Dua sekawan diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pekerja kedai makan berusia 22 tahun, tiga tahun lalu.

Keputusan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling jaya yang membebaskan Norhazli Shuib, 22, dan Shahrul Izwan Ab Kadir, 25, daripada tuduhan itu.

 Mohd Sofian pada penghakimannya  berkata, sejarah mangsa menunjukkan dia pernah hamil dan dua kali melahirkan anak tanpa berkahwin.

“Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan mangsa melakukan seks secara rela dalam kes ini.
Mangsa sendiri menafikan dia mahu melakukan seks. Tambahan pula, laporan polis dibuatnya kurang tiga jam selepas kejadian” katanya.

Justeru, mahkamah memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan kedua-dua tertuduh dipanggil dan dibicarakan semula untuk membela diri.

Norhazli dan Shahrul didakwa merogol mangsa di sebuah rumah Jalan Tempinis 3, Off Jalan KL, Batu 16, Sg Pelong Petaling Jaya, pada 8 Mac 2009.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan