Khamis, 14 Jun 2012

MB PERLIS PRU13?

Md Isa: Tumpukan menang pilihan raya, bukan mengenai pemilihan calon

  12 Jun 2012

KANGAR, 12 Jun — Anggota-anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) hendaklah menumpukan usaha mengekalkan kemenangan parti dalam pilihan raya bukan tentang pemilihan calon, kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Berucap pada majlis penyampaian elaun kepada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri di sini malam tadi, beliau berkata agenda terpenting menjelang pilihan raya umum ialah menguatkan kedudukan parti bagi memastikan kemenangan.

Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis mahu setiap anggota parti mengelak daripada mempertikaikan calon yang bakal diputuskan pucuk pimpinan.
“Setiap anggota parti komponan BN perlu mempunyai tekad yang sama iaitu memenangkan parti dan bukan bertelagah soal pemilihan calon,” katanya. — Bernama

Juga dalam Malaysia Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan