Khamis, 14 Jun 2012

Dua ubat sah beracun




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan membatalkan pendaftaran dua produk rawatan disfungsi erektil iaitu Kapsul Benkwat Ginseng Plus 500 mg dan JT Cordyceps Mycelium setelah dikesan mengandungi bahan racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, pembatalan itu dibuat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 31 Mei lepas kerana produk Kapsul Benkwat Ginseng Plus dikesan mengandungi yohimbie manakala produk JT Cordyceps Mycelium mengandungi thiodimetysildenafil.

“Yohimbine sejenis alkaloid yang biasanya diperoleh daripada tumbuhan Puasinystalia Yohimbe dan digunakan dalam rawatan disfungsi erektil. Ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional,” katanya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan