Sabtu, 16 Jun 2012

Felda Perlis & MSM

MSM, Felda Perlis tandatangan kontrak beli gula mentah

15 Jun 2012 
 
 
KUALA LUMPUR - MSM Malaysia Holdings Bhd dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd menandatangani dua kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah daripada Louis Dreyfus Commodities Suisse SA dan Sucres Et Denrees.
  
Kontrak-kontrak itu bertujuan mendapatkan bekalan gula mentah yang konsisten pada harga tetap yang mengambil kira pasaran global semasa, kata MSM dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
  
Kontrak-kontrak itu dirunding semula dan diperbaharu bagi tiga tahun akan datang mulai 1 Jan, 2012  dan  tamat tempoh pada 31 Dis, 2014, katanya.
  
Kontrak jangka panjang yang ditandatangani pada awal 2009 tamat tempoh pada 31 Dis, 2011, jelasnya. -



# Ladang yang ada dah tukar tanam getah sebab mahal.....ada juga nak tanam kelapa sawit.
   Nanti depa ( luar negara ) jual mahal gula.....kita kena jual lagi mahal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan