Jumaat, 2 Januari 2015

Perlis Banjir semenjak Dis 2014


Perlis banjir, 25 keluarga dipindahkan

 KANGAR - Banjir melanda bahagian utara Perlis berikutan hujan berterusan selama beberapa hari dengan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan lewat malam tadi.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, para penduduk di kawasan-kawasan terjejas dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Dewan Malau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi.

Sebanyak 53 mangsa ditempatkan di MRSM Beseri, Dewan Malau (29) dan SMK Abi (11 orang).

Antara kawasan yang dilanda banjir ialah Beseri, Padang Melangit dan Tasoh. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan