Rabu, 14 Januari 2015

PaSma - Serpihan Politik & minat Tarik 1 juta dari PR



PaSma tidak cadang letak calon pada PRU akan datang

 ALOR SETAR: Persatuan Ummah Sejahtera (PaSma) menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ia mempunyai niat untuk menjadi sebuah parti politik serta meletakkan calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Presidennya Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, Pasma merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak akan memberi saingan kepada mana-mana parti politik.

"Kita (PasMa) mahu meningkatkan sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat (PR).

 Kita tidak fikir lagi untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik kerana bagi penyokong kita mereka lebih selesa jika tidak ada platform (politik)," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor berkata, PasMa tidak mempunyai perancangan meletakkan calon-calon untuk bertanding pada PRU ke-14.

Menurut Pahrolrazi, apa yang terjadi kini adalah banyak pihak termasuk di kalangan pimpinan Pas mempunyai persepsi yang salah tentang PasMa serta objektif penubuhannya.

Pahrolrazi berkata, ramai di kalangan penyokong-penyokong PasMa lebih berminat untuk bergiat di bawah platform NGO yang lebih longgar dan tidak mahu terikat dengan disiplin parti politik yang ketat.

Katanya, PasMa kini bergiat di seluruh negara kecuali Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak serta mensasarkan untuk menarik keahlian di kalangan penyokong-penyokong PR.

"PasMa meletakkan sasaran 1 juta keahlian atau kira-kira 25 peratus daripada 4 juta penyokong pembangkang.

 Kita mahu membina struktur organisasi PasMa di setiap kawasan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, beliau gagal mendedahkan jumlah keanggotaan PasMa ketika ini, dengan alasan data terkini NGO itu belum dikemas kini.

Mengenai pertemuannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Isnin, beliau berkata, mereka berbincang pelbagai perkara termasuk kerjasama di antara kedua-dua pihak di dalam PRU ke-14.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan