Isnin, 12 Januari 2015

Bas dan Naza Ria


Lelaki nyaris maut kereta bertembung bas

Bas yang membawa 45 pelajar remuk selepas terlibat dalam kemalangan di 
Jalan Jejawi Hutan Buluh.


 Keadaan kereta jenis Naza selepas bertembung dengan bas.


KANGAR - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas yang membawa 45 pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Jalan Jejawi Hutan Buluh, di sini, petang kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba Kangar, Zaharul Amin Ahmad, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.20 petang sebelum 11 anggota dikerah ke tempat kejadian menggunakan sebuah jentera dan sebuah kereta.

“Tiba di tempat kejadian mangsa, Saifful Rizal Mahadin, 32, yang memandu pacuan empat roda jenis Naza tersepit di tempat duduknya dan dikeluarkan setelah anggota sampai di tempat kejadian pada 6.29 petang.

“Saiful Rizal yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menggunakan ambulans. Seramai 45 pelajar termasuk pemandu bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya,






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan