Jumaat, 2 Januari 2015

Peperiksaan pada 17 jan 2015



Peperiksaan program ijazah Unimap ikut jadual
 
 
KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (Unimap) hari ini menjelaskan peperiksaan akhir program ijazah Sarjana Muda dijalankan mengikut  jadual bermula hari ini sehingga 17 Januari 2015.

Unimap dalam kenyataan di sini hari ini berkata pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang terlibat dengan musibah banjir di pantai timur dan beberapa negeri di utara yang terkandas di kampung halaman masing-masing.

"Pelajar-pelajar terbabit diberi pertimbangan untuk mengambil peperiksaan khas atau peperiksaan ganti selepas banjir pulih," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, berlaku kekeliruan berhubung kenyataan awal yang disalah tafsir segelintir pelajar bahawa tarikh peperiksaan dijadualkan semula berikutan banjir.

Pelajar yang terjejas perlu menghubungi pihak universiti dengan memberikan butiran peribadi dan status semasa mereka untuk diberikan kepada Bahagian Akademik dan Pusat Pengajian masing-masing,

Pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir Unimap di 04-9797777; Jabatan Keselamatan di 04-979 8181/8571 atau Exco Kebajikan MPP (Hafizan/017-3329655).








 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan