Selasa, 20 Januari 2015

Prasarana SUKMA

Kerajaan Perlis masih runding untuk majukan prasarana SUKMA

KANGAR: Kerajaan negeri masih berunding dengan beberapa syarikat swasta untuk menjadikan Perlis sebagai hab sukan dan pelancongan sukan dengan memajukan prasarana yang digunakan semasa Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan Negeri, Mohd Jamil Saad berkata, syarikat terbabit diminta mengemukakan cadangan serta perancangan supaya prasarana tersebut mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri.

"Prasarana ini menjadi kelebihan Perlis yang bersempadan dengan Thailand selain kos penganjuran acara agak rendah berbanding tempat lain namun kepakaran swasta penting kerana kita menghadapi kekangan sumber kewangan.

"Saya melihat Perlis tempat strategik untuk penganjuran acara membabitkan hubungan dua hala dengan Thailand selain kejohanan bertaraf antarabangsa atau kebangsaan," katanya.

Menurut Mohd Jamil perbincangan yang dijalankan sejak lewat tahun lepas menampakkan hasil positif namun kerajaan negeri perlu meneliti setiap cadangan dengan jelas sebelum ia dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan satu unit pengurusan venue-venue sukan di Perlis yang diletak di bawah Majlis Sukan Negeri buat sementara waktu.

Katanya, perancangan mewujudkan Perbadanan Stadium untuk menguruskan semua venue di Perlis masih jauh walaupun kerajaan negeri merasakan keperluannya.

Mengenai gelanggang Sukma Perlis 2014, Mohd Jamil berkata semuanya masih dalam tempoh tanggungan kontraktor sehingga Mei tahun depan.

"Segala kerosakan yang berlaku dalam tempoh tanggungan menjadi tanggungjawab kontraktor untuk dibaiki. Pada masa ini, cuma dewan badminton bocor dan masih dibaiki. 

 Kolam renang pula tiada masalah," katanya. 
 
Pengguna puji tindakan pantas

Seremban: Orang ramai di sekitar daerah ini tidak lagi membeli buah epal jenis Granny Smith dan Gala berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia, kelmarin menegaskan buah-buahan itu dijangkiti bakteria listeriosis.
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai di daerah ini semalam, mendapati buah-buahan itu sudah tidak lagi dibeli orang ramai dan terbiar begitu saja dalam bekas jualan.
Selain itu, terdapat juga segelintir pihak pengurusan pasar raya mengarahkan pekerja mereka menyimpan buah-buahan berkenaan.
Ketua Perhubungan Awam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan Mohd Fadil Baharuddin berkata, tindakan pantas Kementerian Kesihatan mengumumkan jangkitan itu wajar dipuji.
Katanya, ia bagi mengelak kejadian tidak diingini kepada pengguna selepas dilaporkan tiga kematian berlaku di Amerika Syarikat dan Kanada.
“Ekoran pengumuman itu, saya berharap Jabatan Kesihatan negeri juga dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan produk berkenaan tidak dijual di pasaran,” katanya.
Kakitangan kerajaan, Che Mahzom Man, 45, dari Senawang berkata, dia lega kerana pihak berkuasa cepat memaklumkan mengenai buah-buahan berkenaan yang tercemar.
“Sebelum ini, saya dan keluarga gemar membeli dan memakan buah epal itu tetapi tidak mengalami sebarang simptom penyakit. Namun, selepas diberitahu ia mengandungi bakteria, saya tidak lagi membelinya,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, Jabatan Kesihatan negeri dan daerah diarah membuat pemantauan bagi memastikan produk itu tidak berada di pasaran.
“Saya akan mengarahkan mereka membuat pemantauan di semua premis bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:42 AM
PERBEZAAN epal hijau di antara jenis Tru-cape (kanan) dengan jenis Granny Smith.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24734#sthash.HlUupTcF.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan