KANGAR - Mayat seorang lelaki berketurunan Cina dijumpai terapung di Sungai Perlis, berdekatan Bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), petang kelmarin.

Mangsa dalam lingkungan 60-an itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu ketika memancing.

Jurucakap polis berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana kad pengenalan mangsa tidak ditemui.

“Difahamkan mangsa keluar memancing kerana terdapat peralatan memancing ditemui bersama mayat mangsa. Mayat mangsa ditemui orang ramai sekitar 5.30 petang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis terdekat.