Rabu, 30 Januari 2013

Semasa - Gajah Mati

10 ekor gajah ditemui mati


DUA bangkai gajah yang ditemui di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau, Sabah baru-baru ini. 
KOTA KINABALU 29 Jan. - Sebanyak 10 ekor gajah spesies terancam, Pygmy Borneo yang berusia antara empat dan 20 tahun ditemui mati sejak beberapa minggu lalu di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau dekat sini dipercayai akibat racun tikus.

Paling menyayat hati adalah apabila melihat seekor anak gajah berusia kira-kira tiga bulan berada dalam keadaan seperti menangis dan seolah-olah cuba mengejutkan ibunya yang mati.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu berkata, siasatan awal pihaknya dalam kes terdahulu dan yang terbaharu tidak menemui sebarang kesan tembakan.

"Dalam laporan bedah siasat sebelum ini, kami mengesan beberapa kerosakan dalaman yang dipercayai akibat kesan diracun dengan racun tikus.

 Dalam kes terbaharu ini, laporan bedah siasat akan diperoleh dalam masa seminggu.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan