Saya tak pernah rasa terpinggir
3 Januari 2013
Menurutnya, sistem negara juga amat berkesan malah dia adalah salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang menerima manfaat itu.
Othman yang kini menghadapi masalah pendengaran berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana berada dalam sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin yang cekap dan sentiasa mengambil berat masalah rakyat.
"Rakyat sudah pasti mahu kerajaan yang terbaik manakala kepimpinan parti yang memerintah perlu menunjukkan kekuatan dan bukan mendiamkan diri bagi menyokong dasar yang dibawa parti menunjangi sesebuah kerajaan.
“Saya gembira kerana kerajaan tidak pilih kasih dalam menyalurkan sumbangan dan saya menikmati keindahan hidup di rumah ini.
Saya juga mendapat bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
Othman berkata, dia kini bergantung hidup dengan bantuan bulanan JKM dan yakin akan terus menikmati bantuan lain seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2013.
"Saya tidak pernah berasa terpinggir kerana Jawatankuasa Kmajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga mengambil berat terhadapnya sebagaimana mereka mengambil berat terhadap orang lain.
"Saya percaya rakyat akan terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana sistem penyampaiannya yang berkesan di samping pembangunan yang dibawa untuk kepentingan rakyat," katanya.
Bagaimanapun, kemenangan parti itu akan lebih bermakna jika pemimpinnya sering turun padang dan tidak bercakaran sehingga dilihat rakyat bahawa mereka tidak bersatu.
Mengenai pembabitannya dalam pergerakan komunis, Othman yang menetap di sebuah rumah papan bersama isterinya, Rokiah Jusoh, 61, berkata, dia tidak pernah berniat menderhaka kepada negara namun ketika itu perjuangannya hanya ingin membebaskan negara dari belenggu penjajah.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana negara ini sudah lama bebas dari belenggu penjajah dan rakyat menikmati fasa kehidupan yang lebih selesa hasil nikmat kemerdekaan itu.
Sementara itu, Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali turut menziarahi warga emas itu yang kini tidak begitu sihat dan memerlukan alat bantuan pendengaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan