Isniyta Husin, 27, dari Flat Sena, Jalan Kampung Bakau, di sini, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Zuhair Rosli.
Tuan Zuhair yang menerima pengakuan tertuduh berkenaan, memerintahkan Isniyta dikenakan ikat jamin sejumlah RM12,500 dan kes berkenaan disebut semula untuk pengurusan pada 4 Februari depan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh disyaki menyamar sebagai pegawai polis dengan menipu Hanif Addullah, 20, dengan menawarkan pekerjaan sebagai anggota polis dan mengarahkan mangsa membayar RM140 sebagai upah untuk mendapatkan pekerjaan berkenaan, 18 Disember lalu.
Sementara itu, Isniyta juga memperdaya Norshamsudin Tahir, 23, untuk mempercayainya sebagai pegawai polis dan menjelaskan saman motosikalnya dengan syarat mangsa perlu menyerahkan wang tunai berjumlah RM110 kepadanya.
Manakala, dua lagi mangsa, Safratul Asmanira Amir, 23, dan Fadrul Por Ridzuan Por, 20, menerima nasib yang sama apabila ditipu tertuduh yang mempercayai Isniyta sebagai pegawai polis untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dan terpaksa membayar sejumlah wang.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Remeli mengemukakan pertuduhan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan yang merangkumi keempat-empat pertuduhan yang sama membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan atau kedua-duanya sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan