Ahad, 6 Januari 2013

Harga Ikan Naik

Hujan lebat punca harga ikan naik

Kuala Kedah: Keadaan cuaca tidak menentu terutama hujan lebat sejak lebih seminggu lalu menyebabkan harga ikan di beberapa pasar utama sekitar negeri ini, melambung tinggi.

Harga ikan terutama kembung dikesan meningkat secara mendadak sejak beberapa hari lalu sehingga mencecah 100 peratus.

Tinjauan BH mendapati ikan kembung kecil yang sebelum ini dijual RM2.50 sekilogram naik sehingga RM6. Malah, kembung borek besar pula dijual sehingga RM12 sekilogram berbanding hanya RM6 sebelum ini.


Beberapa gerai menjual ikan di pelantar Kampung Seberang Kota, juga tutup seawal 10 pagi kerana peniaga sukar mendapat bekalan atau harga borong tinggi.

Peniaga ikan, Salmah Ramli, 50, berkata dia hanya mampu menjual kira-kira lima kilogram ikan kembung sehari sejak kira-kira seminggu lalu, berbanding sebelum ini antara 200 hingga 300 kilogram.

Difahamkan, masalah harga ikan yang melambung berpunca apabila nelayan berdepan kesukaran untuk keluar ke laut berikutan cuaca yang kurang mengizinkan dan tangkapan kurang memuaskan. 
 
 
Perlis antara RM6.00 - RM8.00/kilo
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan