Bergaduh akibat cemburu
2 Januari 2013
Isteri berusia 37 tahun berang selepas mendapati ada seorang wanita di dalam rumahnya selepas pulang dari rumah bapanya di Changlun, Kedah bersama tiga anak beberapa hari sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, sebaik masuk ke dalam rumah itu, berlaku pertengkaran antara isterinya dengan wanita itu kira-kira jam 3.30 petang sehingga membawa kepada pergaduhan.
Beliau berkata, pergaduhan turut membabitkan campur tangan beberapa ahli keluarga lain.
“Ekoran kejadian itu, polis menahan tujuh orang termasuk dua kanak-kanak berumur 10 dan 13 tahun.
“Kedua-duanya dibebaskan setelah polis mengambil keterangan untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurutnya, lima suspek lagi direman selama tiga hari mulai semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.
“Polis sedang melengkapkan siasatan ini dan menyerahkannya kepada pihak pendakwaan,” katanya.
Che Man berkata, tiga suspek yang cedera dalam kejadian itu dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sebagai pesakit luar membabitkan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 37 hingga 40 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan