Hampir 47,000 pelajar mula terima bantuan khas
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berharap simbangan itu akan dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima.
Bagi memastikan keselesaan ini dinikmati secara berterusan, rakyat perlu menterjemahkan penghargaan menerusi sokongan kepada semua usaha murni kerajaan yang bertujuan meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat, katanya ketika melancarkan bantuan itu, di sini hari ini.
Menurutnya selagi kerajaan sama mentadbir negara, rakyat akan terus menikmati pelbagai kemudahan.
Menerusi bantuan awal persekolahan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 itu, pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara layak menerima RM100 tanpa mengira latar belakang keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan