Penampar bisa bekas suami
ARIFIN menunjukkan telinga kiri Aida Rohayu yang masih bernanah kesan ditampar bekas suaminya itu ketika ditemui di Pasir Puteh semalam.
PASIR PUTEH - Selepas turun naik mahkamah selama setahun, seorang wanita akhirnya mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen Pasir Mas semalam memerintahkan bekas suaminya membayar RM30,002 selepas didapati bersalah menampar jandanya itu hingga telinga kiri mangsa didakwa mengalami kecacatan kekal.
Hakim Irwan Suainbon mengarahkan Shakri Latif, 43, membayar denda tersebut kepada Aida Rohayu Mohamad, 39, selepas menilai pelbagai aspek di dalam tuntutan saman yang dikemukakan penjawat awam itu.
Aida Rohayu berkahwin dengan Shakri pada 14 Februari 1997 sebelum pasangan itu bercerai pada 16 September 2007.
Sepanjang tempoh kira-kira 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 14 dan 15 tahun.
Wanita itu kini telah memulakan hidup baharu bersama suaminya, Arifin Abdullah, 38, yang dikahwini pada Februari 2009. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan