Rabu, 9 Januari 2013

Dakwat HP Tiruan


Dakwat jenama Hewlett-Packard tiruan dirampas




KUALA LUMPUR — Polis merampas 252 kotak dakwat pencetak komputer jenama Hewlett-Packard (HP) tiruan dan menahan 14 orang di ibu negara semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, 14 suspek, berumur antara 20 dan 43 tahun, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Brickfields dan di dua kilang membuat dakwat pencetak jenama tiruan itu, di Bukit Permai Utama, Ampang.
"Dalam serbuan hasil maklumat syarikat HP itu, polis menahan seorang lelaki rakyat Singapura, 12 pekerja lelaki warganegara Myanmar dan seorang wanita tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu, turut dirampas empat komputer riba, kotak pembungkus yang dicetak dengan jenama itu, beberapa barangan elektronik lain dan beberapa dokumen berkaitan pengedaran dan penjualan katrij.


Berhati-hati ketika membeli






Tiada ulasan:

Catat Ulasan