Jumaat, 2 Januari 2015

Sumbangan Banjir Oleh MB Perlis


MB Perlis beri sumbangan mangsa banjir




KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man  menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada 72 keluarga mangsa banjir yang terperangkap di rumah mereka.
  
Azlan yang ditemani Setiausaha Politiknya, Senator Khalid Ahmad menyampaikan sumbangan itu dari rumah ke rumah di tiga buah kampung dalam kawasan Dun Santan dan Sena mulai 10.30 pagi dan berakhir 3 petang ini.
  
Menurut Khalid mangsa banjir berkenaan tidak berpindah memandangkan keadaan belum meruncing namun kawasan rumah mereka telah terputus hubungan akibat jalan dinaiki air.
  
"Mangsa terbabit adalah dari Kampung Alor Semadong dan Paya dalam Dun Santan dan Kampung Sempering dalam Dun Sena," katanya .
  
Setakat 3 petang tadi, terdapat 195 mangsa banjir daripada 63 keluarga tinggal di Pusat Pemindahan (PP) Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi.
  
"Cuaca sekarang cerah, tidak kelihatan seperti hujan akan berterusan. Sekiranya keadaan bertambah baik, kemungkinan mangsa-mangsa terbabit dapat pulang ke rumah masing-masing esok," katanya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan