Seks chatt, barah sosial 
( Alamakkkkk!!!!! mungkin awek melayu ni terkejut )
GANGGUAN seksual dalam talian boleh dicegah jika wanita lebih berani.

 Berani membuat tindakan dan berani mengajukan laporan kepada saluran-saluran berkenaan.

Jika dahulu hendak bergambar pun kita saling tersenyum malu malah seboleh-bolehnya menyembunyikan muka tetapi hari ini, teknologi merubah kejanggalan menjadi sesuatu keberanian.

Dan keberanian itu seterusnya menjadikan amalan perkongsian gambar sebagai suatu habit yang diterima pakai.

Bergambar dan berkongsi gambar bukan lagi suatu kepelikan malah manusia menjadi lebih berani untuk berkongsi gambar-gambar lucah dalam rangkaian sosial secara terbuka.

Ia mencetuskan fenomena maya yang tidak terbendung.

Kecanggihan teknologi hari ini dilihat bukan lagi sesuatu yang membawa kebaikan dan kemajuan.
Sebaliknya disalahgunakan sehingga menjadi barah dan merosakkan sosialisasi manusia.

Seks chatt, perkongsian gambar atau link lucah di laman sosial serta penggunaan perkataan yang tidak elok atau berunsurkan seks dalam aplikasi internet telah merebak meracuni minda sebahagian daripada masyarakat kita.



Rendahnya akal dan fikiran mereka yang melakukan perbuatan memalukan ini sememangnya mempamerkan kemunduran akhlak dan psikologi.

Undang-undang gangguan seksual

Sedarkah anda penyebaran gambar lucah, perbualan dan gangguan ke arah kelucahan boleh mensabitkan anda kepada kesalahan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998?

Sekiranya individu yang menerima gangguan itu membuat laporan dan membawa kes ini ke mahkamah bersama bukti-bukti kukuh dan merasakan bahawa mereka amat terganggu dengan mesej dan gambar-gambar tersebut, anda boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya?

Menurut peguam, Zuwita Kamaruzaman, Seksyen 211 (1) dan 233 (1) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 memperuntukkan adalah satu kesalahan apabila seseorang individu menyiarkan atau menghantar kandungan yang dianggap sumbang, lucah, palsu atau mengancam dengan niat untuk menyakiti, mengganggu atau pun mengugut orang lain.

Kandungan yang dihantar dalam bentuk teks atau melalui imej dan gambar yang bersifat lucah dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau pun mengganggu mana-mana orang adalah satu bentuk gangguan seksual.

 Hukuman kesalahan yang disifatkan sebagai gangguan seksual menerusi internet ini terkandung dalam Seksyen 211 (2) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 iaitu seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Justeru, berhati-hatilah dalam menerajui rangkaian sosial. Jangan disalahgunakan kemudahan dan kecanggihan teknologi sedia ada.

Fahami hak anda

Perbuatan lucah menerusi chatting ini boleh dikaitkan dengan permasalahan dari sudut psikologi seseorang. Barangkali, manusia normal pun boleh cenderung menghadapi masalah sama jika setiap hari menerima mesej atau gambar tidak elok menerusi aplikasi whatsapp, hasil perkongsian di grup.

Namun sejauh mana kesahihannya, tidaklah dapat dipastikan dalam entri ini. Tetapi tidak dinafikan bahawa kebarangkalian itu ada.

Justeru, apa yang penting adalah kesedaran manusia. Di mana letaknya kesedaran dan sensitiviti anda sebagai manusia yang waras, yang mempunyai akal fikiran dan kebolehan mentafsir buruk dan baik sesuatu perbuatan.

Tidak perlu berfikir jauh, cukup sekadar memahami bahawa rakan-rakan anda atau kenalan baru di Facebook anda itu adalah ketua keluarga atau seorang wanita yang mempunyai anak-anak. Bayangkan jika anak-anak membuka telefon bimbit tersebut?

Dan kepada wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual menerusi online ini, ketahui hak anda dan fahami saluran-saluran untuk anda membuat aduan.

Sekiranya keadaan berlanjutan dan anda merasa tertekan serta terganggu dengan mesej-mesej dan gambar-gambar tersebut, segera bertindak! WOW kongsikan salurannya.