Banjir 

KANGAR - Keadaan banjir di Perlis kembali pulih apabila dua pusat pemindahan yang dibuka kini ditutup.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis berkata, SMK Abi merupakan pusat pemindahan terakhir yang ditutup, selepas mangsa banjir selesai makan tengah hari.

Kesemua 100 mangsa dari 30 buah keluarga sudah pulang ke rumah masing-masing dan mengambil kesempatan cuaca baik untuk membersihkan rumah.Sejak pagi hujan tidak turun walaupun cuaca mendung,” katanya.

Sementara, Menteri Besar Perlis,Datuk Seri Azlan Man menyifatkan pemberian bantuan peruntukan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di negeri terlibat,menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dengan masalah rakyat.

Mempercepatkan pemberian BR1M kepada mangsa banjir seperti diumumkan Perdana Menteri,dapat menampung perbelanjaan besar yang terpaksa ditanggung rakyat pada awal tahun, seperti keperluan anak memulakan sesi persekolahan awal Januari,” katanya.

Menurutnya, peruntukan itu dapat mengurangkan bebanan awal tahun buat rakyat terutama menjelang musim persekolahan baharu."Mangsa banjir di Perlis turut menerima sumbangan daripada kerajaan negeri yang disalur secara terus kepada mangsa," katanya.