Isnin, 12 Januari 2015

20 PATI di berkas


UPP Perlis berkas 20 PATI dan tiga tekong darat

 



PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar memberkas 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga lelaki tekong darat yang membawa mereka dalam dua kereta di sini awal pagi ini.

Komander UPP Perlis, DSP Syed Basri Syed Ali berkata PATI yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warga Bangladesh dan 13 warga Myanmar iaitu 10 lelaki, dua perempuan yang kesemuanya berumur antara 15 hingga 32 tahun serta seorang kanak-kanak berumur setahun.

Katanya mereka diberkas di dua tempat iaitu di Jalan Sahabat, Kaki Bukit, di sini kira-kira pukul 5.10 pagi tadi dan di Jalan Gial, Mata Ayer, 25 minit kemudian.

Dalam tangkapan pertama, dua tekong darat berumur 49 tahun dan 46 tahun membawa sembilan PATI dengan tujuh orang di tempat duduk penumpang belakang dan dua dalam bonet belakang, kata Syed Basri kepada pemberita di sini, hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan