Selasa, 20 Januari 2015

Apel Granny Smith dan Gala

Sampel epal disyaki tercemar akan diambil

Granny Smith

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini telah mengarahkan kementeriannya untuk mengambil sampel epal jenis Gala dan Granny Smith yang disyaki dicemari bakteria 'Listeria monocytegenes' di Sarawak.

Menerusi semakan laporan awal, Subramaniam berkata terdapat kemungkinan terdapat satu atau dua syarikat pengimport di Sarawak mengimport buah berkenaan dari Amerika Syarikat yang dikhuatiri dicemari bakteria tersebut.

Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, beliau telah menghubungi Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Noraini Mohd Othman, pagi ini untuk segera mengambil sampel epal tercemar khususnya di Sarawak bagi menentukan sama ada ia dicemari bakteria ataupun tidak.

"Pada masa yang sama, saya juga telah minta pihak kementerian adakan perbincangan dengan Atase Pertanian dari kedutaan Amerika Syarikat bagi memastikan kita mendapat maklumat lebih terperinci mengenai epal yang dieskport dari AS ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Hospital Kemaman di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Nor dan Pegawai Kesihatan Daerah Dr Mohd Anuar Abdul Rahman.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengimport diarah 
tarik semula epal Granny Smith]
 
Menurut Subramaniam, epal yang dikesan dicemari bakteria tersebut hanyalah satu tempat di Amerika Syarikat sedangkan negara itu mempunyai banyak ladang yang mengeluarkan epal.

Semalam, Kementerian Kesihatan menyita sebanyak 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith diimport daripada Amerika Syarikat (AS) bernilai RM82,000 dalam pemeriksaan di Kuching dan Sibu, Sarawak berikutan epal keluaran syarikat Bidart Brothers, dari Bakersfield, California dikhuatiri dicemari bakteria yang boleh menyebabkan sehingga kematian.
   
Antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam dan kekejangan pada leher dan orang ramai juga dinasihatkan agar tidak panik kerana hanya dua jenis epal tersebut disahkan tercemar manakala epal lain masih selamat untuk dimakan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Pengguna puji tindakan pantas

Seremban: Orang ramai di sekitar daerah ini tidak lagi membeli buah epal jenis Granny Smith dan Gala berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia, kelmarin menegaskan buah-buahan itu dijangkiti bakteria listeriosis.
Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai di daerah ini semalam, mendapati buah-buahan itu sudah tidak lagi dibeli orang ramai dan terbiar begitu saja dalam bekas jualan.
Selain itu, terdapat juga segelintir pihak pengurusan pasar raya mengarahkan pekerja mereka menyimpan buah-buahan berkenaan.
Ketua Perhubungan Awam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Sembilan Mohd Fadil Baharuddin berkata, tindakan pantas Kementerian Kesihatan mengumumkan jangkitan itu wajar dipuji.
Katanya, ia bagi mengelak kejadian tidak diingini kepada pengguna selepas dilaporkan tiga kematian berlaku di Amerika Syarikat dan Kanada.
“Ekoran pengumuman itu, saya berharap Jabatan Kesihatan negeri juga dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan produk berkenaan tidak dijual di pasaran,” katanya.
Kakitangan kerajaan, Che Mahzom Man, 45, dari Senawang berkata, dia lega kerana pihak berkuasa cepat memaklumkan mengenai buah-buahan berkenaan yang tercemar.
“Sebelum ini, saya dan keluarga gemar membeli dan memakan buah epal itu tetapi tidak mengalami sebarang simptom penyakit. Namun, selepas diberitahu ia mengandungi bakteria, saya tidak lagi membelinya,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, Jabatan Kesihatan negeri dan daerah diarah membuat pemantauan bagi memastikan produk itu tidak berada di pasaran.
“Saya akan mengarahkan mereka membuat pemantauan di semua premis bagi memastikan peniaga mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 7:42 AM
PERBEZAAN epal hijau di antara jenis Tru-cape (kanan) dengan jenis Granny Smith.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24734#sthash.HlUupTcF.dpuf

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24734#sthash.pQkORIaQ.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan