Lebih 500 sukarelawan Perlis menuju ke Kelantan
KANGAR - Lebih 500 orang sukarelawan Perlis menuju ke Kelantan hari ini
untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di Kampung Tebing Tinggi,
Tanah Merah yang dilanda bencana banjir baru-baru ini.Konvoi misi kali kedua terdiri daripada sembilan bas, tiga lori, 47 kenderaan pacuan empat roda dan van itu dilepaskan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di pekarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita sebelum pelepasan misi itu, Azlan berkata mereka akan berada di Kelantan selama tiga hari sehingga Ahad ini untuk membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.
"Kerajaan negeri telah berhubung dengan Umno Kelantan yang mengatur tempat-tempat untuk diberi bantuan. Semuanya diselaraskan dan tidak timbul percanggahan kelak," katanya.
Katanya, kumpulan sukarelawan membawa makanan, pakaian, tukang masak dan tukang kayu berlepas ke Kelantan dan Terengganu semalam untuk membuat persediaan awal.
"Kerajaan negeri merancang misi seterusnya ke Temerloh dan Raub di Pahang yang masih dilanda banjir kerana sumbangan orang ramai masih diterima," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan