60 kotak berisi pengecas lesap
Weng Khee menunjukkan cermin kedai yang dipecahkan pencuri
KANGAR - Seorang tauke kedai telefon bimbit terpaksa menanggung
kerugian ribuan ringgit apabila kedainya di Jalan Seriab, di sini,
dipecah masuk pencuri awal pagi semalam.
Lim Weng Khee, 31, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dihubungi orang awam pada jam 5.40 pagi sebelum bergegas ke kedainya.
“Kedai sudah berselerak dan cermin kedai bertaburan dipecahkan pencuri, sejumlah wang dan beberapa unit telefon bimbit termasuk aksesori telefon berkenaan turut dicuri.
“Selain itu sebanyak 60 kotak telefon berisi pengecas turut dicuri dan kerana saya yakin mereka (pencuri) menyangka kesemua kotak telefon itu mengandungi telefon bimbit,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, semalam.
Menurut Weng Khee, dia mengesyaki lebih daripada seorang terlibat dan mereka dipercayai adalah antara pelanggan di kedainya selepas pencuri itu berjaya mematikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.
“Saya berniaga di sini sejak enam tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan kedai saya sudah tiga kali dipecah masuk dan kali terakhir ia tiga tahun lalu.
“Oleh itu, saya memasang CCTV yang berkualiti namun tidak menyangka pencuri itu lebih cekap menutup rakaman tersebut sebelum mereka melesapkan telefon bimbit dan aksesori lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis IPD Kangar Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan sementara siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk premis.
“Pihak polis sedang menyiasat sama ada pencuri yang memecah masuk kedai tersebut lebih dari seorang atau sebaliknya,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan