Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral 
 
KEDATANGAN kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di Kuala Lumpur semalam ternyata ‘mengejutkan’ banyak pihak.

Apa tidaknya video yang disebar di laman media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu yang manis bertudung tidak segan silu dipeluk dan dicium oleh artis Kpop berkenaan di atas pentas.

Adegan tersebut ternyata mengundang kritikikan pedas daripada pelayar media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan ‘adegan’ tersebut.

Kumpulan Kpop tersebut membuat persembahan bersempena KL Live Center Kuala Lumpur semalam, konsert tersebut dianjurkan oleh Acer.


   Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral  




Pelukan, ciuman K-Pop dikecam


AKSI yang paling mengejutkan apabila ahli B1A4, Baro bertindak mengucup dahi seorang penonton wanita bertudung.


KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak mengecam aksi panas ciuman dan pelukan erat antara ahli kumpulan K-Pop lelaki terkenal dari Korea Selatan, B1A4 dengan sekumpulan peminat wanita Islam pada konsert B1A4 Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Life Centre di sini malam kelmarin.

Tingkah laku yang dianggap mengaibkan kerana berlaku di hadapan khalayak dalam sebuah konsert besar itu mula menjadi kecoh selepas video rakaman persembahan tersebut dimuat naik menerusi YouTube dan tersebar melalui laman media sosial sejak malam. 

Video berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan empat remaja perempuan memakai tudung bukan sahaja merelakan diri mereka dipeluk oleh ahli kumpulan B1A4, bahkan turut teruja membalas pelukan tersebut dengan dakapan erat.

Malah, dalam salah satu aksi ketika pengacara konsert meminta seorang peminat wanita bertudung itu membuat aksi kononnya sedang memvakum rumah, salah seorang ahli B1A4 datang dari arah belakang untuk memeluk gadis berkenaan.

Dalam satu lagi aksi lebih panas, ahli kumpulan B1A4 bertindak mencium dahi seorang gadis lain yang difahamkan turut menyambut hari lahirnya pada hari itu.

Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, perbuatan peminat dengan ahli kumpulan K-Pop B1A4 itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana melampaui batas antara seorang wanita dan lelaki bukan muhrim.