Selasa, 26 Februari 2013

Politik Semasa PRU13


Tak relevan guna bomoh untuk menang

SHAH ALAM - Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan.





Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, kedudukan atau pengaruh sebagai pemimpin atau wakil rakyat dalam masyarakat merupakan kekuatan utama memenangi hati rakyat, bukannya menggunakan bomoh.

Menurutnya, faktor kemenangan juga bergantung kepada khidmat bakti kepada rakyat selain parti yang diwakili pemimpin terbabit.

“Itu faktor penting (memenangi pilihan raya dan hati rakyat) bukannya guna bomoh dan sebagainya kerana rakyat tahu dan sudah mempunyai keupayaan dan kebolehan sendiri untuk membuat pilihan.

“Rakyat kini bijak membuat penilaian terhadap seseorang calon atau pemimpin yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti.

Jadi tidak perlu buat kerja seumpama ini (guna bomoh) sebab tiada faedah dan tidak relevan,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan