Politik bomoh: Sama hukum dengan ramal nasib
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, tidak salah sekiranya berjumpa bomoh untuk membantu disebabkan terkena gangguan makhluk halus, namun perlu berlandaskan syariat Islam.
Bagaimanapun, katanya, sekiranya khidmat bomoh digunakan untuk menang pilihan raya atau menyakiti orang lain, perbuatan itu amat ditegah dalam Islam kerana syirik.
“Meminta bomoh memberikan kemenangan dalam pilihan raya samalah seperti meramal nasib, kerana tiada jaminan perkara itu akan benar-benar berlaku.
“Seeloknya setiap calon yang bertanding bergantung pada diri sendiri dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH,” katanya.
Mohd Yusof berkata, masa depan setiap individu bergantung pada perbuatannya masa lalu.
“Seandainya calon sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan rakyat, maka memadailah dengan berdoa kepada ALLAH untuk beroleh kejayaan.
“Paling penting, hadapkan diri pada ALLAH dan tinggalkan segala larangannya dengan mematuhi ajaran Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan