Sedut habuk projek pembangunan
Difahamkan projek terbabit beroperasi sejak dua bulan yang lalu dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Komuniti Kampung (JKKK), Kamarudin Mohd Zin, berkata, dia menerima pelbagai aduan dan rungutan oleh penduduk yang mengalami masalah seperti gatal-gatal dan batuk kesan habuk daripada projek itu.
Katanya, penduduk hampir setiap lorong di tamannya mengalami masalah sama sehingga ada sebahagian penduduk perlu menyembur air dan mencuci lantai serta langsir beberapa kali setiap hari.
“Apabila tiba waktu kemarau dan angin kuat penduduk terpaksa hidu habuk selepas lori yang menggunakan jalan berkenaan keluar masuk ke tapak projek itu.
“Ini boleh disaksikan sekitar jam 3 petang dimana kerja-kerja pembinaan ketika itu giat dijalankan,” katanya.
Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan pada Jabatan Alam Sekitar negeri ini susulan isu disifatkan serius.
“Saya juga difahamkan Jabatan Alam Sekitar ada buat pantauan di tapak projek itu dan akan menasihati kontraktor mengambil langkah sewajarnya memastikan penduduk tidak terdedah dengan masalah habuk,” katanya.
Sementara itu, Kamarudin juga ada menghubungi pemaju dan kontraktor memberitahu permasalahan dialami malah katanya mereka akan bertindak dengan menyembur air bagi menghalang habuk berkenaan merebak ke kawasan lain.
“Semburan air yang dijanjikan itu hanya dilakukan selama sehari sahaja dan tidak berterusan.
Kami juga telah mencadangkan sekiranya tidak mampu untuk menyembur air, sebuah pengadang harus diletakkan bagi menghalang debu-debu tanah ke kawasan perumahan kami,” katanya.
Suri rumah, Shahnorlela Ahmad, 37, pula berkata, keadaan demikian mendatangkan masalah sekiranya langkah berkesan tidak dilakukan secepat mungkin.
“Saya cadangkan pemaju supaya menaikkan tembok dengan tinggi walaupun tidak boleh membasahkan kawasan tanah di kawasan berkenaan.
“Kadang-kadang saya terpaksa bangun awal pagi untuk mencuci habuk yang terkena pada langsir, kereta dan lantai untuk memastikan kesihatan tidak terjejas," katanya.
Katanya, terdapat seorang penghuni di kawasan perumahan itu perlu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas tidak tahan menghidu habuk berkenaan.
“Hal ini menimbulkan kerisauan kepada penduduk kerana akan mengundang penyakit berbahaya seperti sesak nafas, asma, batuk-batuk dan penyakit-penyakit lain,” katanya.
Bagi Pembangunan pun susah jugak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan