Selasa, 26 Februari 2013

Lengah Bedah


Dakwa doktor lengah bedah anak


Keadaan Nurnatasya yang lemah ketika mendapatkan rawatan.
 

Nazihan menunjukkan imbasan keadaan apendiks anaknya bersama laporan polis yang dibuat.
 
KANGAR – Seorang bapa membuat laporan polis selepas mendakwa tindakan doktor Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini melengahkan proses pembedahan hampir menyebabkan keadaan anaknya bertambah kritikal.

Nazihan Rohani, 36, berkata, pada mulanya, dia membawa anaknya, Nurnatasya, 11, ke unit kecemasan di hospital berkenaan untuk menerima rawatan selepas dipercayai menghidapi apendiks pada 28 Januari lalu.

Menurutnya, selepas dimasukkan ke dalam wad, anaknya diminta berpuasa bagi menjalani ujian imbasan X yang memerlukan pembedahan namun dilengahkan dengan alasan bilik penuh.

"Saya difahamkan oleh doktor yang merawat mendakwa apendiks anak hanya di peringkat permulaan.

“Saya kemudiannya dapati anak saya tidak bermaya tetapi masih tidak mendapat rawatan sepatutnya,” katanya.
 Nazihan berkata, melihatkan keadaan begitu, dia meminta surat kebenaran keluar untuk membawa anaknya dirawat di hospital lain kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, apabila pembedahan dijalankan, anaknya kembali stabil dan dia membuat laporan polis pada 16 Februari lalu.

“Laporan terbabit dibuat disebabkan tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan itu oleh hospital berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HTF, Datuk Dr Ahmad Nordin Mohd Jais berkata, pihaknya akan mengenal pasti perkara berkaitan sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Sebelum tindakan diambil, pihak hospital akan menyiasat perkara berkenaan supaya langkah yang diambil bertepatan dengan keadaan,” katanya.




Belah bisulpun makan masa 4 hari ( tupun jenuh ugut nak lari dari Hospital je ).......nasib baik mc 20 
hari





Tiada ulasan:

Catat Ulasan