Selasa, 26 Februari 2013

Politik Bomoh


Politik bomoh: Kepentingan peribadi punca tidak ikut batas syariat

Zul Azri Mohd Sani
Zul Azri Mohd Sani

ALOR SETAR - Faktor kepentingan peribadi mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang tidak mengikut batas syariat termasuk mendapatkan khidmat bomoh bagi memudahkannya menjawat jawatan tertentu.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, Zul Azri Mohd Sani berkata, walaupun negara mengamalkan sistem demokrasi untuk menentukan pemimpin, namun tetap ada kalangan mereka melakukan tindakan sedemikian.

Menurutnya, kebiasaannya melibatkan mereka yang tidak mempunyai kelayakan sepatutnya tetapi mengidam untuk mendapat jawatan tertentu, justeru sebagai jalan pintas menggunakan bomoh bagi memastikan hasrat tercapai.

“Tindakan itu bukan sahaja boleh menganiayai orang lain, tetapi juga mempunyai unsur-unsur syirik kerana mengharapkan sesuatu selain ALLAH SWT.

“Sepatutnya mereka ikhlas dalam melaksanakan amanah dan sesuatu tugas yang diberikan kerana ALLAH walaupun tidak terpilih memegang apa-apa jawatan penting,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ada segelintir menganggap jawatan tertentu tidak memberi apa-apa kelebihan, namun bagi pihak lain memegang jawatan penting menjadi batu loncatan untuk mereka mendapatkan lebih banyak habuan serta kekayaan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan