Selasa, 19 Februari 2013

Buang Bendera


MPK turunkan bendera halang laluan


KANGAR - Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengadakan operasi menurunkan bendera yang dipasang di negeri ini, supaya tidak menghalang laluan jalan raya berikutan aduan yang diterima orang ramai, dekat sini.

Yang Dipertuanya, Rosley Mat, berkata, tindakan berkenaan dilakukan disebabkan perbuatan menggantung bendera di tempat dilarang menyalahi undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan jika sabit kesalahan akan dikenakan kompaun RM250.

“Kami tidak akan ambil tindakan untuk kesalahan kali ini, tetapi akan memberi amaran dan merampas bendera berkenaan buat sementara waktu.

“Jika mereka ingin mendapatkannya semula boleh berbuat demikian di Pejabat MPK, dekat sini, tanpa dikenakan sebarang denda,” katanya.

Rosley berkata, operasi itu dijalankan untuk mengingatkan pihak terlibat supaya mematuhi undang-undang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak menyusahkan pihak lain yang turut menggunakan jalan raya.

“Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah di tiang elektrik, pokok, lampu isyarat dan di papan tanda yang sering digantung dengan  pelbagai jenis bendera di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau,” katanya.




Atas POKOK pun tak boleh.......ha..ha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan