Selasa, 19 Februari 2013

Amah kena periksa otak


Amah wajib jalani saringan psikiatri

Kuala Lumpur: Amah yang memasuki negara ini wajib menjalani saringan asas psikiatri bagi memastikan mental mereka sihat sebelum memulakan kerja.

Desakan itu dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berikutan kes penderaan pembantu rumah terhadap anak majikannya yang berusia empat bulan.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata saringan asas itu mampu mengenalpasti sama ada amah itu mempunyai masalah mental atau sebaliknya.


“Saya percaya pasti ada kaedah mudah untuk menjalankan pemeriksaan mental. Contohnya melalui soalan dan juga tingkah laku mereka.

Perbuatan luar batasan

“Seperti apa yang berlaku, jelas sekali kita dapat lihat pembantu berkenaan mempunyai masalah mental dan individu seperti itu dikhuatiri mampu melakukan perbuatan luar batasan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo menggesa tindakan diambil kepada agensi terbabit selain meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada pembantu rumah itu berdaftar dengan agensi tempatan.

“Ada pembantu rumah datang ke Malaysia melalui agensi yang tidak didaftarkan di bawah PAPA.

“Mulanya, mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk melancong tapi sampai di Malaysia, dia menukar pas pembantu rumah.

“Ini jadi masalah. Mereka tidak dilatih. Rekod dan laporan ujian kesihatan juga tidak diketahui melepasi syarat ditetapkan atau tidak,” katanya.

Foo berkata, majikan tempatan yang mengambil pembantu rumah Indonesia perlu memastikan sama ada amah diambil melalui agensi berdaftar atau sebaliknya.

Ketua Umum Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia, Ayub Basalamah, berkata amah yang dibenarkan berkhidmat di negara lain akan melalui ujian kesihatan terlebih dulu.

“Semua pekerja akan dipastikan sihat dari segi jasmani juga rohani, dan kami sentiasa peka dengan kebajikan juga keperluan mereka ini.

“Sudah bertahun lamanya pemeriksaan ini dijalankan dan kami sentiasa bersepakat supaya pekerja sihat sebelum bertugas,” katanya.

Tayangan video penderaan yang dimuat naik di Facebook dan Twitter mendapat kecaman orang ramai. 

Edisi Semasa: Video Pembantu Rumah Dera Anak Majikan



Video pembantu rumah Indonesia dera anak majikan

 

Kekejaman seorang pembantu rumah warga Indonesia terbongkar apabila tindakan kejamnya itu melakukan penderaan fizikal dengan cara melambung,membaling dan mengangkang anak majikan itu berjaya dikesan menerusi sambungan rakaman kamera litar tertutup secara langsung dalam talian yang dapat di tonton menerusi telefon pintar milik majikannya
pembantu rumah indonesia dera lambung bayi video pembantu rumah indonesia dera anak majikan
Menurut laporan media,pihak polis sudahpun menahan pembantu rumah tersebut setelah menerima laporan daripada bapa kepada bayi lelaki itu sebelum bertindak menahan suspek yang berusia 24 tahun
Difahamkan bapa bayi malang itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan lanjut
Video laporan Buletin TV3


http://www.youtube.com/watch?v=v3gOjVKwP4U&feature=player_embedded






Tiada ulasan:

Catat Ulasan