Selasa, 6 November 2012

Promosi Perlis Ke Sumatera


Promosi pelancongan Perlis kini di Sumatera



KANGAR - Medan, Sumatera menjadi lokasi terbaharu usaha mempromosi Perlis sebagai destinasi pelancongan di Malaysia dan pelancarannya disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Isnin.
  
Titah baginda pada majlis itu, Perlis ialah sebuah negeri yang mempunyai pelbagai keunikan selain kaya dengan masakan tradisional Melayu serta makanan laut.
  
"Kedudukan Perlis sebagai pusat transit ke Pulau Langkawi dan juga selatan Thailand  boleh dimanfaatkan sebagai lokasi yang patut dilawati," titah baginda dipetik menerusi kenyataan Tourism Malaysia Medan yang dikeluarkan hari ini.
  
Titah baginda perkhidmatan udara setiap hari oleh syarikat penerbangan Firefly, AirAsia dan Sri Wijaya Airlines dari Medan ke Pulau Pinang wajar dimanfaatkan rakyat Sumatera untuk melawat Perlis yang tidak jauh dari Pulau Pinang.
  
Pada majlis iu, baginda turut melancarkan edisi khas majalah pelancongan Sumatera and Beyong yang memuatkan artikel berkaitan Perlis.
  
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat ke majlis itu. Hadir sama Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Ahmad Rozian Abdul Ghani dan Pengarah Tourism Malaysia di Medan, Norashikin Harun. - Bernama


  Selamat Datang Ke Perlis I.K - Indah Lagi Menawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan