Selasa, 6 November 2012

Bahasa Kebangsaan


Usaha martabat Bahasa Kebangsaan perlu sokongan semua kaum


KANGAR - Usaha memartabat Bahasa Kebangsaan memerlukan sokongan semua kaum, demikian tegas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Abdul Nasir Mohamad Razali. 

Menurutnya, bahasa kebangsaan bukan milik orang Melayu saja tetapi juga kaum-kaum lain yang menggunakannya sebagai bahasa perhubungan.   

Oleh itu amat wajar rakyat dari semua kaum menyemai kecintaan terhadap bahasa itu melalui pelbagai program, katanya semasa berucap menutup Wacana Karyawan Perlis sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 peringkat Negeri Perlis disini hari ini.

Usaha itu, menurutnya bukan bertujuan meminggirkan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain yang turut digunakan di negara ini kerana penguasaan banyak bahasa juga penting, kata Abdul Nasir.

Pada wacana itu, penulis terkenal Rejab Ismail atau nama penanya Rejab FI menyampaikan kertas kerja yang antara lain menyentuh perjuangannya dalam dunia penulisan.

Turut memberi ceramah penulis kreatif Prof Dr Rahman Shaari, dan Dr Mohd Kipli Abdul Rahman dari Universiti Sains Malaysia (USM). - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan