Jumlah kes denggi meningkat di Perlis
Menurutnya jumlah peningkatan itu dilaporkan agak tinggi berbanding tahun lalu dan orang ramai perlu seiringan dengan kerajaan mengambil langkah menanganinya.
Berucap melancarkan COMBI (Communication for Behavioural Impact) atau 'Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku' peringkat Taman Datuk Wan Ahmad dekat sini hari ini, beliau berkata tanpa kerjasama orang ramai, kerajaan sukar mengawal gejala demam yang berbahaya itu.
Antara Januari sehingga September tahun ini, sebanyak 144 kes demam denggi dilaporkan berbanding sepanjang tahun lalu sebanyak 110 kes.
Katanya sukarelawan COMBI itu akan meninjau dan menasihati orang ramai yang didapati membiarkan persekitaran premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk pembawa penyakit itu.
Beliau berkata sempena pelancaran itu, pertandingan mencari jentik-jentik di persekitaran kawasan perumahan itu menghasilkan penemuan kira-kira 1,000 ekor jentik-jentik.
Katanya angka itu adalah besar dan berbahaya dan sudah sampai masanya COMBI diwujudkan di taman perumahan itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan