Jumaat, 9 November 2012

Masih Banjir - Pesta




Umpama Pesta Banjir

 

Bujang Terlajak


Persatuan Bujang Terlajak Malaysia


Website Persatuan Bujang Terlajak Malaysia
 
Klik sahaja cari jodoh di enjin carian Google, pelbagai entri akan terpapar memenuhi monitor komputer anda.

Situasi ini menunjukkan pentingnya medium maya dalam membantu mencari pasangan hidup biarpun diperkatakan pasangan ditemui menerusi medium ini sering dikatakan tidak setia.

Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan ALLAH SWT. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik. ALLAH pasti tidak akan mengecewakan kita.
Berpegang pada prinsip usaha itu, Hairie Effendy Daud, 30, menubuhkan Persatuan Bujang Terlajak Malaysia (PeBTM) yang bermatlamatkan, untuk membantu anda mendapatkan jodoh.

Ketika memulakan perbualan, Hairie sama sekali tidak lokek menceritakan ideanya tercetus kerana kegagalan sendiri dalam melakar kisah percintaan dengan insan tersayang.

Menurutnya, kekecewaan yang dilalui sangat pedih. Dari situlah timbul idea Hairie untuk menyatukan semua insan senasib dalam page PeBTM yang ditubuhkan secara rasmi pada 2009.
“Hari pertama page dibuat, beratus-ratus orang like.

"Dari situ saya sedar ramai orang alami nasib sama malah ada yang lebih teruk,” katanya.

Hairie  kemudian membuka laman khas Facebook Jodoh Oh Jodoh (JOJ) pada 2010 untuk ahli yang serius mencari pasangan.

Page ini, katanya, hanya dikhususkan kepada ahli terpilih dari Facebook dan Tagged PeBTM, Fanzilla dan Wordpress Blog serta laman rasmi PeBTM di http://ketuajabatankeselama.wix.com/pebtm.


Proses penapisan ahli

HAIRIE memberitahu bahawa setakat artikel ini ditulis, laman Facebook terbuka PeBTM mendapat 4,231 likes. Manakala laman khas JOJ mempunyai 120 ahli terpilih.


Tak Mampu Bayar


Baharom tak mampu bayar kos RM12,000


Sri Wani Choo Abdullah
 
KUALA LUMPUR - Suami pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, Profesor Dr Baharom Sanugi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam dia tidak mampu membayar jumlah kos sebanyak RM12,000 yang ditetapkan mahkamah kerana tidak berkemampuan selepas tidak mempunyai pendapatan tetap akibat dibuang kerja.
Perkara itu dimaklumkan Peguamnya, Muhammad Hafiz Abd Rashid semasa prosiding hujahan kesnya yang memohon pergantungan bayaran kos yang ditetapkan Mahkamah Tinggi selepas empat permohonan yang difailkan Baharom sebelum ini ditolak mahkamah.

Muhammad Hafiz dalam hujahannya mendakwa demikian, sebagai salah satu alasan mengapa mereka memfailkan permohonan bagi menggantung arahan pembayaran kos berkenaan.

Selain itu, Mohd Hafiz berkata, selain tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan mahkamah iaitu berkaitan kos tersebut, mereka juga memohon pergantungan bayaran kos kerana telah memfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan berkaitan kos tersebut.

“Sekiranya mahkamah ini tidak membenarkan pergantungan kos tersebut, ini menjadikan rayuan pemohon sia-sia dan tidak menjadi akademik,” hujahnya.

Sementara itu, Peguam Sri Wani, Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil semasa membuat hujahan pula berkata, walaupun pihak pemohon telah memfailkan notis rayuan, namun pergantungan tersebut bukan dalam proses mahkamah rayuan.

“Pemohon juga memfailkan notis itu tidak menggunakan alamat beliau bermastautin iaitu di Batu Caves Selangor,” katanya.

Azrul turut membangkitkan beberapa perkara lain termasuk ketidakhadiran pemohon (Baharom) dalam dua prosiding mahkamah sebelum ini yang menunjukkan suami anak guamnya itu tidak bersungguh-sungguh dalam permohonan berkenaan.

Hakim Mohd Amran Mat Zain menetapkan 12 November ini untuk keputusan permohonan tersebut, bagi membolehkan mahkamah membuat penilaian selepas hujahan dan beberapa isu dibangkitkan kedua-dua pihak.




Dituduh berzina dgn guru


Pelajar dituduh berzina dengan guru


Waris mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,” katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan  waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris untuk berbuat demikian.

“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.

“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan dan terus menghantarnya pulang,” katanya.

Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih sebulan disebabkan kes ini,” katanya.



Haram Bercinta Jika?


Usah bercinta dengan isteri atau suami orang



PERKONGSIAN demi perkongsian boleh menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan. - Gambar hiasan


CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. (Maryam, ayat 96). 

Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.

Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan.

 Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."
Haram, harus dan makruh

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta.

Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa. 

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.

Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.

Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Faktor pencetus cinta yang salah

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri.

Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.

Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada.

Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.

Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.

Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.

Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih 'rahsia' ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Hindari cinta salah

Sebagai langkah pencegahan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan.

Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi.

Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri.

Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian.

Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya.

Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.

Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda.

Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.




20% Diskaun PTPTN


2,962 peminjam PTPTN buat bayaran balik penuh berikutan diskaun 20 peratus

KUALA LUMPUR: Seramai 2,962 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat bayaran balik sepenuhnya berikutan tawaran diskaun 20 peratus yang diumumkan pada Belanjawan 2013 bagi tempoh 1 Okt hingga 30 Okt tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata jumlah pembayaran balik itu melibatkan pinjaman sebanyak RM15 juta.


"Daripada jumlah itu, seramai 191 peminjam adalah dalam kategori senarai hitam dengan bayaran balik berjumlah RM1.2 juta," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengenai sambutan peminjam PTPTN terhadap tawaran diskaun 20 peratus itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ditanya mengenai jumlah peminjam yang menamatkan pengajian dengan keputusan kepujian kelas pertama dan layak mendapat pengecualian bagi pembayaran balik pinjaman, Dr Hou berkata kementerian mengenal pasti seramai 4,430 graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009, layak untuk mendapat pengecualian itu.

Bagaimanapun, katanya, hanya 1,335 graduan yang membuat permohonan bagi pengecualian itu.

"Ini menunjukkan masih berbaki 3,095 peminjam yang layak mendapat pengecualian, belum membuat permohonan.

 Justeru saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada pelajar itu supaya menghubungi PTPTN untuk urusan seterusnya," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Mohamed berhubung jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa, Dr Hou berkata pelajar Cina mendapat manfaat paling tinggi iaitu seramai 9,598 peminjam dikecualikan untuk membuat pembayaran balik berikutan mencatatkan pencapaian akademik cemerlang.

Katanya jumlah tersebut diikuti graduan Melayu dengan 2,929 orang, India (506) dan baki 159 lagi terdiri daripada graduan pelbagai kaum. - Bernama




Gagal Mengesan Penyakit


Tak sempat sambut adik

KANGAR: Impian dua beradik lelaki menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga Disember depan berkecai apabila ibu mereka yang hamil lapan bulan meninggal dunia apabila pengsan selepas mengalami muntah teruk, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9 pagi apabila mangsa, Aniza Mohd Arif, 34, mengadu sakit perut kepada suaminya, Mohd Fazrisham Omar, 36, dan kakak iparnya sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan ambulans.


Bagaimanapun, arwah dari Kampung Sentua, Utan Aji, dekat sini, kemudian disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mohd Fazrisham berkata, dia terkilan kerana impian mereka menyambut kedatangan ahli keluarga baru tidak kesampaian, malah hospital gagal mengesan penyakit dialami isteri sejak menerima rawatan, Khamis lalu.

Menurutnya, sebelum itu, arwah isterinya mengalami muntah berterusan tanpa diketahui punca menyebabkan dia membawanya ke HTF menjalani pemeriksaan dan dimasukkan ke wad bagi rawatan lanjut.




Khamis, 8 November 2012

Bayi Depan Rumah


Bayi ditemui depan rumah


JPAM memberi rawatan awal kepada bayi yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Jalan Teratai, Raja Uda, Butterworth, pagi kelmarin.
 
Butterworth - Seorang bayi lelaki yang sihat dan cukup sifat ditemui ditinggalkan di hadapan rumah pasangan suami isteri berketurunan Cina, di Jalan Teratai, Raja Uda di sini, awal pagi kelmarin.

Bayi lelaki itu ditemui pembantu rumah pasangan keluarga berkenaan sewaktu dia keluar untuk menyapu sampah di halaman rumah pada jam 5.30 pagi.

Terkejut dengan penemuan itu, dia kemudian memaklumkan majikannya yang kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cawangan Butterworth dan polis.

Dipercayai, bayi berkulit cerah itu baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui berdasarkan kesan tali pusatnya yang masih baru dan berdarah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.30 pagi sebelum menghantar anggota ke tempat kejadian.

Beliau berkata, ketika ditemui bayi itu dibalut dengan kain pelikat serta tidak menangis dan dalam keadaan sihat.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan usaha mencari individu yang membuang bayi itu giat dijalankan,” katanya.



Mungkin Disalah Tafsir?


Dr Asri: Kenyataan Izzah mungkin disalah tafsir


Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

"Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.







Guru ke DG41


Guru ijazah separuh masa, PJJ, boleh naik Gred DG41 tanpa temuduga

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 
 
SEREMBAN - Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu menghadiri temuduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temuduga.
 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temuduga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.
 
Bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.
 
Beliau berkata seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Okt.
 
Mereka akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula hari ini hingga 6 Dis, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP di sini.

Beliau berkata bagi calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu mengemukakan permohonan kepada SPP bermula 1 Nov secara online, melalui portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).
 
Bulan lepas Muhyiddin mengumumkan bahawa seramai 10,715 orang graduan IPGM dan IPTA yang telah dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sekiranya berjaya dalam temuduga, akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah(PPS) Gred DG41.
 
Beliau berkata kerajaan sedang berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan yang merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu.
 
"Ini membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas,"
katanya.
 
Bagi mengukuh laluan kerjaya guru, Timbalan Perdana Menteri menyarankan SPP supaya mengambil langkah pragmatik untuk mengekalkan bakat terbaik dan antara langkah itu ialah guru mengajar mengikut opsyen bagi meningkatkan motivasi dan prestasi serta peluang kenaikan pangkat.

Sebaliknya bagi memastikan profesion keguruan adalah terdiri dari kalangan yang terbaik, dasar pemisah hendaklah dilaksanakan secara berkesan sejajar dengan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, katanya.
 
Muhyiddin berharap hasil persidangan ini dapat dipertimbang sebagai input ke dalam laporan pembangunan pendidikan 2012-2025 yang sedang dikemaskini.
 
"Saya juga ingin mencadangkan bahawa hasil persidangan ini dapat diperinci untuk dijadikan pelan tindakan yang bersepadu melalui pelaksanaan satu makmal khusus dianggotai anggota dari Kementerian Pelajaran, SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PEMANDU, MoF dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
 
"Saya berharap agar persidangan ini akan menjadi medan terbaik untuk mengenal pasti idea-idea yang kreatif dan inovatif selaras dengan dasar transformasi negara bagi meningkatkan kualiti sistem pelajaran negara.
 
"Pengubahsuaian atau penambahbaikan dalam perkhidmatan pelajaran yang berterusan, terutama dalam aspek peningkatan kemahiran dan latihan adalah penting kerana ia kunci utama kepada kecekapan perkhidmatan pelajaran," katanya.






Diserbu


 Pelacur salun hias kuku diserbu






SEBAHAGIAN daripada 10 pelacur yang ditahan dalam serbuan di salun menghias kuku di Jalan Klang Lama kelmarin.


KUALA LUMPUR – Taktik licik satu sindiket pelacuran yang menjalankan aktiviti persundalan dengan berselindung di sebalik salun menghias kuku terbongkar apabila diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman kelmarin.

Serbuan pukul 10.45 malam di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini itu berjaya menahan lapan wanita Vietnam dan dua warga China berusia antara 18 hingga 31 tahun yang disyaki pelacur. 

Turut ditahan seorang penjaga premis berusia 48 tahun.

Ketua operasi, Inspektor Muhammad Md. Jais berkata, ketika serbuan, seorang pelacur didapati sedang ghairah melayan seorang lelaki Bangladesh berusia 39 tahun.

Lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.





Imej Mesteri

 

 Jururawat rakam imej hantu













 



IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif dsebuah hospital swasta
di Melaka baru-baru ini.



MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.



Promosi Kalendar

Kalendar lucah untuk promosi keranda dikecam

Gambar Hiasan

WARSAW: Sebuah syarikat membuat keranda di sini mencetuskan kemarahan pihak gereja apabila cuba meningkatkan perniagaan dengan kalendar yang mempamerkan wanita separuh bogel di sebelah keranda buatannya.

Satu imej daripada kalendar edisi 2013 menunjukkan model yang hanya berseluar dalam kecil bersandar pada keranda dengan seekor ular melilit lehernya. Satu lagi gambar menunjukkan seorang wanita memakai korset menarik jantung lelaki yang terbaring di dalam keranda.

“Anak saya mendapat ilham untuk menerbitkan kalendar syarikat yang menunjukkan sesuatu yang kurang serious, berwarna-warni, mempamerkan kejelitaan gadis Poland dan kecantikan keranda kami. “Kami ingin menunjukkan bahawa keranda bukanlah simbol keagamaan.

Mengapa orang ramai perlu takut dengan keranda dan bukan perniagaan pakaian, kosmetik atau barang kemas?” kata pemilik syarikat, Zbigniew Lindner.

Selain menjadi publisiti syarikat, kalendar itu juga ialah untuk dijadikan sumber pendapatan.

Sesiapa yang memesannya akan menerima hadiah pemegang kunci berbentuk keranda.

Gereja Katolik mengecam syarikat berkenaan dengan menyifatkan kalendar itu sebagai tidak sesuai.
Seorang jurucakap gereja berkata, kematian manusia perlu dipenuhi kemuraman, bukan dicampur dengan seks.

Gereja Katolik dan ajaran agama itu menjadi ikutan rakyat Poland sejak sekian lama. Bagaimanapun, perubahan dalam kehidupan masyarakat mencabar kepercayaan terhadap agama itu. - AFP



Dapat Bayi

Hilang sebulan dah dapat bayi


UMAR ALI...terima laporan 
 
ALOR GAJAH: Luluh hati seorang ibu apabila anak gadisnya yang hilang dari rumah awal Oktober lalu dan sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin, sudah melahirkan seorang bayi perempuan ketika ditemui malam kelmarin.

Menurut sumber, pelajar berusia 17 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah keluarganya, di sini bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah dan kehilangannya disedari sejurus ibunya pulang kira-kira jam 7 malam.

“Sejak hari kejadian, ibunya gagal menjejak gadis itu namun malam tadi (kelmarin) selepas kira-kira sebulan, wanita itu menerima panggilan telefon daripada remaja terbabit yang memberitahu dia berada di sebuah rumah sewa di Johor.

“Gadis itu juga memaklumkan sejak keluar dari rumah keluarganya, dia tinggal di rumah itu bersama teman lelakinya berusia 37 tahun yang dikenalinya melalui laman sosial di Internet,” katanya.

  Menurutnya, keluarga gadis itu segera ke alamat diberikan namun sebaik tiba di situ, mereka terkejut apabila mendapati pelajar berkenaan sedang menggendong seorang bayi perempuan.






Inspektor Amuk

Lanyak sampai koma


TUTUP...suspek dikawal ketat memasuki kereta selepas direman. 

PARAH...mangsa koma dibelasah. 
KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kedua-dua pegawai berpangkat inspektor itu direman tiga hari bermula semalam untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.





Perlis.Tiada Bah


Mangsa bah 4 negeri naik

 
Penduduk Kampung Bukit Changgang, Dengkil memunggah perabot dan pakaian ke dalam sampan untuk diselamatkan selepas kampung mereka dinaiki air, semalam.
4,242 penduduk dipindahkan ke 29 pusat pemindahan
Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di empat negeri - Selangor, Johor, Melaka dan Perak - dilaporkan terus meningkat semalam dengan 4,242 penduduk dipindahkan ke 29 pusat pemindahan.

Sehingga jam 8 malam tadi, Johor mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,979 orang membabitkan 521 keluarga, dengan sebahagiannya besarnya ditempatkan di 16 pusat pemindahan di Batu Pahat, selain di Ledang, Muar.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan sekurang-kurangnya 25 kawasan di Batu Pahat dan Muar masih ditenggelami banjir, malah sehingga malam tadi paras air tidak menunjukkan sebarang tanda surut di kawasan terbabit.


Kawasan terjejas termasuk Parit Sulong, Kampung Jawa, Parit Gantong, Parit Abdul Rahman, Parit Abdul Hadi, Parit Yusof Darat, Parit Pulai, Parit Othman, Parit Betong, Parit Lapis Maimon, Parit Muhamad, Kampung Linau Kecil, Kampung Penggaram, Parit Yaani, Kampung Sengkuang, Semarang dan Kampung Sialang.

Dijangka bertambah buruk




“Banjir di Johor dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat yang diramal berterusan hingga hujung minggu ini, terutama di sebelah petang. Selain Batu Pahat dan Muar, tumpuan turut diberikan kepada dua lagi daerah berisiko iaitu di Segamat dan Kluang,” katanya.

Di Selangor, Sungai Langat terus mencatat bacaan paras bahaya melebihi empat meter berbanding dua meter (paras normal) di Stesen Pengukur Bukit Changgang, Dengkil menyebabkan tiga lagi kampung berhampiran ditenggelami banjir.

Seramai 831 mangsa membabitkan 257 keluarga dari Kampung Bukit Changgang, Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang terpaksa dipindahkan ke empat pusat penempatan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Muhammad Hafiz Shaari ketika ditemui, berkata pemindahan mangsa dilakukan secara berperingkat sejak Sabtu lalu berikutan peningkatan mendadak paras air Sungai Langat.

“Setakat ini, RTB Bukit Changgang adalah yang paling teruk terjejas kerana seluruh kawasan ini ditenggelami air kecuali SK RBT Bukit Changgang.

Jalan Dengkil-KLIA ditutup


“Jalan Dengkil-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut ditutup kepada satu laluan kerana ditenggelami air,” katanya sambil memaklumkan keseluruhannya 1,947 mangsa masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Langat dan Dengkil sejak Ahad lalu,” katanya. 

FB oh FB


Remaja wanita komen gambar rakan Facebook ditumbuk

 

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Gara-gara memberi komen berhubung gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook, seorang remaja wanita cedera dipukul dan ditumbuk sekumpulan individu yang dipercayai marah terhadap komen tersebut.

Mangsa berusia 18 tahun dikatakan telah memberi komen yang menyinggung perasaan seorang rakan wanita di Facebook sehingga menyebabkannya 'naik angin' lalu mengajak gadis terbabit bersemuka di satu lokasi di Kepong di sini, awal pagi Isnin lalu.

Dalam pertemuan tersebut, suspek bersama lima rakan termasuk seorang lelaki dipercayai bertindak memukul dan menumbuk mangsa yang datang ditemani suami dan seorang adiknya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam pergaduhan itu, suami mangsa yang membawa sebilah parang bertindak mengejar suspek menyebabkan mereka bertempiaran melarikan diri.





Teknik Fotografi


Komposisi dan fotografi

   Subjek utama perlu ditonjolkan bagi melahirkan hasil fotografi yang mengasyikkan.

KOMPOSISI dalam fotografi adalah bagaimana cara anda menyusun subjek dalam satu hasil kerja seni fotografi bagi melahirkan karya yang mengasyikkan dan menjadikan gambar yang dihasilkan kelihatan 'hidup'. 

Sebenarnya dalam fotografi tiada undang-undang yang tepat mengenai komposisi namun terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti bagi meningkatkan kesan gambar sekali gus mencantikkan lagi hasil seni fotografi anda.

Antaranya rule of thirds iaitu pembahagian sesuatu gambar kepada sembilan bahagian apabila anda meletakkan elemen penting di satu kedudukan utama pada garisan atau di mana ia bersilang.

Panduan lain adalah pembingkaian gambar atau framing apabila anda memberikan keutamaan kepada subjek yang hendak dirakamkan menjadi fokus penting dalam hasil kerja fotografi anda.

Tidak kira bagaimana keadaan anda merakamkan gambar, subjek utama perlu diketengahkan supaya menjadi tumpuan mata setiap orang yang menatap hasil kerja anda.

Memangkas atau memotong gambar yang popular dengan perkataan cropping juga menjadi keutamaan mencantikkan gambar.

Ini kerana dalam keadaan kelam-kabut atau anda tidak sempat melakukan komposisi dengan baik tetapi anda boleh melakukan cropping pada gambar ketika membuat penyuntingan dengan menggunakan pelbagai perisian terkini.

Selain itu, kebijaksanaan memilih warna juga boleh menimbulkan mood gambar yang baik ketika melakukan komposisi sebelum anda klik kamera.






Kamera - Nikon DSLR


Nikon D3200

 

SISTEM peranti tanpa wayar merupakan satu aliran baru yang kini mendominasi dunia teknologi termasuk kamera.

 Hampir keseluruhan gajet di pasaran hari ini mengalami transformasi sedemikian. 

Maka tidak hairanlah syarikat pengeluar kamera berjenama Jepun, Nikon membuat satu anjakan dalam teknologi kamera yang bertujuan memenuhi harapan pengguna setianya.

Kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) NIKON D3200 mempunyai ciri ciri keistimewaan yang lebih daripada jangkauan pengguna.

Perkongsian imej beresolusi tinggi dengan rakan-rakan melalui rangkaian sosial mahupun emel dan sebagainya membuktikan teknologi mendominasi segala aspek kemanusiaan termasuk platform berkomunikasi.

Nikon D3200 mempunyai resolusi tinggi iaitu 24.2 megapiksel setanding kamera profesional dalam kelasnya.

Walaupun ia ditampilkan khusus untuk pengguna amatur tetapi keinginan mencetak dengan pengimejan berkualiti tinggi menjadi pendorong kepada pengguna profesional untuk mencubanya.

Penggunaan sistem peranti tanpa wayar (wireless transmitter) WU-1a sebagai sistem sokongan bagi pengguna yang inginkan kepuasan perkongsian dengan rakan.

Jarak untuk sistem ini tidak melebihi 10 meter dari radiasi rakaman dan penerimaan imej tanpa halangan.

Menurut Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Profesional, Pemasaran Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR , D3200 yang menggunakan format Nikon DX merupakan kamera menggunakan enjin pemprosesan imej terbaharu Expeed 3 yang sama seperti penghasilan Nikon D4 yang digunakan khususnya golongan profesional.

Panel dial mod pemudah cara didatangkan khas dengan ciri baharu bagi pengguna yang ingin memulakan langkah pertama menggunakan DSLR.

Julat ISO mencapai sehingga 6400 serta rakaman penuh video berdefinisi tinggi (full HD).

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, berkata, Nikon D3200 mampu merakam imej dalam cahaya malap di samping sistem berterusan kelajuan pengatup sebanyak empat bingkai sesaat (4fps).

"Kamera ini diperbaharui dengan sistem tambahan 11 kawasan titik fokus" katanya pada sesi pertemuan bersama media di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kesinambungan teknologi pakar jurutera negara matahari terbit ini memberikan kepuasan dalam merealisasikan kehendak dan cita rasa pengguna DSLR Nikon amnya.




Agama - Isu Al Arqam


JAIS janji lebih agresif banteras usaha hidupkan Al-Arqam

Marzuki Husin menunjukan jemputan kenduri mega dan doa selamat yang bertemakan Abuya terus memimpin walaupun ghaib pada sidang media berkaitan isu 'Al-Arqam' di Shah Alam, semalam.
 
USAHA pengikut-pengikut Al-Arqam yang telah diharamkan terus memperingati bekas pemimpin mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad dipercayai sebagai langkah terdesak kumpulan itu untuk menghidupkan semula pergerakan tersebut.

Langkah itu termasuk terus menonjolkan 'kewujudan' Ashaari melalui slogan terbaharu mereka Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib sebagaimana disaksikan dalam program Kenduri Mega Doa Selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-75 bekas pemimpin Al-Arqam itu di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini hujung bulan lalu dan awal bulan ini.

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), penonjolan imej Ashaari yang terus memimpin dilakukan kerana tindakan memberikan laluan kepada isteri Allahyarham, Khatijah Am atau Ummu Jah menjadi peneraju tidak memberi kesan dan menemui kegagalan. 

Ummu Jah juga kini masih terpaksa terus berada di luar negara.

Utusan Malaysia difahamkan, pada masa ini seolah-seolah berlaku perebutan dalam kalangan penggerak kumpulan yang cuba menghidupkan ajaran Al-Arqam untuk menerajui pergerakan itu.

Ekoran tiada tokoh yang boleh ditonjolkan, mereka terpaksa menggunakan nama Abuya untuk mengelakkan pergerakan itu berkubur.

Unit Dakyah, Penyelewengan dan Doktrinisasi JAIS juga dikatakan melakukan pemantauan berterusan terhadap pengikut Al-Arqam dan variasi serta versinya dari semasa ke semasa dengan tindakan agresif akan dilakukan.

Difahamkan JAIS juga kini melakukan pelan tindakan penguatkuasaan yang rapi terhadap kumpulan Syiah. 

''JAIS tidak akan tenang selagi dua kumpulan besar di luar arus perdana ini megah di luar sana dengan membelakangkan sumber hukum Islam, Ijmak dan Qias yang menjadi sumber teras Ahli Sunnah Wal Jamaah di Selangor khususnya dan Malaysia amnya," demikian menurut sumber mengenai laporan penguatkuasaan fatwa negeri Selangor tentang fahaman dan ajaran Al-Arqam dan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC).

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin dalam sidang akhbarnya di sini semalam berkata, pegangan bahawa Ashaari terus memimpin dalam keadaan ghaib adalah antara kesesatan terbaharu kumpulan terbabit.

''Memang ajaran Al-Arqam sudah difatwakan sesat. 

Kalau sudah meninggal dunia sudah pasti habis rohnya, jadi hendak keluar memimpin bagaimana mana?'' katanya. 

Beliau mengulas operasi penguatkuasaan program cubaan menghidupkan ajaran dan fahaman Al-Arqam di Dataran Global Ikhwan Celebration Mall, Rawang pada 30,31 Oktober dan 1 November lalu.

Dalam operasi pada 1 November lalu, JAIS menahan 16 individu di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Kesemua mereka telah dibebaskan dengan bon jaminan selepas sebutan kes di Mahkamah Syariah Gombak Barat di Kuang pada 2 November lalu dan hakim menetapkan 20 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut.

Pergerakan Al-Arqam difatwakan haram pada 1995. Pengasasnya, Ashaari,72, meninggal dunia pada 13 Mei 2010 setelah mengalami jangkitan paru-paru dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Marzuki berkata, risikan Bahagian Penguatkuasa JAIS terhadap aktiviti yang dilakukan dalam program berkenaan mendapati wujudnya perbuatan yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan pegangan Al-Arqam.

''Berlakunya terlalu banyak perbuatan oleh individu atau kumpulan yang dilihat memberikan kemudahan kepada kumpulan pengikut Al-Arqam dengan cara kerjasama dan menyempurnakan kehadiran mereka pada majlis tersebut," katanya.

Kata beliau, pihaknya sedang meneliti tindakan yang perlu diambil agar pihak berkuasa tempatan (PBT) juga turut memainkan peranan untuk tidak membenarkan program berkaitan usaha menghidupkan Al-Arqam di kawasan pentadbiran mereka seperti yang berlaku di Rawang tempoh hari.

Dalam pada itu, Marzuki turut mendedahkan bahawa pengikut Al-Arqam dikesan mewujudkan saluran televisyen online untuk mengembangkan ajaran Aurad Muhammadiah dan menghidupkan semula fahaman itu.

Saluran yang dibangunkan sejak 2010 itu boleh diakses melalui laman web http://nurmuhammad.tv/, dikenali sebagai televisyen Rasulullah, Sayyidi dan Abuya (TVRSA) dengan menggunakan motto Saluran roh suci dan seks suci Islam.

TVRSA bertujuan menyucikan semula roh manusia untuk kembali kepada Allah dan Rasul melalui hiburan yang melindungi pendidikan iman dan Islam, malah pengikut Al-Arqam menganggapnya satu-satunya saluran hiburan yang boleh mendidik roh manusia kepada iman dan Islam kerana isi kandungannya datang daripada Rasulullah, Imam Mahdi (Sayyidi) dan Putera Bani Tamim (Abuya).

Mengenai kenyataan Badrulamin yang mempertikaikan penahanannya, beliau berkata, pemimpin PKR itu disiasat kerana turut hadir dalam Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat sempena ulang tahun keputeraan ke-75 Abuya.

''Mereka yang hadir ke majlis itu boleh disyaki memberikan bantuan kepada kumpulan terbabit menghidupkan semula ajaran Al-Arqam," tegasnya.

Tambah beliau, ketika serbuan terbabit, JAIS turut merampas 'Buletin Nur Muhammad: Muhammad 2, buku Modul Poligami Indah dari Tuhan dan risalah tertulis Abuya terus memimpin walaupun ghaib.

Katanya, kandungan buletin tersebut juga didapati mempunyai unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam apabila salah satu edisi keluarannya menyiarkan ilustrasi wajah empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali Abu Talib.

Mengenai status Global Ikhwan sama ada perlu diharamkan sebagaimana SRC sebelum ini, beliau berkata, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengharamkan syarikat itu jika siasatan mendapati ia menjalankan perniagaan yang menyokong Al-Arqam.

''Kesemua 16 individu yang ditahan dalam operasi tersebut akan dibawa semula ke Mahkamah Syariah Gombak Barat, Kuang pada 20 Disember ini untuk menyambung semula perbicaraan," katanya.






Semasa - Ular Sawa Besar


Ular sawa besar, jinak jadi tumpuan ramai

 
 
Nor Hizan Abd. Ghani menunjukan ular sawa batik seberat lebih 130 kilogram yang dipeliharanya di Inap Desa, Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, semalam. 
 
KUBANG PASU 7 Nov. - Seekor ular sawa batik sepanjang lapan meter menjadi tarikan orang ramai ke Inap Desa Kampung Pisang, Tunjang di sini ekoran saiznya yang besar dan jinak.

Reptilia seberat lebih 130 kilogram itu dipelihara oleh salah seorang pengusaha inap desa berkenaan, Nor Hizan Abd. Ghani, 55, sejak 11 tahun lalu dan kini menjadi haiwan peliharaan kesayangan keluarganya.

Menurut Nor Hizan, ular sawa yang diberi nama Gaban itu menjadi daya tarikan pengunjung yang berminat melihat dan menyentuh reptilia 'gergasi' tersebut.

"Setiap hari hampir 40 pengunjung datang melihat Gaban yang jinak dan boleh dipegang.

 Namun pada masa-masa tertentu, orang ramai tidak dibenar mendekatinya sebagai langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri Gaban bertindak agresif ketika lapar atau sakit," katanya ketika ditemui hari ini.






Lupus Mayat


2 remaja didakwa lupus mayat

KANGAR 7 Nov. - Dua remaja lelaki masing-masing berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melupuskan keterangan kesalahan iaitu mayat seorang bayi yang baru dilahirkan pada hujung bulan lalu.

Khairul Amri Che Ani dari Kampung Padang Benta, Simpang Empat di sini dan Muhamad Affendi Azmi dari Kampung Bukit Papan, Kuala Perlis membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Kedua-dua tertuduh itu dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 6 Disember ini.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berdua didakwa dengan niat bersama melupuskan mayat bayi tersebut dengan tujuan mengelakkan satu hukuman undang-undang dibuat terhadap ibu bayi berkenaan.

 ----------------------------------------------------------------

Dua lelaki mengaku tidak bersalah lupus keterangan berhubung mayat bayi

KANGAR: Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas tuduhan melupuskan keterangan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi perempuan di sebatang tali air di Kampung Bohor Rotan Pahit, dekat sini bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 18 tahun, Khairil Amri Che Ani dari Kampung Padang Benta dan Mohamad Affendi Azmi dari Kampung Bukit Papan, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Zuhair Rosli.

Pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.


Mereka dituduh secara bersama melakukan kesalahan itu di atas titi simen, Kampung Bohor Rotan Pahit pada 24 Oktober 2012 jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam bagi melupuskan keterangan kesalahan itu yang bertujuan mengelak hukuman undang-undang terhadap seorang remaja perempuan.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan Perlis Azhar Mokhtar manakala kedua-dua tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan.

Azhar memohon supaya kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,000 setiap seorang berserta penjamin namun majistret Zuhair Rosli membenarkan permohonan peguam kedua-dua tertuduh dengan mengarahkan mereka masing-masing dikenakan ikat jamin RM1,500 bersama seorang penjamin.
Zuhair menetapkan 6 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pada 24 Oktober lalu, mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di sebatang tali air di Kampung Bohor Rotan Pahit selepas polis menerima laporan Hospital Tuanku Fauziah mengenai seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dirujuk ke hospital akibat pendarahan. - BERNAMA










Selasa, 6 November 2012

Politik - Pemuda PAS Berwibawa



Pemuda Pas lahir pemimpin wibawa
Wartawan Sinar Harian
4 November 2012
Salman Saleh
Salman Saleh
 
MUKADIMAH

Sayap pemuda dilihat paling penting untuk setiap parti memandangkan tenaga dan idea mereka sangat diperlukan khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi. Bagi mengetahui persiapan dan aspirasi Pemuda Pas Perak, Sinar Harian telah menemu bual Setiausahanya, Salman Saleh.

Boleh tuan jelaskan fungsi atau tanggungjawab Pemuda Pas untuk parti?

Pemuda Pas merupakan sayap kanan parti di semua peringkat dan tugas utama kami ada mendukung segala keputusan atau dasar yang diputuskan perhubungan negeri. Kita juga bertanggungjawab memastikan penguasaan Pas kepada golongan belia dan remaja di Perak.

Berapakah jumlah keahlian Pas di kalangan golongan muda di Perak? Apakah ada jumlah sasaran keahlian yang ditetapkan dalam masa setahun?
Secara umumnya jumlah keahlian Pemuda Pas di Perak seramai 10,000 orang dan kami kini dalam proses untuk menambah jumlah tersebut kerana kita mengharapkan dengan jumlah ini akan menjana tenaga kerja bagi petugas pilihan raya. Bagi memastikan jumlah tenaga bagi jentera pilihan raya ini ramai, saya selaku setiausaha memantau di kawasan-kawasan bagaimana mahu memaksimumkan keahlian kita. Sasaran jumlah secara umum tiada cuma kita sentiasa muhasabah untuk mempertingkat jumlah ahli dari semasa ke semasa.

Bagaimana Pemuda Pas menarik minat golongan muda menyertai Pas?

Dalam Pemuda Negeri kita ada 10 lajnah atau biro, enam Jabatan dan satu akademi Pemuda. Kesemua ini bergerak setiap masa dalam mendapatkan sokongan golongan muda di negeri ini. Sebagai contoh, Lajnah Sukan dan Kesenian merupakan lajnah paling aktif mendekati golongan muda.  Dengan gabungan ketiga-tiga entiti ini kita bergerak ke akar umbi untuk memastikan golongan muda berminat dengan Pas ini.

Apakah Pemuda Pas mempunyai program khusus dalam melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan berintegriti?
Kalau kita sebut pemimpin muda yang berwibawa dan berintegriti, sebenarnya ia peranan semua pihak dalam parti. Cuma di peringkat Pemuda Pas Negeri, kita ada yang pertama, Akademi Kepimpinan Pemuda yang memberikan latihan dan kursus kepada kepimpinan pelapis di peringkat kawasan dan cawangan dalam aspek politik, pilihan raya sekali gus melahirkan pemimpin berwibawa yang mempunyai integriti.

Keduanya, kita ada Lajnah Tarbiah dan Perkaderan yang berfungsi sebagai memastikan dalaman pemuda dapat diperkukuhkan dan tidak mudah dipermainkan atau dibeli oleh pihak-pihak berkepentingan. Program setiap minggu dan setiap bulan di peringkat kawasan dan negeri diharap dapat mencapai hasrat menjadikan pemimpin kami pemimpin yang berwibawa dan berintegriti.

Bagaimanakah Pemuda Pas membantu dalam memastikan Pas terus relevan sepanjang masa untuk rakyat memandangkan wujudnya parti-parti baru?

Pada pandangan kami kewujudan parti-parti baru di negara ini bukan satu ancaman tetapi satu motivasi untuk kami sentiasa nampak relevan sebab Pas antara parti tertua di negara ini. Antara kelebihan yang ada pada Pas dan diakui oleh rakan-rakan, kami mempunyai keahlian akar umbi paling ramai. Kami mempunyai cawangan yang cukup banyak untuk menyaingi Umno.

Kesetiaan ahli kepada Pas amat baik walaupun ada kes-kes terpencil. Disebabkan itu rakyat mahu Pas untuk terus berada di dalam suhu politik di negara ini. Bagi pihak Pemuda Pas kita sentiasa membuat perubahan dalaman dalam parti ini.


PROFIL

Nama: Salman Saleh
Umur: 37 tahun
Asal: Ipoh, Perak
Isteri: Haliza Hamidun
Anak: Nur Syafi qah Husna, 9, Sofea
Huda, 5, Muhammad Hadi, 2,
Muhammad Haziq, 11 hari.
Kerjaya: Ahli Perniagaan
Jawatan sekarang: Setiausaha Pemuda Pas Perak

Latar belakang pendidikan:
1. Pendidikan rendah : Sekolah Rendah Raja Dihilir Ekram, Ipoh
2. Pendidikan Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Putih, Ipoh
3. Pendidikan tinggi: Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Latar belakang politik:
1) Ahli Badan Perhubungan Pas Perak
2) Sekretariat Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak
3) Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perak
4) AJK Lujnah Politik Pas Perak
5) Pengerusi Tetap Pas Kawasan Ipoh Timur
6) AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur
7) Bendahari Pas Cawangan Kampung Pasir Putih






Politik - BN Bersedia



BN bersedia ubah tsunami 2008
Datuk Abdul Jalil Ali, Dr G Manimaran, Noor Azura Sahril
Foto Rosli Talib

5 November 2012 
 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 
Kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008 telah memberi banyak perubahan kepada imej baru gabungan tersebut. Kini menjelang Pilihan Raya Umum  Ke-13 (PRU13), Pemerhati politik  meramalkan akan berlaku satu pertembungan sengit, di antara BN dan Pakatan Rakyat (PR). Namun, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara bersama Sinar Harian menegaskan BN kali ini lebih bersedia dari segi segala aspek berbanding dahulu.   Ikuti wawancara Menteri Pertahanan ini bersama Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali; Editor Sinar Harian Online, Dr G Manimaran; Wartawan, Noor Azura Sahril dan Jurugambar Rosli Talib.



Pandangan Datuk Seri sebagai Naib Presiden, bagaimana kedudukan Umno kini selepas empat tahun, sejak tsunami politik pada 2008?
Persoalan utama yang perlu diakui hakikatnya adalah daripada segi ‘relevansi’  Umno dan BN dalam arena politik di negara kita. Ia berdasarkan, 42 peratus daripada jumlah pengundi, terdiri daripada usia 40 tahun ke bawah.

Daripada jumlah itu, 19 peratus pengundi terdiri berumur 21 hingga 30 tahun dan  23 peratus terdiri daripada mereka yang berusia 30 ke 40 tahun.

Pada segi sosialnya, 19 peratus pengundi ini, mereka terdiri daripada dua kategori iaitu pertama dan lebih sekali mengundi. Dan mereka membuat keputusan berdasarkan media baru.

Manakala 23 peratus itu membuat keputusan berdasarkan percampuran media baru dan konvensional. Mereka ini pula merupakan ketua keluarga muda iaitu terdiri daripada golongan profesional, demokrat dan separa keterampilan, yang mencari ke arah kestabilan keluarga.

Golongan 42 peratus ini yang memikirkan apa yang mereka peroleh untuk masa hadapan buat diri dan keluarga. Justeru, Umno dan BN tidak boleh lari daripada persoalan untuk merelevankan parti iaitu dengan langkah menawarkan produk baru untuk generasi ini.

Produk baru itu antaranya, termasuklah sistem pendidikan, pengagihan kekayaan negara, dan juga soal kegembiraan rohani yang perlu diberi tumpuan dan tidak hanya kepada kegembiraan fizikal sahaja. Ini kerana generasi ini lahir selepas negara ini mencapai
kemerdekaan, di mana pembangunan fizikal tidak perlu lagi diperjuangkan sebagai agenda, tetapi ini adalah keperluan.


Bagaimana dengan baki 58 peratus pengundi? Adakah sokongan mereka kuat terhadap BN atau pembangkang?
Dalam kalangan pengundi Melayu, bentuknya berbeza dengan kaum lain. Pengundi Melayu merasakan bahawa apa yang dipersembahkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berbeza berbanding Perdana Menteri terdahulu.
Majoriti pengundi Melayu, mereka berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan. Manakala bagi pengundi Cina, lebih 70 peratus kalangan mereka merasakan masih belum mencukupi.

Dua aspek yang sering ditekankan adalah peluang terbuka luas dalam bidang pendidikan untuk generasi muda dan peluang perniagaan yang lebih telus.

Bagi kalangan pengundi India, Hindraf menjadi elemen penting dengan lebih 80 peratus daripada mereka percaya, sokongan terhadap parti itu dapat memberikan RM1 juta yang dituntut pampasannya daripada Kerajaan British. Akhirnya, apabila tidak berlaku, ramai pengundi India kembali menyokong dan yakin kepada BN.


Adakah tindakan dan langkah yang dilakukan BN kini menjurus ke arah kegembiraan rohani seperti yang dikatakan?
Masyarakat kini memerlukan keseimbangan duniawi dan akhirat dengan tidak hanya memfokuskan kepada infrastruktur dan hanya keperluan asas sebagai warganegara. Berbanding dengan parti pembangkang yang memberikan kegembiraan rohani, umpamanya di Kelantan yang dikuasai oleh Pas begitu lama, meskipun pembangunan fizikal tiada.

Ini kerana mereka dijanjikan syurga, meskipun dengan kuasa ALLAH, Pas berjaya menguasai minda dan sanubari rakyat dengan perimbangan soal keagamaan. Ini dapat mempengaruhi minda dan naluri kemanusiaan.

Begitu juga dengan komponen Pakatan, iaitu DAP dan PKR. DAP juga tidak dapat memberikan kegembiraan fizikal, kerana kegembiraan fizikal telah diberikan kerajaan terdahulu di Pulau Pinang, dengan mereka membangkitkan isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan mahukan kerajaan yang telus.

Perkara ini yang dekat dengan pengundi baru. PKR pula menjadi jambatan antara Pas dan DAP, mengarah kepada kegembiraan rohani.

Kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, menjurus ke arah pertimbangan ini. Itulah sebab agenda sekarang ini memperlihatkan komitmen Kerajaan untuk membawa pengundi-pengundi kepada elemen kegembiraan rohani.
Umpannya masyarakat Cina dan India iaitu kebebasan keagamaan, biarpun mengakui Islam adalah agama persekutuan. Ini yang dilakukan Datuk Seri Najib melalui konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan dalam memberikan keseimbangan kepada warganegara Malaysia.

Dalam memberikan keseimbangan ini, soal keperluan diberikan tumpuan tanpa meninggalkan prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana agama Islam kekal agama rasmi negara, Raja-raja Melayu dikekalkan, bahasa Melayu kekal Bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu dikekalkan.


Adakah dengan elemen ini akan menjadi penentu terhadap ‘survival’ Umno?
Ia bukan sekadar itu, tetapi apakah agenda baru yang mahu dilontarkan kepimpinan BN sekarang ini yang menjadi pemerintah kepada khalayak.


Adakah pengundi Cina masih lagi menjadi penentu kemenangan BN?
Di sesetengah kawasan, pengundi Cina penentu kemenangan, tetapi di kawasan yang majoritinya Melayu, persaingannya adalah Umno dan Pas dan di kawasan majoritinya Cina, adalah antara DAP dan MCA.

Manakala di kawasan campuran, pengundi Cina menentukan kerusi Dun atau Parlimen. Kawasan campuran kini, dikenal pasti sekitar 40 peratus, selepas persempadanan semula dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Di Bagan Datok umpamanya ada 57 peratus pengundi Melayu, 23 peratus pengundi India dan 20 peratus Cina. Dulunya, kawasan campuran ini adalah kawasan paling selamat bagi BN, tetapi tidak lagi dalam keadaan sekarang, kerana pengundi bukan Melayu adalah penentu.


Pada pandangan Datuk, BN masih masih berpeluang menang PRU ke-13 ini?
Bagi saya tidak lebih baik daripada keputusan PRU pada 2004 dan tidak lebih buruk daripada keputusan PRU 2008. BN bukan sahaja perlu bekerja keras, tetapi bekerja dengan penuh bijaksana, dengan mengambil hati khalayak.


Adakah PRU13 ini merupakan pilihan raya paling mencabar?
Cabaran kepada BN, bukannya kekuatan parti pembangkang, tetapi fokus kepada masalah dalaman. Ini kerana budaya selesa dalam kalangan ahli parti masih lagi menebal dan tidak dapat diatasi. 100 peratus masalah dalaman perlu diselesaikan sebelum PRU.

Walaupun pemimpin Majlis Tertinggi parti turun ke bawah, kajian kami mendapati isu itu menjadi stigma besar kepada jentera parti Umno.


Apa tindakan pemimpin tertinggi BN dalam mengatasi masalah ini?
Ada kaedah dan pendekatan yang kami lakukan. Mengikut kajian, faktor calon 37 peratus penentu kemenangan atau kekalahan di kawasan Dun dan Parlimen. Oleh itu, masalah dalaman Umno adalah faktor calon dan ini yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib.

Calon bukan sahaja berdasarkan hierarki, tetapi keperluan tempat dan semasa. Meskipun PRU semakin hampir dan isu itu tidak dapat selesaikan 100 peratus, kami berpuas hati jika sebahagian besar dapat diselesaikan.


Dalam menghadapi PRU kali ini, segelintir pemimpin BN dalam ucapan menampakkan kerisauan. Apa pandangan Datuk?
Kita bukan sahaja risau, tetapi harus menghadapi realiti baru ini kerana pilihan raya kali ini bukan PRU biasa, tetapi amat luar biasa yang harus ditangani berdasarkan angka, bukan hanya dengan perasaan kerana politik adalah “game of number”. Dahulu kita meramalkan secara jamak terhadap sokongan rakyat kepada BN, tetapi sekarang ini setiap orang dikira kerana bentuknya kini telah berubah.


Apa cabaran paling besar dalam menghadapi PRU ke 13?
Cabaran paling besar adalah mendekati khalayak dan tidak boleh lagi menggunakan komunikasi bersemuka sahaja. Ini kerana komunikasi tanpa lisan berada pada tahap 87 peratus. Mesej harus sampai kepada golongan sasaran dengan berkesan.

Meskipun media baru ini menguasai sebahagian besar khalayak, perlu diakui media daripada dulu hingga sekarang menjadi kuasa mendesak.


Adakah ini menunjukkan kepercayaan dan kredibiliti kepada berita telah berubah?
Saya rasakan medium komunikasi telah bertukar dan maklumat kini hanya di hujung jari. Pendekatan ini yang digunakan Datuk Seri Najib melalui Facebook, Twitter dan blognya.


Adakah PRU kali ini menunjukkan media akan menentukan corak pengundian atau mesej dan harapan?
Media bukan satu-satunya faktor mempengaruhi keputusan, banyak faktor lain  tetapi media menyumbang sebahagian besar kepada pembuat keputusan. Media daripada dahulu hingga sekarang, adalah “force estate’ itu harus akui sama ada media baru atau konvensional.


Adakah kini BN telah bersedia menghadapi kemungkinan PRU berlangsung bila-bila masa sahaja?
Realitinya, kami sudah bersedia menghadapi PRU .