Prevé catat lebih 11,000 tempahan
KUALA LUMPUR: Dalam hanya dua bulan selepas pelancarannya, model PROTON Prevé mencatatkan tempahan berjumlah 11,310 unit, menjadikannya kereta sedan 1.6 liter paling popular dalam pasaran.
"Dengan tempahan berjumlah lebih 10,000 unit setakat ini, dan dengan bilangannya yang semakin meningkat saban hari, Prevé segera melakar nama sebagai pilihan sedan kompak keutamaan pengguna.
"Ia adalah sebuah kenderaan yang dinanti-nantikan oleh pasaran dan terus mendapat sambutan yang baik, bukan sahaja kerana ia mampu dimiliki dan menawarkan kos pemilikan yang rendah, malah juga cemerlang dari segi gaya, prestasi, keselamatan dan kelengkapan," katanya.
Prevé dilancarkan dengan rasminya pada 16 April dan ditawarkan dalam tiga varian.
Prevé serba baru itu boleh disaksikan dan diuji pandu di semua bilik pameran PROTON di seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan