Ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu, UniMAP diwakili oleh Naib Canselor, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin, manakala tuan rumah oleh Pengarah OCIS, Dr. Farhan Nizami .
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP menyaksikan MoU itu.
Menerusi perjanjian tersebut, UniMAP dan OCIS akan menjalinkan kerjasama dalam semua bidang yang sesuai dan dipersetujui, sama ada akademik, penyelidikan dan pengajaran.
Pada masa yang sama, kedua-dua universiti terkemuka itu akan mengadakan pertukaran kakitangan ke arah memberikan pendedahan dalam penyelidikan, penerbitan dan pengajaran serta akan melakukan pertukaran penuntut.
Dalam titah ringkas pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mahu kedua-dua pihak bekerjasama dalam pelbagai bidang, terutama yang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan umat Islam secara berterusan.
Selain itu, baginda percaya, melalui kerjasama berkaitan ia dapat merapatkan lagi jurang akademik dan penyebaran nilai-nilai dan kemuliaan Islam.
Tidak terkecuali, titah baginda, UniMAP dan OCIS akan menemui potensi dan kemungkinan ke arah mengkomersialkan produk Islam di seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan