Selasa, 19 Jun 2012

Penentu PRU Perlis

PM: Isa, 2 bekas MB penentu PRU di Perlis

27 Januari 2012

ARAU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu hubungan akrab antara Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu serta dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Abdul Halim Pawanteh dikekalkan demi masa depan Barisan Nasional (BN) di Perlis.




Beliau berkata, hubungan akrab yang mula terjalin antara tiga pemimpin berpengaruh di Perlis itu merupakan petanda positif  dalam memastikan BN meneruskan penguasaan, sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam parti.




Najib (tengah) mengacau bubur kacang bersama-sama dengan Md Isa (kanan) dan Shahidan di Dewan MPK Simpang Empat, Arau.

Menurutnya, Perlis merupakan benteng kekuatan BN dan senario itu perlu dikekalkan dengan meningkatkan lagi semangat kerjasama sesama ahli parti.

"Saya yakin melalui hubungan mesra terjalin antara menteri besar dengan dua bekas menteri besar bukan sahaja Perlis akan terus kekal kepada BN, malah dapat merampas kembali dua kerusi Dun yang jatuh ke tangan parti pembangkang," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Tinjauan Mesra Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Simpang Empat di sini, hari ini.

Turut hadir Md Isa dan Shahidan.

Najib berkata, Kerajaan Pusat akan memberi lebih banyak bantuan kepada Perlis dalam memastikan negeri itu mendapat bantuan secukupnya.

Menurutnya, walaupun Perlis dianggap negeri kecil yang 'sangat berkuasa', ia masih belum cukup menjamin kedudukannya sebagai 'simpanan tetap' BN.

"Justeru, Kerajaan Pusat tidak akan teragak-agak memberi bantuan sewajarnya kepada Perlis demi memastikan negeri itu lebih kuat dan kukuh pengaruh rakyat terhadap BN," katanya.



Apa Komen mereka ( Rakyat Perlis Dan Bukan Perlis ) ?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan