KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan pengguna supaya mengelak daripada berinteraksi dalam beberapa akaun Facebook yang menggunakan nama syarikat itu.
Dalam satu kenyataan TNB berkata, syarikat utiliti itu hanya mempunyai satu akaun Facebook rasmi yang boleh dilayari di www.facebook.com/tnbcareline.
Kewujudan akaun-akaun yang menggunakan nama TNB telah mengelirukan pengguna dan menganggap ia akaun rasmi, kata Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat) TNB, Adelina Iskandar.
Akaun-akaun tersebut tidak dikemas kini dan tidak memberi maklum balas tepat terhadap soalan dan aduan pengguna, katanya.
Beliau berkata untuk keselesaan dan kemudahan pengguna, TNB melalui Pusat Pengurusan Panggilannya, TNB CareLine, menyediakan lima saluran utama untuk dihubungi.
Saluran itu ialah telefon atau fax 1300-88-5454 (Pusat Pertanyaan Sehenti - OSEC) bagi pertanyaan dan aduan pengguna berkaitan bil dan akaun TNB; telefon atau SMS 1-5454 (Pusat Pengurusan Panggilan – CMC) bagi laporan gangguan bekalan elektrik; dan kerosakan lampu jalan TNB, e-mel tnbcareline@tnb.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan