MB Perlis: Tumpu menang PRU, bukan soal calon
12 Jun 2012
Berucap pada majlis penyampaian elaun kepada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri di sini malam tadi, beliau berkata agenda terpenting menjelang pilihan raya umum ialah menguatkan kedudukan parti bagi memastikan kemenangan.
Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis mahu setiap anggota parti mengelak daripada mempertikaikan calon yang bakal diputuskan pucuk pimpinan.
"Setiap anggota parti komponan BN perlu mempunyai tekad yang sama iaitu memenangkan parti dan bukan bertelagah soal pemilihan calon," katanya.
Md Isa berkata BN berazam terus kekal memerintah demi kepentingan rakyat dan berharap orang ramai mendapatkan maklumat sebenar isu semasa supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah atau janji manis pembangkang yang menagih simpati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan