Jumaat, 15 Jun 2012

My Agrosis

UiTM Arau tubuh MyAgrosis galak pengeluaran makanan

 

ARAU 14 Jun - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPT) kedua di negara ini yang menubuhkan Kelab Usahawan Graduan Pertanian (MyAgrosis) untuk menggalakkan siswazah terlibat dalam pengeluaran bekalan makanan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi negeri, Sabry Ahmad        ADUN SANTAN berkata, kelab MyAgrosis pertama telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Disember tahun lalu di UiTM Merbok, Kedah.

Sehubungan itu, katanya, ini membuktikan kerajaan memandang serius terhadap program bagi menjana pengeluaran makanan negara.

"MyAgrosis diperkenalkan dengan harapan generasi muda yang mempunyai pendidikan tinggi meminati bidang pertanian untuk membentuk kumpulan usahawan berdaya maju dan mampu bersaing di peringkat global," katanya selepas majlis pelancaran Kelab MyAgrosis UiTM di Dewan Semarak, UiTM Arau, di sini hari ini.

Turut hadir, Rektor UiTM Perlis, Prof. Dr. Khudzir Ismail.

Sabry berkata, 152 siswazah UiTM Arau telah menganggotai kelab yang ditubuhkan sejak dua bulan lalu itu.
"Ahli kelab juga boleh mendapatkan pinjaman tanpa penjamin dan cagaran daripada AgroBank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional," katanya.
Sabry berkata, AgroBank memberikan pinjaman RM30,000 manakala TEKUN Nasional pula RM10,000 bagi membolehkan siswazah melaksanakan projek pertanian masing-masing.
"Program kelab ini juga mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengajian Tinggi dengan memberikan latihan dan bimbingan teknikal keusahawanan pertanian kepada siswazah-siswazah di peringkat IPTA," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan