Khamis, 28 Jun 2012

Anti Hadis


Mufti tolak kaji semula larangan buku 'anti-hadis'
9:54AM Jun 28 2012

Beberapa orang mufti dan aktivis Islam menolak desakan supaya pengharaman buku "Hadis: Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan anti-hadis, ditarik balik.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (bawah, kopiah putih) berkata usaha Kassim supaya kerajaan menarik balik pengharaman itu adalah sia-sia.

NONE"Para ulama hampir seluruhnya menolak pandangan ganjil beliau. Debat dan jawapan kepada pandangan pelik beliau telah lama direkod dan sudah menjadi bahan sejarah.

"Jadi kita tidak perlu membuang masa melayan perkara yang sia-sia seperti ini dan beliau sepatutnya mengkaji semula pandangannya itu," katanya kepada Bernama dalam satu SMS di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik semula pengharaman itu dan beliau mendakwa sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkenaan perkara itu tiga bulan lepas.

Kerajaan pada 10 Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat buku itu mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah.

NONEAntara kandungan buku itu ialah penyelewengan dari sudut akidah iaitu menolak hadis secara total sebagai sumber akidah dan perundangan Islam, menolak dua kalimah syahadah, menolak Qada' dan Qadar (satu daripada Rukun Iman), dan memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.

Percanggahan dari sudut syariah pula ialah menolak pensyariatan sembahyang, menolak ketetapan hukum Fiqh Islam mengenai aurat wanita manakala percanggahan dari sudut akhlak ialah menghina peribadi dan kedudukan Rasulullah dan mencerca dan memfitnah para ulama.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata buku itu tidak perlu kajian semula.

"Nak kaji buat apa. Tidak perlu lagi. Semua tindakan sudah diambil. Dan hanya dia seorang yang mempertikaikan tindakan ke atas buku yang diharamkan itu," katanya kepada Bernama.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Nakhaie Ahmad menasihatkan mereka yang mahukan pembaharuan dalam Islam agar terlebih dulu mendalami Islam, al-Quran dan hadis.

"Faham betul Islam itu dan jangan buat perkara-perkara yang mengarut. Jangan buat kajian mengikut kehendak dan fahaman kita sahaja. Faham tradisi ilmu, pengajian, intelektual Islam dan kemudian menguasainya," katanya.

Beliau berkata pembaharuan adalah baik tetapi sekiranya membawa idea yang cetek ia akan hanya menghabiskan masa orang lain untuk membincangkannya.


------------------------------------------------------------------------


KDN arah Jakim semak haram buku Kassim

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji 
semula pengharaman buku Hadis: Satu Penilaian Semula tulisan sarjana kontroversi Dr Kassim Ahmad.

Menurut Dr Kassim, arahan itu terkandung dalam surat KDN kepada Jakim bertarikh 20 Jun, yang salinannya dilampirkan turut diposkan ke rumahnya di Kulim.

NONEMenurut intelektual yang terlibat dalam politik, agama dan budaya itu, surat daripada pejabat ketua setiausaha KDN kepada ketua pengarah Jakim itu diterimanya pada 24 Jun lepas.

Malaysiakini semalam melaporkan, Dr Kassim tiga bulan lalu menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya pengharaman bukunya 26 tahun lalu ditarik balik.

Hadis: Satu Penilaian Semula diharamkan pada tahun 1986 selepas beberapa bulan diterbitkan kerana Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat ia mengandungi fahaman yang bertentangan dengan akidah.

Harap cabar pemikiran generasi baru

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Dr Kassim positif nasib buku itu akan berubah seiring pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan banyak program transformasi dalam pentadbirannya.

"Jadi kita nak tengok balik apa yang kerajaan pimpinan Najib akan buat dengan inovasi dan transformasi yang beliau lakukan ini," kata bekas tokoh pemimpin gerakan kiri yang pernah sekejap menyertai Umno itu.

Dr Kassim juga menyifatkan langkah KDN merujuk Jakim sebelum memutuskan status buku itu sebagai betul dan "menurut prosedur".

Seandainya penarikan pengharaman itu benar-benar berlaku, Dr Kassim berharap ia akan mencabar generasi baru yang belum pernah membacanya agar mengkaji semula kedudukan "ulama" dalam struktur masyarakat.

"Umat Islam hari ini bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia, kita terlalu mendewa-dewakan sarjana," katanya merujuk kepada imam empat mazhab fikah dalam Islam.

Sementara itu, KDN ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan ada menghantar surat berkenaan kepada Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jakim.

Seorang pegawai kanannya memberitahu, keputusan penarikan balik larangan itu bergantung kepada maklum balas dari Jakim.

"Perkara ini bergantung kepada kesegeraan," kata sumber dalaman itu.

Buku itu memperlihatkan cubaan Dr Kassim membedah hadis secara kritikal, antaranya menolak pemahaman tradisi ahli hadis, mengkritik 'kelemahan' umum, kelemahan kritikan sanad serta mengetengahkan 'kontradiksinya' dengan Quran, sains dan sejarah.

Buku mengumpulkan lima siri ceramah berkaitan di Jabatan antropologi dan Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hampir tiga dekad lalu itu mencetuskan pelbagai reaksi serta dijawab oleh enam buah buku lain.

Dalam perkembangan berkaitan, pemorhonan penerbitan semula dan penterjemahan buku baru Dr Kassim Islamic Renaissance oleh Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) setakat ini masih belum pasti.

Semakan Malaysiakini dengan semalam ITBM mendapati syarikat penerbitan kerajaan itu masih belum menerima buku yang diposkannya sebelum ini.



------------------------------------------------------------------------


Kassim Ahmad: Tarik larangan buku 'anti-Hadis'
WAWANCARA Selepas 26 tahun, penulis dan sarjana kontroversi Kassim Ahmad menuntut kerajaan menarik balik pengharaman bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula yang dicop pelbagai pihak memprogandakan ajaran anti-Hadis.

Yakin penerimaan masyarakat sudah berubah, Kassim - tokoh kiri selepas kemerdekaan - mendedahkan, beliau sudah mengutus sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu tiga bulan lalu.

NONE"Tiga bulan lepas saya tulis surat kepada Hishammuddin. Saya kata keadaan kini sudah mula berubah banyak.

"Kerajaan kita pun sekarang sudah hapuskan ISA dan beberapa undang-undang darurat. (Jadi) patutlah pengharaman buku ini ditarik balik," katanya.

Bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu pada 1986 mencetuskan kegemparan apabila tampil dengan Hadis: Satu Penilaian Semula yang amat kritikal terhadap Hadis - sumber hukum kedua tertinggi dalam Islam selepas al-Quran.

Selepas perdebatan demi perdebatan dengan sarjana dan NGO Islam, termasuk di media, kerajaan pada Julai 1986 mengharamkan buku itu manakala Majlis Fatwa Kebangsaan mendakwa ia mengandungi fahaman bertentangan dengan akidah.

Buku itu, antaranya didakwa terpengaruh dengan saintis Mesir yang berhijrah ke Amerika Syarikat Dr Rashad Khalifa (gambar terjemahan al-Quran oleh Rashad di bawah) yang dibunuh pada 1990 selepas mengaku sebagai rasul.

Bukan itu sahaja, sebuah lagi bukunya Dilema Umat Islam-Antara Hadis dan al-Quran menerima nasib sama.

Dr M terima, Anwar pernah setuju

Usaha Kassim menerbitkan al-Quran terjemahan sendiri berjudul Bacaan (juga diharamkan pada 1995) bersama sahabatnya, seorang warganegara Singapura Osman Ali, juga menimbulkan keresahan banyak pihak.

Kassim bagaimanapun menafikan bersikap anti-Hadis tetapi kritikal kepadanya serta menerima kira-kira 40 peratus hadis yang diriwayatkan, yang dianggapnya tidak bertentangan dengan al-Quran.

NONEKetika diwawancara Malaysiakini di kediamannya di Kulim, Kassim berkata, surat yang dihantar melalui pos berdaftar kepada Hishammuddin itu bagaimanapun belum berbalas.

"Dia mesti (tarik balik). Sebab sekarang ini pun banyak orang sudah balik kepada al-Quran. Tinggal lagi dia (kerajaan) tak iktiraflah," katanya yakin ketika ditanya sama ada harapan supaya buku itu beredar semula dalam pasaran masih menyala.

Seolah masih segar dalam ingatan, Kassim berkata, dalam tempoh 26 tahun sejak buku itu diterbitkan, pelbagai pihak perlahan-lahan berubah dan menerima pandangannya, termasuklah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pada mulanya didakwa bersetuju dengan buku itu "secara prinsip" sebelum berubah pendirian kemudiannya.

NONEMenurut Kassim, setiausaha Anwar pernah memberitahunya "kami bersetuju dengan kamu secara prinsip, tetapi berbeza secara taktikal" tetapi selepas buku itu hangat diperdebatkan, beliau difahamkan Anwar berpakat dengan "ulama" untuk menekannnya.

Mengulas penerimaan terhadap gagasannya itu, anak kelahiran Kedah itu berkata, terdapat seorang iman Masjid Keling di negeri itu yang dikenali sebagai "Bukhari" amat menghormati pandangannya selepas buku itu diterbitkan.

Allahyarham Imam Bukhari, tambah Kassim, malah mencadangkan kepada orang ramai untuk mendalami ideanya yang kritikal terhadap Hadis dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula.

"Ada seorang cikgu daripada Sabah jumpa Imam Bukhari di Mekah. Dia (Bukhari) kata, hang nak tau pasal Islam hang pi jumpa Kassim Ahmad. Dia (guru itu) betul mai pada saya, (kira-kira) sepuluh hingga 15 tahun lalu," katanya.

Mohon ITBM terjemah buku baru
Walaupun sering menjadi mangsa tekanan pihak berkuasa, Kassim - bekas anggota Umno - tetap menulis tanpa menghiraukan semua itu.

NONEKini, ketika umur senjanya di angka 79 tahun, beliau turut membentangkan pandangan-pandangannya di media sosial yang digemari orang muda, termasuk blog dan Facebook.

Buku terbarunya Islamic Renaissance (kanan) keluaran penerbit Amerika Syarikat Branbowpress dilancarkan di Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Kassim, yang selalu bersikap positif, bagaimanapun mahukan bukunya dicapai banyak pihak, mendedahkan beliau sudah memohon agensi kerajaan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dua minggu lalu supaya menterjemah buku itu.

Menurutnya, pengantar Islamic Renaissance dalam bahasa Melayu akan ditulis oleh pemerhati politik dan aktivis Dr Chandra Muzaffar, yang juga sahabat lamanya.

Buku baru kira-kira 250 halaman itu antaranya menegaskan pandangannya yang kritikal terhadap hadis menggunakan method saintifik, termasuk teori "Kod 19" yang dipelopori Rashad.

Teori itu antaranya berpendapat jumlah perkataan dalam al-Quran disusun berdasarkan 19 perkataan atau gandaannya dengan tepat.

azlanIslamic Renaissance juga turut menyentuh perkembangan semasa politik, antaranya dengan beranggapan PAS yang "konservatif", DAP yang "didominasi Cina" PRK yang "Machiavellian"
tidak akan dapat menyelamatkan kepimpinan Melayu di negara ini.

Selain tulisan berbentuk sastera dan sejarah Melayu, buku-buku lain Kassim berkaitan agama dan perjalanan rohaninya termasuk Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik, Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam dan Universiti Kedua.

Dan seperti biasa, Kassim terus menunggu jawapannya dalam perpustakaan kecil rumahnya di Kulim - sebuah bandar kecil di Utara Semenanjung Malaysia.




Syor Rawat


Syor rawat mangsa kemalangan ikut jantina
6:08AM 
 27 Jun 2012

Majlis Keselamatan Negara (MKN) disaran mewujudkan perkhidmatan rawatan mangsa kemalangan di tempat kejadian mengikut jantina atau pemekaan gender.
  
Pakar Perunding Kanan Traumatologi dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Seri Prof Abu Hassan Asaari Abdullah berkata cadangan itu bertujuan memberi keutamaan privasi kepada mangsa kemalangan yang masih trauma.
  
Beliau berkata kaedah perkhidmatan rawatan seumpama itu merupakan cara  yang lebih bersifat kemanusiaan dan prihatin terhadap mangsa kemalangan.
  
"Perlunya kepada budaya memberi perawatan yang lebih kemanusiaan bagi memastikan mayat mangsa kemalangan atau yang cedera tidak lagi bergelimpangan atas jalan raya dan mewujudkan konsep perawatan yang mempunyai privasi dengan memberi konsep perawatan pemekaan gender," katanya kepada pemberita di Genting Highlands semalam.
  
Beliau berkata demikian selepas seminar dua hari 'Analisis Kritikal Pelbagai  Agensi dan Antara Jabatan Mengenai Kemalangan Bas (Multiagencies and Interdepartmental Critical Analysis of Bus Accidents), yang berakhir semalam.

Seminar itu anjuran MKN, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pertubuhan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia serta pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Dalam Negeri.




TNB Kangar Berasap


 

Kebakaran kecil Bangunan TNB Kangar...jam 12.15t/hari...hari ini  . Sumber oleh Kassim Ismail FB





Seludup Petrol




Cabut lari tinggal pikap sarat petrol

 

PADANG BESAR: Seorang lelaki warga Thailand sanggup menggadai nyawa dengan memecut laju pikapnya yang sarat dengan muatan 1,000 liter petrol sebelum meninggalkan kenderaan itu di kawasan Kampung Melayu di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi, suspek berusia 30-an itu dikejar pihak berkuasa selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak kira-kira dua kilometer daripada pintu sempadan Malaysia-Thailand, di sini.

Difahamkan, pikap Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand itu dipercayai dalam perjalanan ke sempadan, disyaki cuba menyeludup keluar petrol ke negara jiran.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, sepasukan anggota daripada skuad peronda UPP Padang Besar terserempak dengan kenderaan pikap terbabit sebelum mengekorinya.

Katanya, suspek yang menyedari diekori memecut pikap berkenaan menghala kawasan kampung untuk mengelak daripada ditahan. “Suspek yang menyedari cubaannya gagal, berhenti dan meninggalkan pikap terbabit di kawasan Kampung Melayu sebelum melarikan diri meninggalkan kenderaan itu.

“Hasil siasatan, kenderaan itu sarat dengan 1,000 liter petrol dalam lima tangki tambahan,” katanya.

Zakaria berkata, pihaknya percaya suspek yang disyaki berusia 30-an sudah lama menjalankan kegiatan haram itu.

“Pikap bersama stok petrol susidi terbabit kemudian dirampas sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.




Lawan Mak Nyah




15 minit lawan kudrat mak nyah

BERGELUT...dua anggota polis dibantu dan penguat kuasa DBKK bergelut dengan pondan terbabit. 
 
 

BERKAS...beberapa pondan yang diberkas dibawa ke ibu pejabat JHEAINS. 
 
KOTA KINABALU: Dua anggota polis dan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa berhempas pulas hampir 15 minit sebelum dapat menyaingi kudrat seorang mak nyah yang cuba meloloskan diri, dalam Operasi Bersepadu di Kompleks Asia City, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pondan terbabit yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya dihampiri dua anggota polis yang ingin menyoal siasatnya ketika menunggu pelanggan di tempat parkir kenderaan berhampiran kawasan itu.

Sebaik dihampiri polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu itu, mak nyah terbabit cuba melarikan diri dan mula bertindak agresif dengan meronta-ronta apabila hendak ditahan.

Biarpun cuba ditenangkan, mak nyah tetap berkeras dan masih cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan dua anggota polis yang cuba menahannya.


Insiden tarik menarik, pergelutan itu berlarutan hingga ke tengah jalan raya berhampiran Kompleks Asia City.



Murid Cabul Bergilir



 Cabul rakan dalam tandas


GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.


Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.



Maher Zain & Fadly Padi


Persona Insya Allah





PERJALANAN dari Jakarta menuju Anyer, memakan masa empat jam. Ia juga bukan satu perjalanan mudah, kerana dua jam perjalanan terakhir menuju destinasi yang terkenal dengan keindahan pantai dan panorama kampung itu memerlukan kami meredah jalan yang separuh siap dan berlubang teruk.

Selain kami, terdapat 78 kru dan barisan pelakon sinetron Insya Allah dengan 21 buah kenderaan juga terpaksa melalui situasi yang sama. Namun nasib mereka lebih baik kerana pemandu yang membawa barisan karyawan tersebut memilih jalan alternatif yang lebih elok.

Kepayahan menuju Anyer akhirnya terbayar. Lelah 24 jam menanti pelakon yang pertama kali terjun dalam bidang lakonan itu berbaloi. Sementelah, figura tersebut bukan calang-calang orang.

Beliau ialah Maher Zain. Ya, Maher Zain, penyanyi kelahiran Lebanon yang merupakan rakyat Sweden itu kini bergelar pelakon buat pertama kali dalam hidupnya. 

Ironi, Maher tidak menjadi pelakon antarabangsa, setaraf profilnya sebagai penyanyi. Beliau sebaliknya terlibat sebagai pelakon di Indonesia, bersama semua produksi Indonesia dan beliau menjadi satu-satunya orang asing dalam produksi tersebut.

Insya Allah, judul sinetron 40 episod yang berjaya memujuk Maher untuk menjadi pelakon. Sinetron itu bakal ditayangkan sempena bulan Ramadan pada bulan hadapan di tiga saluran serentak iaitu SCTV (Indonesia), Astro Oasis dan Mustika HD (Malaysia) selain boleh ditonton oleh pelanggan Astro di Brunei.






MAHER dan Fadly bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat dalam sinetron Insya Allah.



"Pada mulanya, saya kata, saya tak akan berlakon. Namun apabila pulang ke rumah dan berfikir bahawa sinetron tersebut mempunyai mesej yang baik seperti pesanan dalam lagu-lagu saya, saya bersetuju," ujar Maher saat ditemui di lokasi penggambaran terakhirnya, di Marbella Hotel, Resort & Spa, di Anyer baru-baru ini.

Maher saat ditanya bagaimana beliau mampu memberi kata setuju kepada sebuah produksi Indonesia dan begitu asing bagi dirinya, pantas memberitahu: "Indahnya Islam adalah apabila ia mampu mencantumkan semua umatnya walau berlainan bahasa."

Membawa watak diri sendiri, Maher tidak perlu membuat transformasi dirinya sebagai seorang pelakon. Katanya: "Memang saya perlu berlakon sedikit, tetapi dalam kebanyakan masa, saya menjadi diri sendiri.

"Malah melalui sinetron ini, saya dapat menyampaikan banyak hal yang positif dalam setiap episod yang ditonjolkan selama sejam. Saya suka bagaimana setiap perkara yang berlaku mempunyai pengajaran tersendiri."

Tidak hanya muncul dalam beberapa babak, Maher sebaliknya memberi sepenuh komitmen apabila terbabit dengan 40 episod yang disiarkan. Ia juga sebagai satu keperluan kerana Insya Allah merupakan kisah perjalanan Maher dalam bertemu sahabatnya di Indonesia dan dalam kembara tersebut, dia berhadapan dengan pelbagai kisah kehidupan.

Ditanya tentang kesukaran menjadi pelakon buat pertama kali, ujar Maher, secara dasar, walaupun ia agak sukar memandangkan beliau agak pemalu apabila berhadapan dengan kamera, namun semua perasaan itu terhapus apabila mereka memulakan penggambaran.

Ujarnya, selain begitu selesa dengan lawan lakonnya, iaitu Fadly Padi serta produksi, beliau amat menyenangi kembara sinetron tersebut yang banyak menjalani penggambaran di kawasan kampung.





AKRAB. Maher dan Fadly menjadi sahabat baik biar berhadapan kekangan bahasa.



"Sebagai seorang yang hidup di kawasan bandar, saya begitu teruja kerana dapat berlakon di kawasan kampung sekali gus melihat realiti kehidupan yang serba sederhana," ujarnya lagi.

Maher juga memberitahu, beliau tidak banyak berhadapan dengan kesukaran sepanjang penggambaran dijalankan selain mengaku kadangkala berasa lelah kerana perlu menjalani puluhan babak dalam sehari kerana kesibukannya sendiri.

Disogok antara lakonan dengan nyanyian, mana yang lebih melekat dihatinya, pantas Maher memberitahu bidang nyanyian. Bagaimanapun, beliau tidak menolak jika pada masa akan datang kembali terbabit dalam mana-mana naskhah yang mampu membawa pesan baik buat seluruh umat Islam di dunia.

Keluarga

Kesibukan yang tidak pernah berpenghujung bukan satu halangan buatnya menghabiskan kualiti masa bersama keluarga. Mengaku bahawa beliau mempunyai masa yang terlalu sedikit buat keluarga, justeru jika punya kesempatan, beliau akan membawa isteri dan anaknya bersama seperti ke Jakarta, Indonesia ini.

"Sejujurnya ia bukan satu perkara yang mudah buat saya. Tapi Alhamdulillah, isteri sangat memahami karier saya, sementelah sewaktu kami bertemu, saya memang telah sibuk dengan karier saya.

"Jadi kesibukan saya sudah menjadi satu hal yang semulajadi buat kami. Ia sudah seperti budaya hidup kami. Namun seboleh-bolehnya, saya mahu mencuri masa untuk dihabiskan dengan mereka," katanya yang paling lama telah berjauhan dengan keluarga selama tiga minggu kerana kesibukannya.

Percubaan Fadly

Seperti pengalaman perdana Maher, ia juga merupakan pertama kali vokalis kumpulan Padi, Fadly terjun ke dalam bidang lakonan secara komersial selepas 16 tahun bergelar penyanyi.

Menyifatkan ia sebagai pengalaman luar biasa, Fadly memberitahu, dia bersetuju untuk terbabit dalam sinetron tersebut kerana pesanan positif yang akan ditebarkan buat umat Islam selain menyatakan kekaguman terhadap karier Maher Zain yang mampu menghidupkan lagu-lagu Islamik membuat beliau tidak menolak tawaran yang datang kepadanya.

"Saya tidak pernah berlakon. Pengalaman membuat klip video tidak pernah sama dengan berlakon yang memerlukan banyak dialog dan saya sangat malu.

"Namun kerana inti sinetron yang sangat kuat, selain Maher sendiri berlakon, saya tidak mahu menolak peluang ini. Saya mahu turut serta dan menjadi sebahagian sejarah kembara seni Maher Zain," ujar vokalis berusia 36 tahun itu.




SETIAP episod sinetron Insya Allah merupakan kisah kehidupan yang berbeza dan tidak disambung pada episod seterusnya.



Membawa watak Fadly, teman Maher yang membantu beliau mencari sahabatnya, ujar pencipta lagu Upin & Ipin berjudul Sahabat Selamanya itu, kekangan yang dihadapinya apabila beliau perlu menghafal skrip, menjadi jurualih bahasa serta berbahasa Inggeris.

"Bahasa Inggeris saya tidak begitu bagus, sedangkan dialog Maher 100 peratus dalam bahasa Inggeris. Tugas saya juga perlu menjadi jurualih bahasa buat beliau dan serentak menghafal dialog. Walaupun ia sukar, namun ini pengalaman yang mahal nilainya," katanya yang mengaku akan menolak tawaran berlakon jika perlu berlakon sendirian.



Pejabat MS Dibakar

 

Pejabat Microsoft dibakar


SEBUAH van hangus terbakar di pejabat Microsoft di Athens semalam.



ATHENS - Beberapa penyerang membakar pejabat syarikat perisian komputer, Microsoft Corp di sini menjelang subuh semalam, kata polis.

Mereka merempuh pintu masuk dengan sebuah van mini sebelum membakar kenderaan tersebut yang dipenuhi tong berisi gas.

Polis antipengganas dan pihak berkuasa menolak serangan itu didalangi sebuah kumpulan pelampau.

Menurut polis, dua atau tiga lelaki bertopeng mengusir dua pengawal keselamatan sekitar pukul 3.45 pagi waktu tempatan.

Kebakaran dan letupan telah merosakkan pintu masuk dan tingkat bawah bangunan yang menempatkan
 ibu pejabat korporat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu.

Seorang jurucakap bomba memberitahu, terdapat kerosakan teruk di tingkat bawah bangunan dan menganggarkan kerugian sebanyak AS$75,000 (RM239,289). 

Syarikat Microsoft diasaskan oleh bilionair Bill Gates dan Paul Allen.






Kitar Semula

 

Amalan kitar semula masih di tahap lama

28/06/2012

KANGAR — Kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula masih di tahap lama, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md. Nor.

Kajian PPSPPA menunjukkan walaupun tahap kesedaran terhadap amalan kitar semula meningkat lima peratus daripada 80 kepada 85 peratus tetapi amalan itu tidak seiring dengan peningkatan tahap kesedaran,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam PPSPPA bersama media Perlis di sini, malam tadi.

Jika tahap kesedaran terhadap kitar semula meningkat, ia secara tidak langsung akan membantu mempercepat proses mewujudkan negara yang bersih dan indah, katanya.

Zaini berharap media massa di negara ini membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula.
Beliau juga berkata, 2.5 juta naskhah akhbar seberat 857 tan metrik dikitar semula setiap hari di negara ini.




Sanglang

 25/06/2012

BN mampu kuasai semula Sanglang

ARAU 24 Jun - Sanglang yang kini dikuasai pembangkang boleh kembali menjadi milik Barisan Nasional (BN) sekiranya semua pihak memberikan komitmen untuk memajukan masyarakat dan kawasan berkenaan supaya ia menjadi daya tarikan termasuk kepada pelancong. 

Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kassim berkata, ini kerana kawasan berkenaan mempunyai banyak kawasan menarik termasuk pesisir pantai dan kawasan bakau yang bukan sahaja melambangkan keindahan alam malah sesuai untuk para pengkaji tumbuhan dan hidupan.

"Jika BN mendapat balik Sanglang, kita boleh membangunkannya dengan lebih pesat termasuk membantu penduduk meningkatkan taraf hidup seperti menjalankan perusahaan kecil-kecilan dan mengusahakan inap desa.

"Sekarang ini pun, kita tetap membantu masyarakat Sanglang termasuk menyediakan infrastruktur dan peralatan perniagaan dan menaik taraf rumah nelayan," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Mini Karnival Pemakanan Sihat Peringkat Parlimen Arau anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kemas Perlis, Faisal Long.
Sehubungan itu, kata beliau, masyarakat perlu memberi kepercayaan kepada BN untuk memenangi Sanglang supaya masyarakat di kawasan berkenaan dapat menikmati limpahan pembangunan yang memberi banyak manfaat kepada mereka.



Jawatankuasa Khas

 27/06/2012

UMNO Padang Besar rancang tubuh jawatankuasa khas

ARAU 26 Jun - UMNO Bahagian Padang Besar merancang menubuhkan jawatankuasa khas bersama UMNO bahagian-bahagian lain di Perlis untuk memantau dan menangani isu melibatkan integriti pemimpin parti dan juga Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.

Ketuanya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, jawatankuasa tersebut turut membabitkan ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.

"Minggu depan, saya dan UMNO Bahagian Padang Besar akan mengadakan perjumpaan dengan UMNO Bahagian Kangar serta Arau untuk membentuk jawatankuasa ini.

"Kita juga akan memikirkan nama yang sesuai untuk jawatankuasa khas tersebut," kata beliau dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini.

Menurut Zahidi, penubuhan jawatankuasa berkenaan perlu memandangkan sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu yang mempersoalkan integriti pemimpin UMNO di negeri ini menerusi laman portal atau blog sama ada daripada pembangkang atau orang perseorangan.

"Menerusi jawatankuasa ini, kita boleh mendesak pemimpin yang disabitkan dengan isu tertentu supaya membuat penjelasan atau sekiranya benar sebagaimana didakwa, tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan," katanya.

Kata Zahidi, penubuhan jawatankuasa tersebut juga bertujuan menjaga imej UMNO daripada sebarang isu yang boleh menjejaskan parti.

"Kita tidak mahu disebabkan isu berkaitan integriti pemimpin, nama UMNO buruk tambahan pula ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak," katanya.



Rabu, 20 Jun 2012

 
Siapa Imam Mahadi Al Muntazar?

18 Jun 2012
Antara konsep kepercayaan Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah) adalah kepercayaan kepada konsep Imam Al-Mahdi Al-Muntazar (Imam yang dinantikan).
Dia adalah Imam kedua belas (12) yang Ghaib sekian lama yang juga dikenali sebagai Imam Al-Mahdi Al-Muntazar.

Kelahiran, keghaiban dan tuntutan untuk taat kepadanya menjadi suatu kepercayaan asas.

Rukun kepimpinan Imam ini (Wilayah) lebih penting daripada rukun solat, puasa, dan haji. Iman seorang tidak sah jika tidak percaya kepada konsep Al- Imam Al-Mahdi Al-Muntazar. Kisah cerita yang menjadi dasar aqidah aliran Syiah Imamiyyah adalah seperti berikut :
Imam Al-Hasan Al-Askari, imam yang ke-11 mempunyai anak bernama Muhammad.

Sepuluh hari sebelum kematianya, Muhammad anak kepada Imam Al-Hassan mengasingkan dirinya di sebuah gua dekat bandar Suraman Ra’i, Iran.

Imam Muhammad ini berhubung dengan pengikutnya dan memberikan panduan daripada gua tersebut.
Beberapa lama kemudian, Muhammad menghaibkan dirinya.

Tiada siapa pun dapat berhubung dengannya, sehinggalah beliau muncul pada akhir zaman nanti. Muhammad dipercayai hidup dan akan muncul pada akhir zaman sebagai Imam Mahdi untuk perintah seluruh dunia.

Kepercayaan terhadap Imam Ghaib yang masih hidup ini tidak ada di dalam al-Quran, hadis, Athar sahabat mahupun di dalam kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Dr Sulaiman Nordin, bekas pensyarah UKM.



Pemidato Bukan Melayu


Bakat pemidato bukan Melayu akan digilap

20 Jun 2012 
 
KANGAR - Bukan Melayu yang berbakat sebagai pemidato akan digilap bakat mereka oleh Jabatan Penerangan bagi melahirkan kumpulan yang boleh membantu menjelaskan dasar dan pelbagai usaha murni kerajaan untuk rakyat.
  
Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Mohammad Lokman Mahmud hari ini berkata pertandingan akhir pidato bukan Melayu peringkat negeri Perlis hari ini memperlihatkan para peserta yang berbakat besar dan boleh diketengahkan.
  
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Perlis itu, beliau berkata para peserta hanya perlu melebarkan pengetahuan mereka mengenai negara.
  
Kebolehan mereka perlu dimanfaatkan kepada komuniti yang harus diberi kefahaman mengenai pelbagai perkara penting tentang kerajaan dan dasar-dasarnya, katanya.
  
Pelatih Kolej Jururawat Masyarakat Perlis, Flora Cynthia anak Jojim, 27, menjuarai pertandingan pidato itu dengan membawa tajuk `1Malaysia Teras Perpaduan'. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, plak dan sijil.
  
Peserta yang berasal dari Sarawak itu akan mewakili Perlis pada pertandingan pidato bukan Melayu peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur September ini.



Sembelih Ibu

 

Gadis didakwa kelar leher ibu

 


NOR HASLINDA (kanan) dan sepupunya berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah semalam.




KUALA PILAH - Perbuatan seorang gadis berusia 17 tahun yang tergamak mengelar leher ibu sendiri dengan sebilah pisau memakan diri apabila dia dan sepupunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh wanita itu.

Bagaimanapun, gadis itu bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menggelar leher seorang wanita, Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa selepas berlaku perselisihan faham.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pasar Gemencheh, Tampin dekat sini pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.



Ditakluk POP KOREA

 

Pop Korea 'takluk' remaja Malaysia





SEJAK awal petang, ratusan anak muda tidak henti-henti memasuki sebuah dewan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.


Tepat jam 8.30 malam, alunan muzik rancak mula bergema di seluruh dewan. Aliran muzik yang dikenali sebagai Korea Pop atau K-Pop menyebabkan isi dewan bagaikan hidup.


Ratusan anak remaja tadi mula bertepuk tangan dan menjerit nama anggota dalam kumpulan Bing Bang VIP (BBVIP) yang menjadi kesayangan mereka.


Bahkan, walaupun tidak memahami bahasa Korea, hampir kebanyakan peminat fanatik kumpulan K-Pop itu boleh mendendangkan bersama lagu-lagu yang diperdengarkan.


Namun, peliknya 'konsert' pada malam itu, kelibat anggota BBVIP iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri tidak pula kelihatan di atas pentas.


Berbeza daripada konsert biasa, rupa-rupanya 'konsert istimewa' itu merupakan tayangan di skrin putih konsert terbaharu kumpulan berkenaan di Korea.


"Ketika tayangan berlangsung, kami bayangkan suasana ketika itu seperti menghadiri konsert sebenar. Kami akan menyanyi, menjerit, bersorak dan menangis bersama-sama. Tapi setiap tayangan dikenakan bayaran. 


Bagaimanapun bayaran tersebut akan disumbangkan ke pusat kebajikan yang terpilih," kata Zaty Aziz, 25, salah seorang peminat fanatik kumpulan berkenaan.


Jika anda tertanya, mengapa atau bagaimana sebuah konsert yang hanya memaparkan kumpulan K-Pop di layar skrin putih boleh mengumpulkan ratusan penonton, jawapannya adalah obsesi anak muda terhadap aliran muzik itu telah mewujudkan sebuah jaringan dipanggil komuniti K-Pop.


Komuniti K-Pop di Malaysia sebenarnya mengumpulkan puluhan ribu peminat yang digerakkan terutamanya menerusi medium jaringan sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. 


Peminat fanatik itu biasanya dipecahkan mengikut kumpulan yang digemari.


Bagaimanapun, kebiasaannya peminat K-Pop di Malaysia tetap saling mengenali kerana saling berhubungan di internet atau menghadiri aktiviti yang dianjurkan seperti tayangan konsert atau jualan.


Zaty contohnya merupakan moderator kelab peminat kumpulan BBVIP dan 2NE1.
"Bak kata orang dari mata jatuh ke hati. Genre muzik dan gaya penampilan yang dimainkan kumpulan BBVIP sedap didengar dan berbeza daripada muzik yang biasa terdapat di negara ini," katanya yang pernah ke Korea untuk menonton persembahan konsert BBVIP itu.



SEKUMPULAN anak muda yang meminati aliran muzik K-Pop yang membentuk satu komuniti unik dalam kalangan remaja.



Bercerita lanjut mengenai aktiviti komuniti peminat BBVIP, anak jati Kuala Lumpur itu memberitahu, selain tayangan DVD konsert kumpulan tersebut yang tidak dijual di Malaysia, mereka juga membuat sesi jualan produk. 

"Atas permintaan kawan-kawan saya turut berniaga koleksi barangan artis K-Pop.

"Malah, oleh kerana terlalu meminati dengan K-Pop kami banyak mengenali budaya Korea. Saya sendiri mempelajari bahasa dan tulisan Korea," katanya.
Dari cafe ke laman sosial

Mengimbau kembali mekarnya komuniti K-Pop, seorang lagi peminat tegar aliran muzik itu, Iza Yanti Muhammad, 27, memberitahu, komuniti K-Pop secara umumnya mula hangat diperkatakan dari kedai-kedai kopi sehingga ke laman web sosial sejak tahun 2008.

Sebelum itu, peminat K-Pop hanya bergerak secara individu dan dalam kumpulan kecil, namun sejak tahun 2009 ditambah pula dengan kehadiran laman sosial Facebook, Twitter dan Tagged ia memeriahkan lagi fenomena K-Pop di negara ini.

"Dengan kewujudan media baharu, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua sehingga sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah," ujarnya.

Seperti penyanyi Rain dan Wonder Girls yang sudah mula memahat nama mereka di persada seni muzik Amerika Syarikat.

"Di Malaysia, semuanya bermula ketika artis berkumpulan Super Junior yang mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single terbaik mereka Sorry, Sorry pada tahun 2009. Bahkan, mereka sudah mengadakan konsert pertama mereka di sini.

"Selain itu ditambah pula dengan penubuhan kelab peminat mereka yang diberi nama ELF atau Ever Lasting Friends, maka kemuncak kegilaan K-Pop mula membuak-buak," katanya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara peminat K-Pop di Malaysia dan di Korea.

"Di Korea, kebanyakan ahli kelab peminatnya adalah peminat tegar seseorang artis solo atau berkumpulan, malah mereka tidak bergaul dengan peminat artis lain. Peminat tegar K-Pop Korea bersifat mempertahankan artis pujaan mereka sehingga kadang-kadang mencetuskan pergaduhan.

"Namun, sebaliknya berlaku di negara ini. Majoriti peminat muzik K-Pop meminati lebih daripada satu artis. Pendek kata kami meminati muzik mereka dan konsep persembahan yang dibawa artis tersebut," kata Iza lagi.



SUPER JUNIOR antara kumpulan K-Pop dari Korea yang menjadi kegilaan ramai remaja.



Salah seorang peminat artis Korea yang dikenali sebagai kumpulan Shinee, Atiq Jalil, 22, memberitahu, kebanyakan peminat K-Pop pada mulanya bergerak secara individu, sebelum membentuk satu komuniti tersendiri yang menggalakkan aktiviti lebih harmoni.

"Artis K-Pop ini ada pecahan kumpulan mereka seperti Wonder Girls, SHINee, Beast, Girls Generation, 2NE1, 4minute dan banyak lagi. Setiap kumpulan ini ada komuniti peminat mereka tersendiri.

"Selain meminati artis K-Pop dan koleksi terpilih artis masing-masing, komuniti kami turut melakukan aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan di antara kami," kata pengendali laman web kelab peminat SHINee World Malaysia itu.

Jika sesetengah individu kurang gemar dengan obsesi anak muda terhadap dunia K-Pop, namun Rachel Liew Lai Ka, 19, berkata, tindakannya mengikuti aktiviti komuniti K-Pop itu digalakkan ibu bapanya.

"Bagi mereka ia merupakan satu aktiviti positif untuk diri saya sebagai seorang remaja.

"Saya dapat berhibur secara positif selain meluaskan rangkaian komuniti yang dapat memberi sokongan kepada saya.
"Ia adalah lebih baik daripada saya terjebak dengan aktiviti yang membuang masa, apatah lagi jenayah atau dadah," ujarnya.



Pejabat Nizar Digeledah

 

Polis geledah tiga pejabat Nizar


 
POLIS Johor menggeledah tiga pejabat Mohammad Nizar (kiri atas) Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang,(kiri bawah) Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang dan(kanan) Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri Perak selepas mendapat waran mahkamah kelmarin.







JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menggeledah tiga pejabat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bagi tujuan siasatan berhubung kes Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, hasil operasi itu, pihaknya merampas dua buah komputer dan sebuah telefon bimbit untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

"Pihak polis menggeledah kesemua premis terbabit selepas mendapat waran dari mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! difahamkan, pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hadir ke pejabat operasi Mohammad Nizar iaitu di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, Ipoh; Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Operasi di setiap premis itu berlangsung antara 30 hingga 45 minit.





Gadis Terlanjur Dilema

Gadis terlanjur dalam dilema

 

 Gambar Hiasan


SAYA remaja perempuan berumur 18 tahun yang ingin bertaubat, tetapi tidak tahu caranya.
Sewaktu berumur 10 tahun, saya dirogol bapa saudara yang umurnya sebaya dengan saya ketika sedang tidur.

Sebelum kejadian, hampir setiap hari anggota badan saya diraba. Saya tidak melawan kerana amat takut dan dia juga tidak mahu saya memberitahu sesiapa.

Ketika di sekolah menengah, saya dirogol pula empat atau lima lelaki yang tidak dikenali.
Perkara itu berlaku ketika menemani kawan ke majlis rumah kawannya.

Rupa-rupanya, kawan saya itu menipu dan sanggup menjadikan saya pemuas nafsu rakan lelakinya. Sejak kejadian itu, saya meminta untuk tinggal bersama emak saudara saya.


Saya fikir boleh mendapat kehidupan baik, tetapi malangnya saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya gelar ‘F’ dan kami pernah terlanjur.

Saya juga pernah terlanjur bersama teman lelaki lain yang saya gelar sebagai J.
Namun, alhamdulillah, saya kini tidak lagi terbabit dalam kancah perzinaan.

Namun pengalaman itu membuatkan saya takut berkawan dengan lelaki. Kini, saya sedang berkawan dengan seorang lelaki, ‘A’ yang berumur 20 tahun.

Kami berkenalan melalui kawan saya. Bagi saya, dia seorang lelaki yang baik dan menghormati saya namun kuat cemburu. Saya menceritakan semua kisah silam saya kepadanya dan dia menerima saya dengan ikhlas.

Dia berjanji akan menjaga saya. Kebetulan juga saya berkenalan dengan seorang duda ‘K’ yang berumur 41 tahun dan mempunyai dua anak.

Setelah sekian lama, baru saya tahu, duda itu abang kepada ‘F’. Sekarang dia sedang menantikan jawapan daripada saya kerana dia ingin menjadikan saya isterinya.

Namun saya buntu sama ada perlu menerima K atau memilih A kerana A sentiasa menyayangi saya. Jika saya berkahwin dengan K, saya dapat menyelamatkan anak perempuannya daripada F yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap perempuan.

Buat pengetahuan Dr, dua orang anak K kini berada dalam satu rumah dengan F. K pernah memberitahu F pernah melakukan hubungan seks dengan ramai wanita dan salah satu sebab mengapa K bercerai dengan bekas isterinya kerana bekas isterinya itu pernah terlanjur bersama F.

Mana yang perlu saya pilih, K atau A? Bagaimana caranya untuk saya bertaubat?

MIERA,
Kuala Lumpur




MANA-mana orang Islam yang tersalah langkah sehingga melakukan perbuatan yang dilarang Allah seperti zina hendaklah segera ingat kepada Allah dan terus memohon keampunan-Nya, iaitu dengan beristighfar dan bertaubat.

Ini jelas apabila Allah s.w.t berfirman: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji (fahishah), atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka- dan sememangnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Surah Al ‘Imran (3): 135).

Seterusnya Nabi selalu mengucapkan kata-kata istighfar berikut: “Subhana-ka Allahumma wa bi-hamdi-ka Allahumma ‘ghfir-li inna-ka anta al-tawwab al-rahim.”
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian Engkau Ya Allah ampunilah aku sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang). Istighfar Nabi bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Setiap umat Islam amat digalakkan beristighfar seperti yang diamalkan Nabi kita. Sebenarnya beristighfar kepada Allah mempunyai dua tujuan utama, iaitu untuk memohon keampunan Allah daripada dosa dan akibat daripada dosa.

Ia ada hubungan dengan taubat. Kedua, mengharapkan supaya tidak terjerumus dalam dosa sehingga mendapat keredaan Allah dan layak masuk dalam syurga Allah nanti.

Istighfar sebegitu dapat menjauhkan seseorang daripada melakukan dosa kerana sentiasa mengingati Allah. Taubat bermaksud kembali taat kepada suruhan dan larangan Allah.

Ia hendaklah disertai dengan keazaman yang penuh untuk meninggalkan dosa yang dilakukan. Dengan beristighfar dan bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa yang lalu.

Itulah yang saudari perlu dilakukan. Sebenarnya apa yang berlaku kepada saudari menunjukkan tiada pembelaan terhadap nasib buruk yang menimpa.

Sepatutnya seorang anak gadis berada di bawah tanggungjawab penjaga atau wali.
Wali utama ialah ibu bapa. Mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan dan maruah diri anak gadis masing-masing.

Sekiranya tidak, tanggungjawab dipikul keluarga terdekat dan akhirnya pihak pemerintah. Apabila seorang wanita berkahwin, beliau berada di bawah tanggungjawab suami.

Dalam kes saudari di atas, perkahwinan sepatutnya disegerakan kerana ia dapat menjaga kebajikan dan maruah diri. Mengenai calon pemilihan suami pula ialah dia hendaklah seorang yang bertanggungjawab, dapat menjaga maruah isteri dan keluarga.

Dalam membuat pilihan antara calon di atas, saudari hendaklah berterus terang menyatakan saudari menerima sesiapa yang lebih serius mengambil saudari sebagai isteri.

Itu dapat dilakukan, seperti meminta calon menghantar pinangan. Lebih baik mempercepatkan perkahwinan supaya tidak berlaku lagi perbuatan maksiat.

Mohon kepada Allah supaya mempermudahkan urusan perkahwinan dan pemilihan calon terbaik untuk kebaikan semua.

Singapura dan gajet

Rakyat Singapura paling ramai guna gajet terkini




SINGAPURA:  Rakyat Singapura sukar untuk menolak gajet terkini dengan teknologi terbaru. 

Negara itu bukan saja mempunyai nisbah pengguna internet teramai di dunia mempunyai telefon bimbit pintar, tetapi juga mendapat tempat kedua dalam komputer tablet.


Menurut kajian global yang dilakukan oleh syarikat pembuat barangan telekomunikasi, Ericsson, yang mengeluarkan data itu buat pertama kali, tiga daripada empat penduduk di sini mempunyai telefon bimbit pintar dan hampir satu daripada tiga mempunyai tablet.

Kajian itu dibuat ke atas lebih 47,500 pengguna Internet berusia 16 hingga 60 di 58 negara, termasuk 500 dari Singapura, pada pada suku tahun pertama, tahun ini.


Pemilik tablet dijangka meningkat hampir 60 peratus, akhir tahun ini, kerana pembeli dikatakan akan tertarik dengan saiz lebih kecil dan senang dibawa. - Straits Times


MS Surface VS iPad Apple

Microsoft perkenal Surface untuk cabar pasaran iPad Apple



LOS ANGELES:  Microsoft semalam mempamerkan komputer tablet pertamanya, Surface, dalam usaha mereka bersaing dengan iPad keluaran Apple.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer, menggambarkan pencabar ipad itu - dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci - sebagai tablet yang berfungsi untuk “kerja dan bermain-main.” Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain.

 Orang ramai yang menghadiri majlis di sebuah studio Hollywood itu begitu teruja ketika pelbagai ciri Surface dibentangkan.

Majlis berkenaan juga sempat membuat Presiden Windows dan Windows Live, Steven Sinofsky, cemas seketika apabila model pertama Surface yang diperkenalkannya gagal bertindak balas terhadap sentuhan.
Sinofsky berhenti seketika bagi mengambil unit lain dan lega apabila alat itu berfungsi sepenuhnya. Surface beroperasi menggunakan perisian Windows RT yang dihasilkan untuk cip peranti mudah alih ARM. Menurut Ballmer, Surface adalah peranti perkomputeran baru yang diperkenalkan Microsoft.

“Ia menyatukan kelebihan perkakasan dan perisian yang saling bersaing,” katanya. Microsoft tidak menyatakan secara khusus bila Surface akan berada di pasaran tetapi dipercayai dijual serentak dengan pengeluaran perisian Windows 8 akhir tahun ini. - AFP


                                                                    Ipad Apple                                     

Bomoh Rogol

15/06/2012

Bomoh dijel 15 tahun rogol gadis

KOTA BHARU 14 Jun - Sebagai seorang bomoh, khidmat Norazanni Nordin (gambar) diperlukan oleh sebuah keluarga untuk merawat anak perempuan mereka yang ketika itu meracau dan mengalami masalah kemurungan.

Namun ketika keluarga berkenaan menaruh harapan kepadanya, lelaki itu sebaliknya mengambil kesempatan merogol mangsa yang berumur 19 tahun semasa 'merawatnya' di dalam sebuah bilik.

Tindakan Norazanni, 31, dari Sungai Petani, Kedah, akhirnya terbalas apabila dia dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azman Musthapa menjatuhkan hukuman tersebut selepas bekas anggota tentera itu didapati bersalah merogol mangsa di dalam bilik di rumah mangsa di Machang kira-kira pukul 9.30 malam, 18 Mac tahun lalu.

Menurut fakta kes, Norazanni telah dipanggil oleh keluarga mangsa ke rumah mereka bagi merawat remaja itu yang mengalami kemurungan dan meracau-racau sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik untuk 'dirawat' tertuduh sambil keluarganya berada di luar bilik.

"Saya berpuas hati bahawa elemen kesalahan berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa. Semasa perbicaraan, tertuduh mengakui telah berlaku hubungan seks namun membangkitkan isu kerelaan apabila mendakwa ia berlaku atas desakan mangsa.

"Dalam hal ini, saya menilai adakah keadaan mangsa yang sedang bercelaru, meracau dan tidak sedar itu mempunyai minda yang aktif untuk merayu supaya tertuduh melakukan hubungan seks dengannya," kata Azman.

Khalwat - Razak Ahmad


15/06/2012

Khalwat: Razak Ahmad didenda RM2,900

PETALING JAYA 14 Jun - Pelakon Razak Ahmad didenda RM2,900 atau penjara setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang, enam tahun lalu.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan demikian selepas mendapati pelakon tersebut gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Wan Mahyuddin sempat menasihati Razak supaya menjaga tingkah laku kerana sebagai seorang selebriti, perbuatannya akan menjadi ikutan masyarakat sama ada kelakuan yang baik atau buruk.

"Kamu mempunyai latar belakang agama, selalu melakonkan watak-watak baik di kaca televisyen, seperti imam dan qari yang sering membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

"Perbuatan kamu bukan sahaja menjejaskan reputasi kamu sendiri malah keluarga, masyarakat dan juga peminat kamu, sepatutnya kamu menjaga akhlak kamu di dalam dan di luar kaca televisyen," ujar hakim tersebut.

Bagaimanapun menurut Wan Mahyuddin lagi, tertuduh berhak diberi peluang kedua untuk berubah dan bertaubat kerana ini merupakan kesalahan kali pertama pelakon itu.

Terdahulu, dalam rayuan meringankan hukuman, peguam syarie, Mohammad Azman Karim yang mewakili Razak, memohon agar hukuman penjara tidak dikenakan atas alasan anak guamnya sudah menyesal dan bertaubat atas kesilapan yang tidak disengajakannya itu.

"Kes ini telah memakan masa selama enam tahun dan dalam tempoh itu, tertuduh telah menjalani hukumannya dengan melalui pelbagai rintangan hidup seperti kehilangan banyak tawaran berlakon dan disenaraihitamkan oleh stesen televisyen RTM.

"Anak guam saya juga telah bercerai dalam dua perkahwinannya selepas kejadian itu dan menanggung malu dengan masyarakat," kata Mohammad Azman.

Pendakwa syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli pula memohon mahkamah mengenakan hukuman yang sejajar dengan peruntukan sedia ada.
Razak, 45, didapati bersalah atas tuduhan berada bersama Selamah Sahudin, 45, dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.

Ketika Razak didakwa bersama Selamah pada 14 September 2006, Razak memohon dibicarakan sementara Selamah mengaku salah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang perbicaraan bermula pada 2 Ogos 2007 itu, pendakwaan memanggil tiga saksi manakala pihak pembelaan hanya mengemukakan Razak sebagai saksi.

Razak ketika ditemui pemberita sebelum membayar denda itu menyatakan, dia kecewa dengan keputusan tersebut dan enggan memberikan komen lanjut.




Buku Terlarang

Pengurus stor didakwa jual buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR 19 Jun - Seorang pengurus stor kedai buku Borders di pusat beli-belah The Gardens Mall, Mid Valley didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, atas tuduhan menyebarkan buku tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji yang bertentangan dengan hukum syarak.


Irshad Manji ialah seorang penulis wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) melalui hasil tulisannya.

Nik Raina Nik Abdul Aziz  36, didakwa menjual buku penulis terbabit bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) yang merupakan terjemahan daripada buku asal Allah, Liberty and Love (The Courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.




Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara pukul 8.41 dan 9.45 malam, 23 Mei lalu di kedai buku Borders milik Berjaya Books Sdn. Bhd., Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.



                                                Nik Raina Nik Abdul Aziz ( Tengah )

Nik Raina bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ibrahim Deris dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah, Salehan Yatim.

Tertuduh yang hadir ditemani beberapa rakan sekerjanya diwakili peguam syarie, Rosli Dahlan.

Terdahulu, ketika prosiding bermula, Rosli memohon kepada pihak pendakwaan agar pertuduhan tidak dibacakan, kes ditangguhkan dan anak guamnya dibebaskan sementara dengan bon atas alasan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan 'perkara-perkara' yang dimaksudkan.

Ibrahim bagaimanapun menyerahkan isu-isu yang ditimbulkan oleh peguam syarie kepada budi bicara mahkamah kerana bidang kuasa pendakwaan hanya tertakluk kepada membawa kes ke mahkamah untuk pertuduhan.

Hakim Abdul Walid kemudian mengarahkan agar pertuduhan dibacakan namun sejurus selepas tuduhan terhadap Nik Raina dibaca, Rosli sekali lagi bangkit memohon agar pengakuan tidak direkodkan atas alasan serupa.

''Saya tidak faham, tidak tahu cerita apa lagi, awak dah minta tangguh. Bila pertuduhan dibacakan, mohon pengakuan tidak direkodkan. Bila pertuduhan dibacakan, pengakuan kena direkodkan,'' ujar hakim.

Selepas membuat pertimbangan, hakim tersebut membenarkan permohonan tersebut dan merekodkan bahawa tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan pada hari ini.
Mahkamah membenarkan Nik Raina dibebaskan dengan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 September ini untuk merekodkan pengakuan tertuduh.






Cacat Cemerlang

Pelajar cacat fizikal gembira terima anugerah cemerlang

 
 
 
Hazman Shahir Samsul Kamal disapa oleh rakan-rakannya, Amzar Khalili (kanan), Wong Seow Teng (dua dari kiri) dan Leong Yun Yi pada majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang PMR, SPM dan STPM oleh Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Melaka, semalam. 
 
MELAKA 19 Jun - Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Dol Said di sini, Hazman Shahir Samsul Kamal, 16, yang berkerusi roda sejak kecil, terharu apabila dipilih untuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, anugerah yang diterima menyemarakkan semangatnya untuk mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

''Saya banyak kekurangan kerana kecacatan fizikal sejak kecil. Saya tidak boleh berjalan dan sentiasa berada di kerusi roda sepanjang hayat,'' katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah itu daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Dewan Seri Negeri di sini hari ini.

Walaupun mengalami kecacatan fizikal sejak kecil, dia masih mampu mencatat keputusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun lalu apabila memperoleh 5A dan 3B.

Hazman Shahir yang ditemani ibu kesayangannya, Azlina Hassan, 40, melahirkan rasa gembira kerana menerima penghargaan daripada kerajaan negeri.

Sementara itu ibunya, Azlina berkata, dia amat berbangga apabila anak sulungnya menerima anugerah pelajar cemerlang daripada kerajaan negeri.

''Inilah saat paling gembira buat saya kerana Hazman walaupun tidak sempurna seperti rakan sebayanya yang lain tetapi hari ini dia cukup ceria," katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu ialah antara 500 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang menerima anugerah daripada kerajaan negeri.

Kesemua pelajar tersebut masing-masing menerima sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium (SSP) antara RM100 hingga RM200 atas pencapaian cemerlang peperiksaan tahun lalu.



MOU UniMAP OCIS

UniMAP meterai kerjasama akademik dengan OCIS

 
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Kamarudin Hussin (kiri) dan Farhan Nizami di OCIS London, baru-baru ini. 
KANGAR 19 Jun - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melebarkan lagi kehebatannya apabila memeterai kerjasama pendidikan dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) di London, baru-baru ini.

Ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu, UniMAP diwakili oleh                            Naib Canselor, Brig.  Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin,   manakala tuan rumah oleh Pengarah OCIS, Dr. Farhan Nizami .

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP menyaksikan MoU itu.

Menerusi perjanjian tersebut, UniMAP dan OCIS akan menjalinkan kerjasama dalam semua bidang yang sesuai dan dipersetujui, sama ada akademik, penyelidikan dan pengajaran.

Pada masa yang sama, kedua-dua universiti terkemuka itu akan mengadakan pertukaran kakitangan ke arah memberikan pendedahan dalam penyelidikan, penerbitan dan pengajaran serta akan melakukan pertukaran penuntut.

Dalam titah ringkas pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mahu kedua-dua pihak bekerjasama dalam pelbagai bidang, terutama yang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan umat Islam secara berterusan.

Selain itu, baginda percaya, melalui kerjasama berkaitan ia dapat merapatkan lagi jurang akademik dan penyebaran nilai-nilai dan kemuliaan Islam.

Tidak terkecuali, titah baginda, UniMAP dan OCIS akan menemui potensi dan kemungkinan ke arah mengkomersialkan produk Islam di seluruh dunia.








Golf UniMAP Perlis

UniMAP juara Kejohanan Golf IPTA Malaysia Ke-40

 

PASUKAN golf UniMAP gembira bersama hadiah masing-masing selepas muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf IPTA Kali Ke-40 di Alor Setar, baru-baru ini. 
ALOR SETAR 19 Jun - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia Ke-40 yang berlangsung selama dua hari berakhir kelmarin.

Kejohanan yang melibatkan lebih 200 peserta dari 20 IPTA itu diadakan di tiga lokasi iaitu Havard Golf and Country Club, Black Forest Golf and Country Club, Kedah dan Kelab Golf Putra, Perlis.

UniMAP turut dinobatkan sebagai kontinjen terbaik menerusi empat pemain gross dan nett iaitu Mohd. Shahrul Musa, Nazmi Sabu, Roshaidi Ramli, Che Amran Che Man, Azahir Che Ahmad, Mohd. Nizam Ismail, Nasarudin Abd Shukor dan Muhammad Azan Yaakob.