Jumaat, 6 Julai 2012

MOU UniMap & Cambridge


UniMAP jalin kerjasama dengan Universiti Cambridge

 

KANGAR 3 Julai - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus mengorak langkah ke arena antarabangsa apabila menjalinkan kerjasama dengan Universiti Cambridge, baru-baru ini.



Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu telah diadakan di Universiti Cambridge, United Kingdom.

Ketika menandatangani perjanjian itu, UniMAP diwakili oleh Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin manakala Universiti Cambridge diwakili oleh Ketua Jabatan Sains Bahan dan Metalurgi, Prof. A. Lindsay Greer.

Turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik UniMAP, Prof. Madya Abdul Hamid Adom dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar UniMAP, Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismail.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bahan dan Metalurgi Universiti Cambridge, Dr. R. Vasant Kumar dan Pegawai Antarabangsa Universiti Cambridge, Allan Swale hadir sama.



Naib Canselor UniMAP memberitahu, MoU itu diadakan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dalam bidang bahan dan metalurgi di antara kedua-dua universiti.

"Saya berharap pelbagai kajian dan penambahbaikan akan dapat dilaksanakan bersama dan secara tidak langsung memperluaskan jaringan antarabangsa.

"Pada masa yang sama, UniMAP juga akan mengenalpasti lagi jenis kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama selain bidang penyelidikan dengan Universiti Cambridge," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan