Pesalah dadah Singapura tak dihukum mati
Singapura: Republik ini berkata ia merancang meminda undang-undang
supaya pembawa dadah disabitkan tidak lagi menerima hukuman mati
mandatori.
Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata di parlimen semalam bahawa kerajaan akan memohon untuk memberi hakim budi bicara hukuman penjara seumur hidup kepada pembawa dadah jika mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan cara berkesan atau jika mereka cacat dari segi mental.

Teo berkata, republik itu akan mengekalkan hukuman mandatori gantung sampai mati untuk ketua dadah atau pengedarnya.
Kumpulan hak asasi antarabangsa mengkritik hukuman mati mandatori Singapura ke atas pembawa dadah sebagai terlalu kejam. Republik ini mempertahankan hukuman berat adalah pencegahan perlu untuk mengurangkan jenayah.
– AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan