SOAL JAWAB AGAMA
Tak mampu akikah anak
SAYA mempunyai lima anak, tiga perempuan dan dua lelaki. Sekarang,
hanya anak sulung saja yang sudah melakukan akikah (tumpang). Anak yang
lain, masih belum dilaksanakan kerana belum berkemampuan.
Jika saya dan suami ada rezeki (kewangan mencukupi), adakah kami masih boleh laksanakan sekali untuk semua anak atau bagaimanakah proses dan tempoh sepatutnya bagi melakukan akikah?
Musykil,
KUALA LUMPUR
HUKUM akikah adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat dituntut
untuk dilakukan) kepada penjaga atau ibu bapa yang menerima zuriat. Ia
sunat dilakukan pada hari ketujuh sempena hari bercukur dan memberi nama
kepada anak itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah).
Sekiranya akikah tidak dapat dilakukan pada hari ketujuh, Islam membenarkan akikah dibuat pada masa sebelum anak mencapai umur baligh.
Dalam kes anda, akikah kepada anak masih boleh dilaksanakan sekiranya berkemampuan. Bagaimanapun, kedudukan ekonomi keluarga perlu dipertimbangkan.
Islam tidak memaksa ibu bapa melakukan akikah sekiranya mereka tidak mampu.
Islam juga membenarkan anak itu sendiri melakukan akikah buat dirinya apabila mereka mencapai usia baligh dan mengetahui ibu bapa belum melaksanakan akikah buat dirinya.
Jika saya dan suami ada rezeki (kewangan mencukupi), adakah kami masih boleh laksanakan sekali untuk semua anak atau bagaimanakah proses dan tempoh sepatutnya bagi melakukan akikah?
Musykil,
KUALA LUMPUR
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah).
Sekiranya akikah tidak dapat dilakukan pada hari ketujuh, Islam membenarkan akikah dibuat pada masa sebelum anak mencapai umur baligh.
Dalam kes anda, akikah kepada anak masih boleh dilaksanakan sekiranya berkemampuan. Bagaimanapun, kedudukan ekonomi keluarga perlu dipertimbangkan.
Islam tidak memaksa ibu bapa melakukan akikah sekiranya mereka tidak mampu.
Islam juga membenarkan anak itu sendiri melakukan akikah buat dirinya apabila mereka mencapai usia baligh dan mengetahui ibu bapa belum melaksanakan akikah buat dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan