Khamis, 12 Julai 2012

Mangsa Sedia Maafkan


Mangsa simbah asid: 'Kami sedia maafkan dia'

12 Julai 2012

Muhamad Hanif selepas kejadian.
 
BERSERI – “Kami sedia maafkan individu yang terlibat dalam kes simbah asid ke atas anak lelaki bongsu kami dengan syarat individu terbabit tampil berjumpa saya, isteri dan Hanif," luahan bapa kepada mangsa simbah asid, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 26 tahun.

Sunaid@Shuib Mat, 65, berkata, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan sudi memaafkan individu yang bertindak menyimbah asid ke muka anaknya.

Menurutnya, jika individu terbabit tampil berjumpa dengan mereka sekeluarga, dia sanggup menutup kes terbabit dengan izin mangsa.

“Hanif sendiri pernah memaklumkan saya bahawa dia reda dengan apa yang berlaku, dia juga akan memaafkan individu terbabit asalkan datang berjumpa.

“Lagipun dia sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah haji bersama saya dan isteri. Jadi dengan memaafkan individu terbabit, dia (Hanif) lebih lega dan selesa.

Malah kami juga sanggup menutup kes terbabit, kerana perkara sudah berlaku,” katanya di rumahnya di sini, semalam.

Sunaid berkata, kini Hanif sudah dapat menerima takdir bahawa dia tidak dapat melihat seperti insan normal lain setelah tragedi hitam yang berlaku pada 13 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, sebagai bapa, dia sebak melihat anak yang dahulunya lahir normal, kini hilang keupayaan melihat.

Namun, sebagai bapa Sunaid tertanya-tanya perkembangan kes anaknya itu yang kini menyepi se-telah setahun berlalu tanpa sebarang maklum balas dari pihak yang bertanggungjawab.

Terdahulu, seorang pemandu lori, Muhamad Hanif Sunaid@ Shuib melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang apabila didakwa disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali kira-kira jam 1 pagi 13 Mei 2011 di rumahnya Kampung Sentang, Utan Aji.

Dalam kejadian itu, Muhamad Hanif baru pulang dari bekerja sebelum didatangi lelaki tidak dikenali yang memberi salam sambil mengetuk pintu.

Setelah pintu dibuka, individu terbabit  didakwa menyembah asid kepada mangsa.


 BESERI? Kg Sentang , Utan Aji


Tergamaknya Dia


Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib

11 Julai 2012

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar
 
MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.

Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya.




Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.

“Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut,” katanya.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.

“Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama.

 Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit,” katanya.

Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.

Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita berkenaan.

“Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada mata,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.


Nafsu Seorang Wanita.....?

Ceramah Hassan Ali


Cerai isteri hadir ceramah Hasan Ali

12 Julai 2012
 
Cik Yah menunjukkan rekod penceraian selepas hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah di sebuah daerah, semalam.
 
KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar.

Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.


Rabu, 11 Julai 2012

Dadah di Singapura


Pesalah dadah Singapura tak dihukum mati

Singapura: Republik ini berkata ia merancang meminda undang-undang supaya pembawa dadah disabitkan tidak lagi menerima hukuman mati mandatori.

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata di parlimen semalam bahawa kerajaan akan memohon untuk memberi hakim budi bicara hukuman penjara seumur hidup kepada pembawa dadah jika mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan cara berkesan atau jika mereka cacat dari segi mental.
 
 Teo berkata, republik itu akan mengekalkan hukuman mandatori gantung sampai mati untuk ketua dadah atau pengedarnya.

Kumpulan hak asasi antarabangsa mengkritik hukuman mati mandatori Singapura ke atas pembawa dadah sebagai terlalu kejam. Republik ini mempertahankan hukuman berat adalah pencegahan perlu untuk mengurangkan jenayah.
– AP 
 
 
 
 

Soal Jawab Nikah


Nikah pasangan zina sah

APA hukumnya seorang wanita yang hamil luar nikah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan zinanya atau lelaki lain (pak sanggup)?
Adakah sah akad nikah itu?

HASLINA,
Selangor





PERNIKAHAN berkenaan tetap sah sekiranya cukup syarat dan rukun nikahnya. Anak pula dinasabkan kepada suami apabila suami wanita itu tidak menafikan anaknya.

Lebih-lebih lagi, apabila kandungannya melebihi enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinan terbabit. (Lihat, http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Munakahat/SoalJawabMunakahat34.htm)

Yang terbaik ialah perkahwinan itu tidak dijalankan bagi menjaga keturunan.

Berdasarkan alasan menjaga keturunan, ada pendapat yang menyatakan pernikahan tidak sah apabila berlaku kes seperti di atas.


Aqiqah


SOAL JAWAB AGAMA

Tak mampu akikah anak


SAYA mempunyai lima anak, tiga perempuan dan dua lelaki. Sekarang, hanya anak sulung saja yang sudah melakukan akikah (tumpang). Anak yang lain, masih belum dilaksanakan kerana belum berkemampuan.
Jika saya dan suami ada rezeki (kewangan mencukupi), adakah kami masih boleh laksanakan sekali untuk semua anak atau bagaimanakah proses dan tempoh sepatutnya bagi melakukan akikah?

Musykil,
KUALA LUMPUR





HUKUM akikah adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat dituntut untuk dilakukan) kepada penjaga atau ibu bapa yang menerima zuriat. Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh sempena hari bercukur dan memberi nama kepada anak itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah).

Sekiranya akikah tidak dapat dilakukan pada hari ketujuh, Islam membenarkan akikah dibuat pada masa sebelum anak mencapai umur baligh.

Dalam kes anda, akikah kepada anak masih boleh dilaksanakan sekiranya berkemampuan. Bagaimanapun, kedudukan ekonomi keluarga perlu dipertimbangkan.

Islam tidak memaksa ibu bapa melakukan akikah sekiranya mereka tidak mampu.

Islam juga membenarkan anak itu sendiri melakukan akikah buat dirinya apabila mereka mencapai usia baligh dan mengetahui ibu bapa belum melaksanakan akikah buat dirinya.


Abu Mayat Dalam Laut


Pusara dalam laut

KEMATIAN masih tidak menjanjikan warga Hong Kong terlepas daripada cengkaman harga hartanah yang melambung kerana mereka yang mencari tempat ‘rehat terakhir’ bagi ahli keluarga berhadapan dengan kos tinggi selain masalah kekurangan ruang.

Kesan peningkatan harga hartanah yang semakin menghimpit hidup penduduk pulau itu sangat ketara sehingga menyebabkan pemikiran tradisional orang Cina yang menganggap jika tiada upacara pengebumian atau kubur khas bagi memperingati si mati bermakna roh tidak akan dapat tempat rehat yang tenang kini semakin luput dan ramai mula memilih pengebumian di laut.


“Jika di laut, anda boleh pergi ke mana saja mengikut hala ombak. Ia sangat elegan,” kata pengarah pengebumian, Alex Cheng yang mengendalikan upacara di laut bagi penduduk Hong Kong sejak tiga tahun lalu.

“Apabila abu mayat ditaburkan ke laut, suasananya jadi lebih romantik dan cantik,” sambungnya lagi.


Pengebumian di laut kini semakin popular sejak sekatan untuk melakukannya (kerana bimbang akan mencemarkan air laut dan menjejaskan aktiviti penangkapan ikan) dilonggarkan pada 2007.

Langkah itu diambil bagi menangani masalah kekurangan ruang untuk menyimpan abu mayat yang sangat meruncing di negara itu.

Untuk menggalakkan perkhidmatan yang dikatakan menjadi penyelesaian mesra alam sekitar itu, kerajaan Hong Kong menyediakan pengangkutan feri secara percuma. Selain perkhidmatan feri percuma itu, pengarah pengebumian turut hadir bagi membantu keluarga menjalankan upacara mereka dengan lancar.

Perkhidmatan feri itu menggambarkan populariti pengebumian di laut di kalangan penduduk Hong Kong kerana berdasarkan data kerajaan, kini jumlah permintaan daripada keluarga si mati meningkat empat kali ganda antara 2007 hingga 2011 iaitu melebihi 650 upacara setahun.

Dalam tempoh itu, kapasiti feri turut digandakan kepada 200 orang dan sejak Januari lalu, kerajaan menyediakan feri yang lebih besar untuk membolehkan lebih banyak keluarga menggunakan perkhidmatan pengebumian percuma itu pada satu-satu masa.



Di atas feri, Cheng membantu ahli keluarga memindahkan abu mayat orang tersayang ke dalam beg plastik biorosot (boleh hancur), yang kemudiannya diletakkan dalam pelongsor kayu iaitu laluan beg berisi abu berkenaan akan menggelongsor jatuh ke dalam laut.

Pengurus harta, Michael So berkata, dia menjalankan upacara berkenaan bagi
memenuhi permintaan mendiang neneknya yang mahukan abu mayatnya ditabur di laut.

“Dia berpendapat pengebumian laut sangat sesuai untuknya kerana dia mahu mendakap alam semula jadi. Lagi pun kaedah ini lebih mesra alam,” katanya ketika ahli keluarganya memerhatikan upacara berlangsung dengan rasa sedih.

Mengikut budaya tradisional Cina, mayat seseorang perlu ditanam syurga, bumi dan kemanusiaan bergabung membentuk tiga elemen asas dalam fahaman Confucius,
menurut Presiden Persatuan Fahaman Confucius, Lai Sai Foon.

“Inilah sebabnya mengapa mayat perlu dikebumikan kerana ia menunjukkan kita kembali ke tanah. Tetapi kini keadaan sudah berubah. Jika mahu dikebumikan secara tradisional pun tidak boleh kerana tidak ada tanah.



Kubur Makin Mahal

Harga tanah kubur semakin mahal

“Mustahil untuk kita ikut cara tradisional. Apa yang tidak berubah ialah kita mesti selalu ingat pada nenek moyang walaupun kaedah pengebumian sudah berbeza kerana fahaman Conficius mengutamakan penyembahan roh nenek moyang,” jelasnya lagi.

Di Hong Kong, tapak perkuburan swasta biasanya berharga melebihi HK$250,000 (RM101,700). 

 Walaupun tapak kubur di kawasan perkuburan milik kerajaan boleh dipajak dengan harga yang lebih murah tetapi harganya bermula daripada HK$3,190 (RM1,298) bagi tempoh enam tahun, bergantung kepada kekosongan.


Selepas tempoh pajakan tamat, kubur itu akan digali semula supaya mayat boleh dipindahkan sama ada untuk dibakar atau dikebumikan di plot yang lebih kecil.

Harga di pusat penyimpanan abu mayat kendalian kerajaan pula bermula daripada HK$3,000 (RM1,220) manakala di pusat kendalian pihak swasta harganya 10 kali ganda lebih tinggi dan ia boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.


Cheng berkata, konsep pengebumian laut ini mula diterima ramai, walaupun ia berlawanan dengan tradisi Cina yang mahukan badan mayat dalam keadaan sempurna dan ia perlu dikebumikan di tanah.

“Pada mulanya memang ramai orang susah hendak menerima idea ini dan perkhidmatan kami bermula dengan satu bot kecil. Namun kini semakin ramai yang boleh menerima konsep pengebumian laut ini. 

Setiap bulan saya mengendalikan upacara pengebumian untuk 80 hingga 100 keluarga,” kata Cheng.

Malah kerajaan juga berjanji akan menyediakan 120,000 tempat baru (tapak kubur) antara 2012 hingga 2016 tetapi ia dilihat masih tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan ruang berbanding jumlah kematian tahunan di Hong Kong yang mencecah 41,400.

Usaha untuk membina kompleks perkuburan juga mendapat tentangan daripada penduduk yang bimbangkan kawasan seperti itu akan membawa nasib malang dan memberi kesan negatif kepada harga rumah mereka.

Semua masalah dan isu ini secara tidak langsung membantu mengembangkan konsep pengebumian di laut.

“Yang mati tetap mati, tidak kira apa jenis upacara yang anda jalankan (untuk mereka), hasilnya tetap sama,” kata So, sambil menaburkan abu mayat ibunya.

“Bagi saya, merindui orang tersayang bermakna kita menyimpan hasrat untuk
mendoakan mereka dan pengebumian di laut ini adalah pilihan yang baik.” - AFP


Bom Janda Lagi

Cuba lagi bunuh janda

SOM...suspek diburu
SOM...suspek diburu

TAPAH: Selepas empat tahun, sekali lagi seorang guru wanita nyaris maut diletupkan bekas suaminya apabila lelaki itu didakwa sengaja meletakkan bom di bawah kereta wanita berkenaan yang diparkir di pekarangan Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, di sini.

Dalam kejadian jam 9.40 malam Selasa minggu lalu, guru berusia 50-an itu, bagaimanapun terselamat selepas menemui alat yang mencurigakan dipasang berhampiran tangki minyak dan ekzos Proton Saga miliknya.

Mangsa yang mengesyaki alat berkenaan bom dan bimbang kereta meletup apabila enjin dihidupkan, bergegas membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, sejurus menerima laporan, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa kereta berkenaan sebelum menemui satu alat yang disyaki bom.


Bagaimanapun, ketika itu, alat berkenaan sudah dialihkan dari bawah kereta mangsa oleh pengawal keselamatan sekolah dan meletakkannya di kawasan terbuka kerana bimbang ia meletup.






Mengapa dibunuh?

 

Penceroboh alami sakit mental



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Khalil Afandi dan Muhdalina ditembak dalam kejadian amuk di Komples B, JPM di Presint 1 Putrajaya kelmarin.



KUALA LUMPUR – Polis semalam mendedahkan siasatan lanjut terhadap dua penceroboh yang mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya kelmarin mendapati mereka mempunyai masalah mental ekoran terjebak dengan ajaran sesat selain berfikiran ekstrem.

Polis juga memberitahu, kedatangan mereka ke kompleks pentadbiran itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan masa kini yang didakwa menguruskan pentadbiran negara tidak mengikut lunas-lunas Islam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pencerobohan yang disusuli kejadian amuk merupakan modus operandi yang sering digunakan oleh pengikut ajaran sesat.

Katanya, kesimpulan itu dibuat selepas pihaknya meneliti perkataan yang diucapkan oleh kedua-dua suspek ketika itu.

“Kalau tengok pada apa yang diucapkan (semasa kejadian), mereka terlibat dalam ajaran sesat, tetapi kumpulan mana (mereka sertai) kita akan siasat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati selepas terkena tembakan di bahagian bawah perut dan tangan manakala rakannya, Muhdalina Ahmad, 28, cedera di paha.


Sami & Siti


HIBURAN


Kombinasi padu Sami, Siti



JERITAN yang melaungkan nama Sami (Yusuf) kedengaran sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam Stadium Tertutup Singapura di Kallang, Singapura pada Ahad, 8 Julai lalu untuk menyaksikan konsert julung-julung kali di negara jiran Malaysia itu.

Jam ketika itu menunjukkan tepat pukul 9 malam menyaksikan ruang stadium yang dibanjiri lebih 3,000 penonton, rata-ratanya warga Singapura yang nyata tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan Sami Yusuf. 

Vokal penyanyi kelahiran Tehran, Iran yang dibesarkan di London dan pernah dilabelkan oleh majalah berprestij, Time sebagai Bintang Rock Islam Terbesar itu tiba-tiba bergema di sebalik tirai yang merentangi pentas, mengalunkan lagu, Salaam.

Bersesuaian dengan judul konsertnya, Salaam Tour Sami Yusuf 2012, Salaam menjadi lagu pembuka tirai persembahan Sami yang muncul di pentas mengenakan kot yang dipadankan dengan seluar jean.

Bagi yang tidak mengenali Sami, pasti melihat figura berusia 31 tahun itu sekadar seorang lagi penyanyi nasyid dari Timur Tengah.

 Namun ternyata, tanggapan itu bersisa menjadi suatu stigma klise.

Persembahan bertaraf antarabangsa itu sebaliknya menyaksikan Sami mengalunkan lagu-lagunya sambil diiringi elemen muzik yang biasa diminati majoriti anak muda hari ini hasil gabungan peralatan muzik moden terutama gitar dan dram.


BERTARAF dunia. Kehebatan pentas konsert Salaam Tour Sami Yusuf 2012 di Singapura yang terserlah.


Menyampaikan 22 buah lagu seperti Healing, The Source, Ya Muhammad, Make Me Strong, Sami tidak ketinggalan menunjukkan kebolehannya bermain peralatan muzik, terutama piano semasa mendendangkan lagu My Ummah. 

Tidak sekadar menyanyi, Sami bijak mengawal pentas dengan melontarkan bicara khusus buat pengunjung konsert tersebut. "You still got energy (Anda masih ada tenaga)," ungkapnya yang pantas meraih respons berupa sorakan kuat daripada sekalian pengunjung tersebut.

Kemunculan figura pujaan nombor satu Malaysia, siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza di pentas konsert itu sukses dalam menaikkan lagi momentum keterujaan penonton.

Berduet menerusi lagu You Came To Me, Sami dan Siti dilihat saling melengkapi antara satu sama lain menerusi vokal, aura dan penampilan mereka di pentas.

Biarpun sekadar satu lagu, namun ia ternyata suatu kombinasi padu antara Sami dan Siti, yang pastinya menjadi tarikan buat peminat di Malaysia untuk menyaksikan pula mereka menerusi Salaam Tour Sami Yusuf 2012 di Stadium Malawati pada Sabtu, 14 Julai ini.

Selain Siti yang muncul solo mendendangkan Lagu Rindu, kolaborasi Sami bersama kumpulan Mohram juga sukses dalam menjana suatu persembahan yang indah pada konsert tersebut.

Saling memuji

PENYATUAN aura, emosi dan penampilan Sami bersama Siti di pentas konsert untuk lagu You Came To Me antara tarikan utama konsert Salaam Tour Sami Yusuf 2012.


Apa yang nyata, Sami dan Siti saling memuji antara satu sama lain dan mengakui berbangga dapat menjalinkan kolaborasi bersama.

"Saya berbangga dapat berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza.

Dia seorang wanita sejati," luah Sami ketika diminta memberikan pandangan peribadinya tentang Siti.

Tambahnya: "Siti memiliki vokal, aura dan personaliti yang indah. Dia merupakan simbol penyatuan dan identiti di rantau Asia Tenggara ini. Saya sangat bertuah kerana berpeluang menjalinkan kerjasama dengan Siti."

Mengenai pemilihan Siti untuk berkolaborasi dengannya menerusi konsert di Malaysia dan Singapura, Sami menegaskan antara faktornya adalah kerana Siti memiliki sifat keperibadian yang terpuji.

"Untuk menjadi seorang penyanyi yang bagus bukan hanya bersandarkan kepada vokal semata-mata, tetapi perlu ada sifat peribadi yang baik seperti menghormati orang lain dan itu yang saya nampak salah satu ciri yang dimiliki oleh Siti," ujarnya.

Siti pula melahirkan perasaan keterujaannya kerana dapat berkolaborasi dengan Sami, sementelah dia berasa selesa dalam menjalinkan kerjasama dengan figura yang diberi jolokan Muslim British Paling Terkenal di Dunia oleh akhbar British, The Guardian itu.

SAMI (kanan) pada sidang akhbar semalam bersempena konsertnya di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor menjelang Sabtu ini.


"Terima kasih kerana memberi peluang ini buat Siti, terutamanya berduet dengan Sami untuk lagu You Came To Me.

Ia sesungguhnya suatu ruang yang baik buat Siti sebagai artis untuk dikenali peminat muzik dari luar negara terutama dari Timur Tengah,"' akuinya yang turut memberitahu bakal muncul dengan album penuh baharu menjelang hujung tahun ini.

Ungkap Siti lagi: "Sejak klip video lagu You Came To Me boleh diikuti di YouTube, ia nyata telah meraih respons memberangsangkan daripada peminat muzik luar negara terutamanya peminat Sami yang menyambut baik duet Sami dan Siti itu. Ia permulaan yang baik untuk karier Siti di masa depan."



Imam Mahadi Amuk


Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'

9 Julai 2012
Lelaki amuk di JPM dakwa 'Imam Mahadi'
Kereta Perodua Kancil mengalami kerosakan selepas diserang oleh lelaki yang mendakwa dirinya ‘Imam Mahadi’.
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network 
 
PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

[BERITA BERKAITAN: Dua mengamuk di JPM, seorang mati]

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.


Amuk dan gila internet


Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya 'gila Internet'

10 Julai 2012
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
Amuk di JPM: Ayah dakwa anaknya 'gila Internet'
Ahmad Adam
 
[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA - "Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini."
Demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.

“Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.

“Saya percaya ini ekoran sikapnya yang ‘Gila Internet’ malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, "kami tidak mengesyaki apa-apa."

Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi,” katanya.

Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.
Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.

Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Ahmad,  dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa

“Saya  terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar," katanya lagi.

Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.
Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.

Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina  ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.



Suspek Sakit Mental


Polis: Suspek amuk dipercayai sakit mental

10 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.    

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang.

Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.
 
Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.- Bernama


Amuk Tapi Normal


Bapa suspek: 'Kehidupan anak saya normal sahaja'

10 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM

PUTRAJAYA - Suspek wanita yang ditembak selepas mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri bersama seorang lelaki semalam, menitipkan dua anak kecilnya di rumah ibu bapanya di Damansara dekat sini, dua hari lepas.    

Bapa suspek seorang penjual nasi lemak berumur 55 tahun, berkata, suspek meminta mereka menjaga anak-anaknya berusia dua tahun dan setahun dan mereka menyangka dia mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Katanya, setahunya suspek, anak kedua dari empat beradik, bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat swasta tetapi rupa-rupanya sudah berhenti kerja tanpa pengetahuan mereka.

"Saya tidak menyangka kejadian itu berlaku. Kehidupan anak saya normal sahaja. Mungkin kerana dia suka melayan internet. Sekolah tinggi tetapi jadi macam itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

"Saya kesal dengan apa yang dia buat," katanya sambil menambah beliau mendapat tahu tentang kejadian itu apabila diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya setelah mendail nombor telefon bimbit anaknya itu.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, suspek, berusia lewat dua puluhan, berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ditembak di paha kanan dan masih dirawat di Hospital Putrajaya, manakala lelaki bersamanya Khalil Afandi, 47, yang terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ibu suspek berusia 55 tahun ketika ditemui di perkarangan hospital itu berkata: "Makcik terkejut. Makcik tak tahu nak cakap apa. Makcik sedih sangat".

Beliau berkata suspek tinggal di Klang.

Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati suspek yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu suami suspek yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi. - Bernama



Amuk Simptom Mental


Amuk di JPM simptom gangguan mental cenderung berontak

10 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM

KUALA LUMPUR - Lelaki yang ditembak mati di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, yang menggelar dirinya ‘Imam Mahadi’ mungkin mengalami gangguan mental atau 'oppositional conduct disorder', iaitu kecenderungan untuk membantah dan memberontak dalam apa jua keadaan.  

Pakar Perunding Psikologi Utama, International Psychology Centre Sdn Bhd, Dr Edward Chan ketika memberikan pandangannya itu berkata, dengan kata lain seseorang itu mungkin mengalami kecelaruan minda.   

"Berdasarkan pemerhatian saya melalui blog lelaki itu, saya dapati bahawa dia mempunyai perasaan curiga, sinis dan tidak rasional terhadap sesuatu perkara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya, lelaki tersebut juga berkemungkinan mengalami gangguan mental sejak kecil lagi atau tidak mendapat nutrisi pemakanan yang seimbang dan juga kesan daripada pengambilan dadah.

"Selalunya individu yang mengalami gangguan ini akan bersifat murung, cepat marah dan panas baran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam kerana mereka akan bertindak di luar kawalan," katanya.

Chan berkata sehubungan itu, sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan amat penting bagi mengelakkan individu tersebut bertindak di luar kawalan.

"Bila ada sokongan dari orang-orang yang rapat dengan mereka ini, sekurang-kurangnya mereka (kawan-kawan) dapat mengenalpasti gangguan yang dialami individu tersebut di peringkat awal lagi.

"Bila dah dapat ‘early detection’, macam murung dan sebagainya, mereka (kawan-kawan) boleh merujuk individu tersebut kepada pihak profesional untuk rawatan dan bantuan dari aspek psikologi macam kaunseling dan sebagainya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, lelaki itu yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47,  mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan  Kompleks B, JPM.

Suspek wanita berusia 28 tahun itu, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan agar setiap anggota polis termasuk polis bantuan dan sukarelawan dibekalkan dengan skim insuran memandangkan mereka sentiasa berdepan dengan risiko bahaya. - Bernama



Amuk di JPM


Jakim 'buru' kumpulan suspek amuk

10 Julai 2012

Amuk di JPM
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mengesan kumpulan yang dianggotai seorang lelaki dan seorang wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim juga diminta meneliti sama ada kumpulan itu berkaitan dengan agama atau ajaran lain.

"Saya akan periksa dengan Jakim.

Adakah kumpulan itu bersifat keagamaan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan 20 Tahun Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kompleks IKIM di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian amuk oleh Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan seorang wanita berusia 28 tahun.

"Jakim akan mengambil perhatian perkara ini.

Ini bukan hanya soal Imam Mahadi sahaja, tapi ini soal keselamatan JPM," katanya.

Jamil Khir juga berkata semua jabatan kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan masing-masing supaya keselamatan pekerja dan pelawat terjamin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis akan menyiasat sama ada dua suspek itu menganggotai kumpulan ajaran sesat.

Khalil Afandi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita itu terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, kegiatan ajaran sesat perlu dibanteras segera untuk mengelaknya daripada menular dalam masyarakat.

Sambil menyifatkannya sebagai berbahaya, beliau menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya sentiasa memantau laman sesawang tertentu untuk mengenalpasti ajaran yang pelik dan songsang.

"Kita berharap pihak-pihak tertentu dapat membanteras gejala ini selain meneliti ajaran yang diikuti lelaki itu.

 Gejala seumpama ini berbahaya.

"Selain itu, keselamatan pemimpin kita yang suka turun padang juga perlu sentiasa dipastikan," katanya. - Bernama

Berita Nightline TV3 polis beritahu menembak sebanyak 3 das kearah mangsa.....serta menyifatkan sebagai kes biasa.


 

PAS kuat dalam PR


Hadi: Pas paling kuat dalam PR

10 Julai 2012

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas.

"Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR).

 Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

"Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya.

Selain itu, kata Abdul Hadi, tanda kekuatan Pas ialah parti itu mempunyai banyak jentera dan sedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Pemimpin Pas itu menjelaskan demikian ketika diminta mengulas dakwaan blog suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing hanya 66 kerusi.

Dakwa blog itu, DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas PRU13 apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.

“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas.

Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri daripada parti itu.

“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” dakwa blog itu lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang ditemui pada Program Sarapan Pagi Bersama Presiden Pas di Jalan Bukit Kor di sini, berkata, pengagihan kuota kerusi pembangkang secara rasmi dalam PR masih belum dibuat sehingga  tarikh PRU13 diketahui.

Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika berucap di Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Batu 10, Bukit Payong, dekat sini, baru-baru ini, memberikan jaminan bahawa DAP tidak akan mengepalai PR sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara.

Pada PRU12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula di 31 kawasan.



Dakwaan Tidak Berasas


Dakwaan DAP tanding 90 kerusi Parlimen tak berasas

10 Julai 2012



ALOR SETAR - Dakwaan DAP bakal bertanding 90 kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah tidak rasional dan sengaja dibangkitkan pihak tertentu dalam usaha menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang Melayu.

Pengerusi DAP Kedah/ Perlis, Lee Guan Aik percaya laporan tidak berasas seperti itu dibangkitkan menjelang PRU13 bagi menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menguasai Putrajaya, seterusnya melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin DAP.

“Secara rasionalnya, DAP hanya layak bertanding paling banyak pun sekitar lebih 50 kerusi Parlimen, tak mungkin boleh cecah hingga 90 kawasan. Berdasarkan persefahaman sebelum ini, Pas akan bertanding lebih banyak kerusi, mungkin lebih 60 kawasan manakala selebihnya milik PKR,” katanya ketika dihubungi.

Guan Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah akhbar yang memetik pendedahan itu menerusi sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com.

Menurutnya, laporan itu boleh dipertikai kerana pengagihan kerusi antara rakan pakatan masih belum selesai sehingga kini.

“Kita tidak boleh percaya laporan daripada blog 100 peratus, jika benar dari blog propembangkang, dibimbangi diputar belit pihak tertentu. Seeloknya semua pihak tunggu keputusan rasmi agihan kerusi yang akan diumumkan Sekretariat PR,” katanya.

Guan Aik berkata, isu terbabit sengaja diperbesarkan supaya timbul kebencian orang Melayu terhadap DAP, yang digambarkan seolah rakus kuasa.

“DAP hanya akan diberi mandat wakili 1/3 jumlah kerusi dipertandingkan PR, di kawasan campuran atau majoriti Cina. Tak mungkin boleh ambil 2/3 kuota kerusi,” katanya.

Menurutnya, walaupun pelbagai dakwaan ditimbulkan untuk memburuk-burukkan imej PR termasuk isu terbaru skandal membabitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak memberi kesan besar terhadap pengundi.

“Saya yakin pengaruh PR di negeri dikuasai PR tidak terjejas walaupun BN mainkan beberapa isu kebelakangan ini. Isu Bersih-Ambiga dan skandal DAP sebaliknya memberi kesan positif apabila pengundi Cina dan India kembali menyokong PR,” katanya.










90 Kerusi DAP mengarut


Nik Aziz: Berita DAP tanding 90 kerusi Parlimen ‘karut’

10 Julai 2012

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi melebihi kerusi yang ditanding Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tuduhan mengarut.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai percaturan kerusi sama ada Pas ataupun Pakatan Rakyat selagi mana Parlimen belum dibubarkan.

"Saya tidak mahu bercakap perkara yang karut maruk itu, sedangkan dalam Pas sendiripun saya tidak mahu membangkitkan isu tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Perjanjian Pembangunan Pusat Kitar Semula dan Kompos antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dan SS Microbial Sdn Bhd di sini, semalam.


1 Ibu Tunggal RM100


7,000 ibu tunggal terima sumbangan sempena Ramadhan

9 Julai 2012 
 
KANGAR  - Kira-kira 7,000 ibu tunggal di seluruh Perlis menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang sempena ketibaan Ramadan ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
   
Beliau berkata sumbangan keseluruhan berjumlah kira-kira RM700,000 itu adalah melalui peruntukan kerajaan pusat.
  
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 573 ibu tunggal dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bintong di sini hari ini, beliau berkata sumbangan itu akan diagih oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
  
Beliau berkata semua ibu tunggal tanpa mengira bangsa dan agama layak menerima sumbangan itu dan setakat ini empat siri sumbangan telah dilaksanakan bermula 4 Julai lepas.
  
Siri sumbangan itu dijadual berakhir pada 18 Julai ini. - Bernama



Awie rogol budak 15


Pelajar dakwa dirogol 'Awie'

10 Julai 2012

NOORZAINY
 
BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya.

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie.

 Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

“Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur,” katanya

Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Isnin, 9 Julai 2012

BR1M x 2


BR1M kali kedua dalam pertimbangan kerajaan

 
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua kepada rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

"Mengenai syor pemberian BR1M kali kedua, perkara tersebut dalam pertimbangan pihak kerajaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. 
 
 Pada 7 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.

Ahmad Husni berkata, pemberian BR1M yang lalu dimanfaatkan oleh 4.33 juta isi rumah dengan peruntukan kerajaan berjumlah hampir RM2.16 bilion.

"Kejayaan program itu adalah hasil pengukuhan ekonomi negara dan kemampuan mengurus kewangan negara dengan baik dan cekap serta kerajaan sentiasa memastikan penggunaan hasil dibelanja secara berhemah bagi memberi manfaat dan pulangan kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, katanya, penerima BR1M masih boleh menebus baucar apabila tempoh penebusan dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.

Baucar tunai itu sebelum ini mempunyai tempoh sah laku sehingga 15 April lalu dan boleh ditunaikan di kaunter bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Maybank di seluruh negara. - BERNAMA 
 
 
 
 
 

Pawang Buaya


Buru puluhan ribu buaya Sarawak





KEHANGATAN kisah manusia menjadi santapan buaya atau serangan haiwan reptilia yang terkenal dengan jolokan sang bedal ini sering menjadi paparan media.

Malah cerita atau mitos mengenai haiwan pemangsa ini seringkali menjadi bualan penduduk yang tinggal berhampiran sungai, lebih-lebih lagi di sepanjang sungai di Sarawak.

Terbaharu, negara digemparkan dengan kejadian menimpa isteri Ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, yang dibaham buaya berukuran lima meter dan bersaiz sebesar tong dram. Dia diserang ketika sedang mandi di jeti rumah panjang itu.

Rentetan peristiwa tersebut, suami mangsa Embol Asum, 48, menyimpan dendam terhadap Bujang Sebelak, pemangsa yang meragut nyawa wanita yang dikahwininya kira-kira tiga dekad lalu.

Berbekalkan kerinduan terhadap mendiang isteri dan dendam kesumat terhadap haiwan yang dalam masyarakat Iban yang terkenal dengan panggilan 'aki' atau sebutan akik, 'orang dalam' atau 'jelu air', kepakaran dan kemahiran seorang pawang tersohor dari Betong, Indet anak Sanabong, 49, diperlukan.

Menceritakan pengalamannya, Indet mula belajar ilmu tersebut daripada seorang guru di Sipitang, Sabah selama dua tahun.

"Saya bekerja tanpa gaji tetapi saya banyak mengikutnya berniaga buah pisang dan nanas.

"Siang hari saya akan membantu guru berniaga. Pada malam hari, barulah saya belajar ilmu tersebut sehingga dia mengambil saya sebagai anak angkat sehinggalah perguruan saya sempurna," katanya.
 
INDET menunjukkan tiga mata kail ketika keluar memburu buaya di Sungai Sebelak, Betong, Sarawak baru-baru ini sambil diperhatikan isterinya.


Bapa kepada enam anak yang berusia antara 21 hingga 30 tahun itu mula berkecimpung dalam bidang tersebut sejak remaja pada usia 16 tahun. Dia mendakwa telah menangkap puluhan ribu buaya di seluruh sungai Sarawak sama ada untuk menjualnya atau menangkap buaya yang membaham manusia.

Disumpah jadi buaya

"Lima anak saya disekolahkan menggunakan duit upah menjual buaya kepada taman-taman buaya dan orang perseorangan.

 Tetapi apabila saya mengetahui tindakan saya itu menyalahi undang-undang saya berhenti," ujar lelaki bertubuh tegap dengan ketinggian 1.6 meter itu.

Indet yang gemar memakai topi merupakan seorang yang tidak lokek berkongsi pengalaman.

Menurut lelaki yang mempunyai lebih tiga dekad pengalaman menangkap buaya itu memberitahu, mengikut kepercayaan, buaya yang mengganas dengan membaham manusia asalnya ialah manusia yang kemudiannya disumpah menjadi buaya.

"Jolokan nama 'bujang' bermaksud orang yang jaguh, hebat, disegani dan gelaran terhormat bagi seorang lelaki.

"Jadi sinonimnya gelaran bujang yang diberi kepada reptilia ini kerana menghormati buaya buas," katanya.
Malah, mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat Iban sendiri, aki atau buaya ini merupakan jelmaan dewa sungai iaitu Ribai.

Kata Indet, kepercayaan ini juga mendorong masyarakat setempat mengelak daripada membunuh haiwan ini kerana bimbang ditimpa malapetaka.




PENGHUNI rumah panjang menjulang Bujang Seblak, buaya yang dipercayai menyebabkan kematian Siah.



Mengikut ilmu yang dipelajari Indet, buaya tidak menyerang sebarangan orang sebaliknya akan menyerang manusia yang hanya berada dalam keadaan puni atau sebutannya punik.

"Mengikut masyarakat Iban puni bermaksud seakan-akan kempunan dalam budaya masyarakat Melayu, tetapi puni ini lebih kepada janji yang tidak ditepati oleh seseorang.

"Seperti dia dipelawa untuk makan tetapi dia tidak menjamah makanan tersebut lalu melakukan pekerjaan lain maka orang itu berada dalam keadaan puni," terangnya.

Sehubungan itu, bagi membatalkan puni apabila seseorang dipelawa makan, dia harus menjamah sedikit makanan atau menyentuh bahagian bawah pinggan makanan sambil berkata, 'udah aki'.

"Antara pantang-larang yang diamalkan masyarakat yang mendiami kawasan berhampiran tepi sungai ialah tidak sesekali bercakap besar kerana aki ini tidak menyukainya.


"Sekalipun hanya terdetik di dalam hati, perasaan untuk mencabar ini akan menyebabkan naluri mahkluk tersebut naik berang lalu menyerang manusia," katanya.


INDET (tengah) bersama rakannya ketika menangkap buaya di Miri, Sarawak.



Dalam pertemuan dengan Indet tersebut di rumahnya di Betong, suami kepada Rameh anak Manggai, 58, berkongsi serba sedikit tentang ilmunya untuk memburu buaya yang mengganas di sungai-sungai sekitar Sarawak.

Pada satu operasi memburu Bujang Sebelak di Sungai Sebelak, Roban, Saratok seekor buaya yang dinamakan Bujang Muara 'longlai' dan akur kepada Indet.

Membuang puni

"Puni terhadap buaya terjadi apabila ia pernah membaham manusia. Untuk menamatkannya, buaya tersebut terpaksa memakan umpan yang telah dijampi oleh saya.

"Hanya buaya yang pernah makan manusia sahaja akan memakan umpan terbabit yang menggunakan daging anjing putih yang diletakkan pada gugusan tiga mata kail serta diikat pada tali rotan hidup," ujarnya.

Sehubungan itu, untuk membuang puni dalam kes buaya yang meragut nyawa manusia bererti buaya itu sendiri perlu dihapuskan.

Mengikut kepercayaan Indet, buaya yang tidak memakan umpan tersebut lambat-laun akan menemui ajalnya juga.

Mengenai kebolehannya menangkap buaya ganas dengan tangan kosong, Indet memberitahu, hanya buaya yang bersalah dan sedia mengakui kesalahannya sahaja akan memakan umpan tersebut.

"Kamu telah melihat sendiri bagaimana buaya tersebut akur dan tidak melawan semasa saya menariknya ke atas perahu selepas memakan umpan tersebut.

"Saya ibarat polis kepada pesalah, jadi dia menyerah diri untuk mulut dan keempat-empat kakinya digari," ujar Indet.

Namun, tidak semua buaya yang ditangkap Indet akur, malah ada juga yang melawan semasa proses tersebut. Sehubungan itu, haiwan tersebut terpaksa dibunuh serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Pembunuhan itu tidak menggunakan senjata api atau senjata tajam sebaliknya hanya menggunakan tangan. 

 Selepas membaca mantera, saya akan menampar kepala buaya dan ia mati serta-merta," katanya berkongsi rahsia.

Walaupun ilmu tersebut dituntut untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan, namun jika tersilap langkah ia juga boleh digunakan untuk cara yang salah.

Sebagai seorang pawang buaya, Indet sering dicabar oleh mereka yang mahu membuktikan kesaktian yang dimilikinya.

"Jadi diri dan hati harus dididik supaya menjadi penyabar. Saya lebih rela malu disebabkan kalah daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kematian.

"Biarlah orang mengatakan saya ini penakut atau lari dari medan perang," ujarnya selain memberitahu dia sering diajak bergaduh oleh mereka yang ingin membuktikan ilmunya.

Bahkan, anak lelaki sulungnya, Juti anak Indet, 30, juga tidak mampu untuk memikul beban menuntut ilmu tersebut kerana menyedari dia tidak sesabar diri Indet.

Meskipun Indet tidak meletakkan sebarang harga, namun upah yang diterima perlulah berbaloi mengikut usaha yang dilakukannya selain terpaksa bertarung nyawa.




Bukan Niat


Bukan niat hendak jual anak

9 Julai 2012

Na menceritakan masalah yang dihadapinya sehingga ada sesetengah penduduk kampung mengatakan dia dan suami cuba menjual anak.
 
PERLIS – Akibat desakan hidup, seorang ibu yang menetap di sini terpaksa menyerahkan anak yang sedang dikandungkannya kepada keluarga lain.

Ibu kepada dua anak yang ingin dikenali sebagai Na berkata, dia yang ketika itu menghadapi masalah kewangan kerana suami yang tidak dapat bekerja akibat sakit jantung membuatkan dia berniat untuk menyerahkan anak di dalam kandungannya kepada sepasang suami isteri di Kedah.

Menurutnya, dengan kos perubatan dan sara hidup mereka sekeluarga, Na mengambil keputusan terbabit setelah sepasang suami isteri dari Sungai Petani, Kedah datang berjumpanya dengan tujuan ingin mengambil anak yang bakal dilahirkannya untuk dibesarkan.

“Saya berniat memberikan anak yang di dalam kandungan saya kepada mereka, saya berharap mereka dapat menjaganya seperti anak mereka sendiri dengan memberi didikan agama dan pelajaran yang cukup.

“Namun hati ibu mana yang sanggup memberikan anak yang dikandungkan selama sembilan bulan kepada keluarga lain setelah bersambung nyawa melahirkannya?,” katanya .

 Na berkata, pasangan terbabit memberinya wang sebagai perbelanjaan harian dan menerima wang itu bagi menampung keperluan harian keluarganya.

Katanya, dia mengakui menerima wang daripada pasangan terbabit, namun ada sebahagian penduduk kampung menganggap dia dan suami ingin menjual anak yang dikandungkannya.

“Kini, suami saya baru sihat dan mula bekerja, tujuan saya memberikan anak kepada pasangan terbabit kerana saya berharap mereka memberikan kasih sayang dan menjaga anak saya dengan baik, itu sahaja.

Lagipun, saya dimaklumkan bahawa pasangan terbabit tidak mempunyai cahaya mata walaupun mereka sudah berkahwin selama 15 tahun.

“Saya tidak pernah berniat untuk menjual anak saya.

Namun, kini saya serba salah untuk menyerahkannya kerana dengan pendapatan suami yang tidak menentu, saya bimbang kami tidak dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak kami nanti,” katanya.