Selasa, 26 Februari 2013

Politik Bomoh


Politik bomoh: Buat kerja, tak perlu jumpa bomoh


KEMAMAN – Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, tidak mustahil ada pemimpin yang gunakan bomoh untuk kekalkan jawatan politik yang disandang.
"Tetapi untuk di Terengganu setakat ini, saya tidak pernah dengar ia berlaku,” kata beliau semalam.

Wan Ahmad Nizam berkata, pemimpin politik beragama Islam tidak sepatutnya meminta bantuan daripada bomoh kerana ia perbuatan menyekutukan ALLAH SWT yang membawa kepada dosa besar.

“Bagi saya, pemimpin tidak perlu jumpa bomoh untuk terpilih jadi calon atau untuk kekal lama dalam jawatan.

“Sebaliknya, pemimpin perlu benar-benar bekerja untuk rakyat.

Apabila bagus buat kerja, mereka akan terpilih atau dipilih lagi untuk penggal seterusnya,” katanya.

Bekas Adun Air Putih ini berkata, perbuatan syirik itu perlu dijauhi kerana apabila sampai masanya terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, rakyat sendiri boleh menilai pemimpin.

Katanya, sebagai pemimpin, setiap ahli politik perlu menunjukkan contoh yang baik dan perlu menjauhi amalan berjumpa bomoh kerana ia sendiri mencalarkan imej dan nama baik seseorang pemimpin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan